in ,

Pelakon The Amazing Spider-Man 2 Meriahkan Earth Hour Singapura

Dialah duta Superhero Earth Hour yang pertama! Siapa lagi kalau bukan Spider-Man! Itu yang selayaknya, relevan dan sesuai dengan pemilihan penganjuran kempen mesra alam dan sangat penting untuk dunia masa kini – EARTH HOUR!

Dalam skop ini, Budiey melihat Sony Pictures mengambil langkah pemasaran yang bijak untuk menjadikan jenama Spider-Man terus mencapai satu tahap ikon superhero yang disegani sehingga menjadi duta Kempen Earth Hour bersama kumpulan alam sekitar global, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF). Tahniah Budiey ucapkan!

[pullquote]Semasa menghadiri acara global, Earth Hour Countdown yang diadakan di The Float, Marina Bay, Singapura pada 29 Mac lalu, Budiey dapat melihat sendiri tumpuan pelosok dunia mengarah kepada acara yang dihadiri oleh pelakon dan pengarah The Amazing Spider-Man 2: Rise of Electro.[/pullquote]

Sambutan dari peminat setia filem ini juga begitu berkobar-kobar semangatnya bukan main lagi tatkala kunjungan selebriti terkemuka buat pertama kali di Singapura. Peluang yang julung kali dibuka ini tidak dilepaskan kerana inilah masa untuk bertemu mata dan ber-selfie dengan pelakon Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx dan pengarah Marc Webb serta tidak ketinggalan penerbit Avi Arad. Kalau tak percaya, anda boleh tonton video sekitar Meet & Greet bersama The Amazing Spider-Man 2 di Youtube. Cukup hangat sambutannya!

Melihat keberkesanan kempen Earth Hour yang digandingkan bersama bintang Hollywood terkenal juga cukup menimbulkan hype yang mengujakan dari peminat. Rata-rata mereka dah tak sabar untuk menonton persembahan terbaru dalam sekuel kedua, The Amazing Spider-Man yang menampilkan watak Electro sebagai antagonis yang keliru dan berkuasa elektrik lakonan Jamie Foxx itu.

Semasa Earth Hour Countdown, seawal jam 6 petang lagi peminat sudah memenuhi lokasi The Float yang terletak berhadapan dengan Marina Bay Sands Hotel dengan panorama malam yang cukup indah dengan keindahan lampu berkilauan menerangi sekeliling muara yang cukup luas. Peminat pelbagai golongan, dari kanak-kanak kecil hinggalah ke dewasa turut meraikan acara countdown yang berlangsung. Saat semua lampu bangunan dimatikan menjelang jam 8.30 malam suasana cukup meriah dan hangat dengan gelagat selebriti terkenal Hollywood yang tampil dengan penampilan khas. ArtScience Museum & Marina Bay Sands yang menjadi tumpuan kami juga telah diselubungi kegelapan saat lampu dimatikan menjadikan acara ini cukup sempurna. Dalam tempoh satu jam lampu dipadamkan, acara Earth Hour ini juga turut disambut oleh lebih 7,000 bandar utama dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Earth Hour iaitu Andy Ridley berharap Spider-man akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan peranan mereka untuk menjaga keharmonian dan kelestarian alam sekitar.

“Anda mempunyai kuasa untuk mengubah dunia,” – Andy Ridley

Nampaknya, bintang filem The Amazing Spider-Man 2 ini tidak jemu mempromosikan filem terbaru ini. Sebelum ke Singapura, mereka telah ke Beijing. Tiada istilah rehat untuk mereka. Event pertama di Singapura yang mereka hadiri sebelum itu ialah Meet & Greet yang turut dihadiri oleh 500 orang peminat yang dijemput khas. Selebihnya adalah peminat dari pelbagai golongan datang untuk bertemu mata. Pendek kata, lokasi pertemuan indah lagi hangat The Skating Rink, Marina Bay Sands itu sesak dan tiada ruang kosong!

Semua terkesima tatkala nama Andrew Garfield yang memegang watak utama sebagai Spider-Man dijemput ke pentas. Tiada lagi istilah shy boy tapi sebaliknya Andrew Garfield sudah boleh berkomunikasi dengan layanan mesra. Senyuman tak lepas dari wajah. Andrew juga nampak sungguh nakal dengan menuturkan beberapa kata slang Singapura seperti Steady-lah. Budiey lihat Andrew Garfield juga begitu mesra dengan kanak-kanak dan menunjukkan rasa kasih sayangnya untuk mereka. Cute!

“We went to the Commonwealth Secondary school here and they shared their work on sustainability. It’s an inspiration for all of us. Steady lah” – Andrew Garfield

Begitu juga dengan Emma Stone yang sungguh gojes pada malam itu. Menurut Emma, banyak juga tempat yang dilawatinya di Singapura termasuklah Singapore Flyer. Emma yang elegan dengan busana warna maroon tidak mengecewakan dengan melayan peminat berselfie bersama. Jamie Foxx pastinya menjadi kegemaran ramai yang turut tampil bersama anak perempuannya dan teman anaknya. Jamie turut mengajar anaknya untuk menari dengan step yang cukup senang untuk diikuti oleh orang ramai juga.

Sebelum acara Earth Hour Countdown, barisan pelakon The Amazing Spider-Man 2 ditemubual oleh media yang dijemput dari seluruh dunia. Selama dua hari mereka melayan temubual media cetak dan TV. Kemudian, mereka tidak terus pulang ke Amerika Syarikat kerana mereka selepas ini mereka akan terbang ke Jepun untuk lawatan mempromosikan filem The Amazing Spider-Man 2 di sana.

The Amazing Spider- Man 2 : Rise of Electro akan menemui penonton di Malaysia mulai 1 Mei ini. Jangan lupa tonton, okay!

The Amazing Spider-Man 2 Meriahkan Earth Hour Singapura

The Amazing Spider-Man 2 Meriahkan Earth Hour Singapura

The Amazing Spider-Man 2 Meriahkan Earth Hour Singapura

The Amazing Spider-Man 2 Meriahkan Earth Hour Singapura

The Amazing Spider-Man 2 Meriahkan Earth Hour Singapura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Filem Melayu Klasik Lain Jalan Ke Shorga

VELVETBAND Muncul Dengan Single Terbaru JANGAN PERNAH