Pelakon Dayana Kamal Rentung Maut Kemalangan di Kota Bahru
Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman atau nama komersialnya, Dayana Kamal, salah seorang daripada tiga yang rentung dalam kemalangan ngeri di km 2 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung awal pagi semalam merupakan seorang pelakon filem dan drama.
Wan Nurdiyana, 22, pernah membintangi filem “Black Maria” dan beberapa drama tempatan iaitu “Rumah Itu Duniaku”, “Sumaiyyah”, “Raya Dengan Tok”, “Selamat Tinggal Noni”, “Ayah Kami” dan terbaru siri drama popular “Matahari”.
Ayah Wan Nurdiyana, Mohd Kamarul Zaman Mohd Nor, 44, berkata arwah anak sulung daripada empat beradik itu kini masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.
“Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail, 47, rasa sebak dan hairan. Ini merupakan petanda yang Wan Nurdiyana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumah datuk Wan Nurdiyana di Kampung Chempaka di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, selain Wan Nurdiyana yang terkorban, dua lagi adalah warga Amerika yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu Gonzalez Christopher, 30, dan Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah. Pemandu kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Wan Nurdiyana pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The Times, Nataza Muhamad dan bercerai dua tahun lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan Dayang Fatihah Amanda yang berusia empat tahun.

Jenazah Wan Nurdiyana dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Mata Pasir, Kampung Chempaka. Lebih menyedihkan Mohd Kamarul Zaman, dua hari lagi genap setahun adik Wan Nurdiyana, Wan Ikmal Hisham, meninggal dunia juga kerana kemalangan jalan raya di Gua Musang.
“Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut,” katanya sayu.
Beliau berkata sehingga kini Dayang Fatihah Amanda masih tidak mengakui ibunya telah meninggal dunia kerana tidak percaya jenazah yang rentung itu adalah Wan Nurdiyana. Bercerita sebelum kemalangan, beliau berkata Wan Nurdiyana telah keluar rumah untuk minum bersama rakan-rakannya di Hotel Renaissance di sini pada pukul 11 malam.
“Saya dimaklumkan mereka berempat keluar untuk makan sup belut yang saya sendiri tidak tahu sehinggalah dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh salah seorang keluarga pada pukul 1 petang semalam,” katanya.
Ibu Allahyarham, Wan Norhayati berkata sebelum ini juga anaknya itu juga enggan mengenakan baju berwarna biru semasa sesi fotografi di Kuala Lumpur dan mahukan baju berwarna putih untuk dipakai.
“Hari terakhir bertemu Wan Nurdiyana seminggu sebelum ini dan tiga hari lalu dia meminta wang perbelanjaan,” katanya yang menetap di Lembah Keramat bersama keluarga yang lain.
Tags: alamat artis, Apple business, artis terbakar, Berita, berita dayana kamal kemalangan, cansas city, dayana kamal, dayang fatihah, drama dayana, Flu Shot Clinics, foto dayana kamal, gambar dayana kamal, gambar jenazah, gambar keluarga dayana kamal, insiden dayana kamal, isteri naza the times, kekasih dayana kamal, kemalangan kota bahru, kemalangan melibatkan artis, kereta dayana, Michael Kamrava, Miyuki Hatoyama, MLB Postseason, Motorola Droid, open love, pelakon aksiden, pelakon dayana, pelakon kemalangan, pelakon rentung, photo dayana kamal, price IBM, Raj Rajaratnam, scandal Beyonce, Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman, Wilmer Valderrama
Tags: Berita, alamat artis, Apple business, artis terbakar, berita dayana kamal kemalangan, cansas city, dayana kamal, dayang fatihah, drama dayana, Flu Shot Clinics, foto dayana kamal, gambar dayana kamal, gambar jenazah, gambar keluarga dayana kamal, insiden dayana kamal, isteri naza the times, kekasih dayana kamal, kemalangan kota bahru, kemalangan melibatkan artis, kereta dayana, Michael Kamrava, Miyuki Hatoyama, MLB Postseason, Motorola Droid, open love, pelakon aksiden, pelakon dayana, pelakon kemalangan, pelakon rentung, photo dayana kamal, price IBM, Raj Rajaratnam, scandal Beyonce, Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman, Wilmer ValderramaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





October 20th, 2009 at 8:13 am
al-fatihah kepada yang telah tiada..
October 20th, 2009 at 9:13 am
orang kampung aku…
adoii..satu kampung sedih..huhuhu
October 21st, 2009 at 3:59 am
comel dio
October 21st, 2009 at 8:41 am
al fatihah
October 21st, 2009 at 6:04 pm
tak kenal..
October 21st, 2009 at 10:01 pm
OMG…aq xsangka benda ni terjadi..al-fatihah..
April 9th, 2012 at 7:22 pm
al-fatihah….
April 9th, 2012 at 7:59 pm
Al- fatihah