in

Pelakon Kacak Vic Zhou Bintangi Black & White

AKTOR KACAK VIC ZHOU BINTANGI BLACK & WHITE DI TV2

Pakej lengkap dimiliki bintang kelahiran Taiwan pemilik nama lengkap Zhou Yu Min atau dikenali Vic Zhou sememangnya membawa tuah buat dirinya dalam meluaskan bakatnya bergelar pelakon filem mahupun drama bersiri. Terdahulu dirinya dikenali setelah membintangi kumpulan F4 yang menjadi kegilaan remaja terutama di kalangan anak gadis.

Terbaharu mulai 9 April lalu, aktor kacak ini muncul menemui peminat setia slot Golden Pheonix menerusi drama bersiri 24 episod bertajuk Black & White disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2.

Begitu pun dalam mengubat kerinduan terhadap peminatnya, Vic Zhou tampil membintangi drama berbentuk kepolisian yang berbeza dengan wataknya sebelum ini yang lebih terarah kepada kisah percintaan dan persahabatan. Malah turut bergandingan dengan pelakon terkenal lain antaranya Mark Chao sebagai Wu Ying Xiong, Ning Chang sebagai Lan Xi Ying dan Ivy Chen sebagai Chen Li.

Black & White memaparkan kisah watak Pi Zi & Ying Xiong, dua anggota polis yang memiliki perwatakan sangat berbeza sepertimana perumpamaan bezanya siang dan malam.

Pi Zi seorang polis yang lebih gemar duduk bersenang lenang menghirup kopi dan menikmati kehidupan mewah. Kehidupannya seharian hanya dihabiskan dengan menunggu informasi daripada sumber yang boleh dipercayai untuk membantu dalam siasatan kes yang dikendalikannya.

Manakala seorang lagi, watak Wu Ying Xiong pula percaya bahawa undang-undang dan keadilan merupakan kekuatan masyarakat dan sentiasa bersedia untuk menumpaskan penjenayah. Ying Xiong ternyata seorang yang amanah dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya dalam membantu masyarakat berdepan dengan masalah yang ingin diselesaikan.

Namun apakah yang terjadi kemudiannya apabila satu hari kedua-duanya ditugaskan menggalas tanggungjawab mengendalikan kes yang amat rumit untuk diselesaikan. Mereka dituntut untuk bekerjasama meneyelesaikan sebuah kes yang melibatkan presiden bandaraya.

Situasi bertambah rumit apabila keduanya mendapat tahu presiden tersebut terlibat bersekongkol dengan kumpulan pengganas tempatan. Situasi itu menuntut keduanya memberikan komitmen penuh dan ianya tidak mendatangkan masalah bagi Ying Xiong namun sebaliknya pula bagi Pi Zi yang sudah terbiasa ambil mudah dalam setiap urusan kerjanya.

Mampukah mereka bergabung untuk menyelesaikan kes yang menuntut kesabaran dalam membongkar konspirasi jahat seorang yang berpengaruh dalam masyarakat dan perundangan negara itu?

Kepada peminat Vic Zhou yang ingin menyaksikan kelainan ditonjolkan dalam watak Pi Zi dibawakan aktor pujaan ramai ini, pastikan anda menyaksikan Black & White disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAXIS INTRODUCES LOTUS RACING iPHONE APPLICATION

ENTER THE CARTOON NETWORK HERO UP CHALLENGE!