in

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

PELAJAR UiTM SHAH ALAM – JUARA SAJIMEE BAND CLASH BERSAMA SURIA FM

[dropcap]S[/dropcap]etelah hampir 2 bulan pencarian bakat berkumpulan di dalam kalangan seluruh pelajar IPT, kini Suria FM telah menemui pemenangnya.

Pelajar muzik dari UiTM Shah Alam yang menamakan band mereka sebagai Vivace telah mengondol tempat pertama dalam Sajimee Band Clash bersama Suria FM.

[pullquote align=”right”]Mereka telah menyampaikan lagu Kembali Merindu dari kumpulan Slam serta lagu ciptaan sendiri, Mengejar Impian.[/pullquote]

Alunan vokal yang lantang dan susunan muzik yang kreatif membuatkan mereka layak membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 serta tambahan RM500 untuk tempat kedua kategori jingle terbaik pilihan Sajimee.

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

Empat lokasi telah dijelajahi iaitu di Lembah Klang, Kuantan, Alor Star dan juga Pasir Gudang, Johor dan acara kemuncaknya telah berlangsung Ahad lepas di AEON Bukit Raja Shopping Centre, Klang. Sembilan band telah mempamerkan aksi hebat masing-masing untuk menambat hati para juri yang terdiri daripada Andy The Malayan, JJ Suria FM serta wakil dari pihak Sajimee.

Setiap kumpulan perlu menyampaikan satu lagu 90’an, satu lagu bebas serta jingle Sajimee yang diubahsuai. Tempat kedua pula disandang oleh band dari UiTM Dungun iaitu Melodyca dan berjaya membawa pulang RM5000.

Mereka telah menyampaikan lagu medley 90’an antaranya Dari Sinar Mata dan Blues Terengganu Kita serta lagu kedua mereka iaitu She’s Gone dendangan Steelheart yang telah mendapat tepukan kuat para penonton.

Manakala di tempat ketiga pula menjadi milik band Brownees dari Universiti Malaya yang telah mendendangkan lagu Balada Pemuzik Jalanan dendangan kumpulan Search serta lagu ciptaan sendiri, Pergilah. Mereka telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM3000 serta RM1000 untuk Juara jingle terbaik pilihan Sajimee. Band Smoke Finger dari kolej IKIP berada di tempat ketiga untuk jingle terbaik Sajimee dan membawa pulang wang tunai RM300.

Acara finale ini tambah meriah dengan kehadiran artis jemputan seperti Drama Band, Aweera Mojo, kumpulan Thundergirls serta Kumpulan Manuskrip Mia. Turut diadakan bengkel gitar bersama dengan ahli kumpulan Manuskrip Mia dan penjualan Sajimee dengan harga promosi yang amat berbaloi.

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jualan Amal MYSF4Gaza Untuk Tabung Aman Palestin

Siti Nurhaliza Lelong Tudung Fareeda Bantu Pesakit HIV AIDS