Pelakon Korea Youmie Robert Dalam Autumn Di Hatiku 2

0

Ini mungkin berita baik kepada penggemar drama bersiri Autumn Di Hatiku yang telah disiarkan di Portal Tonton pada penghujung tahun lepas. Budiey mendapat khabar, drama ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton portal tersebut. Mungkin kerana jalan cerita yang menarik kot.

Tapi apa yang pasti, rata-rata penonton berpendapat, drama ini menarik disebabkan ada seorang pelakon lelaki tinggi lampai yang diimport dari Korea Selatan iaitu Kim Jin Sung. Selain itu, drama ini juga turut diserikan dengan penampilan Hanez Suraya, Ezzaty Abdullah, Amran Ismail dan Iedil Putra.

Jadi, untuk musim kedua, drama bersiri Autumn Di Hatiku bakal menarik lebih ramai lagi penonton kerana ada seorang lagi pelakon Korea yang akan berlakon dalam siri ini. Budiey dikhabarkan, pelakon Korea tu adalah seorang wanita, dan ini menjadikan dua orang pelakon Korea akan datang ke Malaysia untuk menjalani pengambaran. Wah!

Pelakon wanita Korea yang Budiey maksudkan ialah Youmie Robert. Kalau korang belum kenal, kenalah google ya sebab Budiey pun sebenarnya belum kenal dengan pelakon ni. Selidik punya selidik, umur beliau baru mencecah 15 tahun dan baru je 3 bulan di Malaysia untuk menceburi bidang modelling di sini. Youmie juga terlibat dengan beberapa iklan TV komersial.

Hari ini, Budiey mendapat jemputan untuk menemubual kesemua pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku 2 termasuklah Youmie Robert yang akan diadakan pada minggu depan. Sama-samalah ya kita nantikan drama ini.

Pelakon Korea Youmie Robert Dalam Autumn Di Hatiku 2

Pelakon Korea Youmie Robert Dalam Autumn Di Hatiku 2

Pelakon Korea Youmie Robert Dalam Autumn Di Hatiku 2

Pelakon Korea Youmie Robert Dalam Autumn Di Hatiku 2

Pelakon Korea Youmie Robert Dalam Autumn Di Hatiku 2

Pelakon Korea Youmie Robert Dalam Autumn Di Hatiku 2

Pelakon Korea Youmie Robert Dalam Autumn Di Hatiku 2

Komen via Facebook

Komen

Share
— 1,773 Bacaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge