Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Pelakon Aein Kembar Ekin Kahwin Dengan Datuk Arif Ambrose Leonard Ng



SHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, kembar Ekin, pelakon Aien atau Nora’Ain Rahmat, 30, kini selamat bergelar ‘Datin’ sebagai isteri kepada Datuk Arif Ambrose Leonard Ng. Datuk Arif Ambrose, 41, seorang ahli perniagaan keturunan Cina, dan Aien, selamat diijabkabulkan pada pukul 12.30 tengah hari tadi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Pasangan mempelai bergambar dengan keluarga pengantin perempuan.

Kedua mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk dari Pejabat Agama Daerah Petaling, Muhamad Sujak Mohd Dasuki berwalikan bapa Aien, Rahmat Mohamad, 50. Pengantin perempuan menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya, mas kahwin RM300 beserta sembilan hantaran daripada pengantin lelaki seperti alat solek, sirih junjung, al-Quran, kek dan tas tangan.

Sementara Aien membalas 11 dulang hantaran kepada Arif. Antaranya adalah persalinan, al-Quran, coklat, set minyak wangi dan telefon bimbit.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan lega kerana semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi saya berasa agak terkilan apabila berlaku sedikit kekecohan tadi,” luah Aien selepas selamat diijabkabulkan.

Difahamkan, semasa majlis nikah sedang berlangsung, sedikit kekecohan berlaku apabila terdapat beberapa rakan media yang dihalang daripada memasuki ruang nikah dalam masjid itu. Namun, setelah wartawan dan jurugambar menunggu seketika sebelum berbincang dengan pihak keluarga pengantin perempuan, barulah keadaan beransur pulih.

Aien juga menjelaskan sebab dia memilih Shah Alam sebagai lokasi pernikahan.

“Shah Alam merupakan lokasi yang strategik kerana ia berada di tengah-tengah antara tempat tinggal saya dan suami,” ulasnya yang belum merancang destinasi bulan madu mereka.

Pelakon drama bersiri Kawan ini berkata dia memilih Arif kerana lelaki itu seorang yang kelakar, memahami dan menyintai Islam melebihi dirinya. Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga mempelai perempuan, saudara-mara dan kawan-kawan terdekat. Namun, abang ipar Aien, Mawi tidak kelihatan di majlis itu kerana mempunyai urusan kerja bersama Marrybrown di Pulau Pinang.

Arif merupakan seorang duda beranak tiga dan memeluk Islam sejak Jun lalu. Pasangan ini tidak pernah bertunang dan akan melangsungkan majlis resepsi pada tahun hadapan. [sumber]

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sekitar Majlis Kahwin Aein Kembar Ekin
  • Photo Aein & Ekin Bakal Tunang Mawi @ Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Petanda ‘Sesuatu’ Di Sebalik Tragedi Pembawa Hantaran Ekin Jatuh Pengsan
  • Gambar Pra Perkahwinan Mawi dan Ekin
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Mawi Mengaku Cinta Ekin Wanita Paling Istimewa
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan
  • Gambar Selebriti di Pelancaran Astro B.yond



    • http://best1of4.wordpress.com best1of4.wordpress.com

      Sesiapa yang tak tau tentang pasangan Ikin ni jika ternampak pasangan Aien & arif maunya menuduh Ikin curang dengan Mawi.

    • http://shayatyus.blogspot.com/ yatt

      Moga kekal ke akhir hayat, aminnn

      ** supersusu.net **

    • niena…

      hummmmmm…..ok la 2…Jdoh..

    • Nuranie

      Alhamdulillah…

      Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai…

      semoga kekal ke akhir hayat..Aminnnnnnnnn…

    • bae

      arap kekal ke akhir hayat..

    • Hamba Allah

      Tahniah…semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin…

    • Ah Loy

      Selamat Pengantin Baru…
      semoga kekal ke akhir hayat….AMIN….
      memang sebijik muka ekin…tapi dia ni dah bergelar datin…hehehehe

    • deedon

      tahniah datin…….

    • Mariana

      Tahniah….perkahwinan 1 Malaysia….mudah2an berkekalan hingga ke akhir hayat….Amin…

    • yus

      tahniah ain..
      semoga kekal…amin..

    • ena….

      tahniah…….smoga hapy dsmping suami yg t’cnta…..

    • http://7487 alin cun

      cntik nya kak ekin..balas



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK