Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Payung Cloudy With A Chance Of Meatballs Di Pawagam GSC



Siap sedia semua… Hujan MAKANAN akan membanjiri pawagam GSC Oktober ini apabila filem animasi Sony Pictures “Cloudy With A Chance of Meatballs” ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober ini.

Bersedialah untuk melindungi diri anda daripada ribut dan hujan bebola daging, hot dog, burger dan segala makanan lain dari langit! Sudah tentulah tiada senjata lain yang boleh anda fikirkan untuk melindungi diri anda selain daripada payung “Cloudy With A Chance of Meatballs”… eksklusif di pawagam GSC.

Bersama rakan promosi Coca-Cola, GSC akan menawarkan pilihan kepada peminat filem untuk membeli payung “Cloudy With A Chance Of Meatballs” edisi terhad dengan Set Kombo Besar Jagung Bertih Karamel bersama minuman Coca-Cola/Sprite/Vanila Coke di seluruh negara pada harga hanya RM15.00 dari 12 Oktober, sementara stok masih ada.

Set “Cloudy With A Chance of Meatballs” juga boleh didapati di GSC Signature sebagai Kombo Signature 1 Besar yang ditawarkan pada harga hanya RM18.50 setiap set.

Adakah anda teringin menonton filem digital 3-D dengan keluarga dan kawan-kawan? “Cloudy With A Chance Of Meatballs” membawa berita baik kerana ia boleh didapati dalam versi digital 3-D di GSC Mid Valley, GSC Pavilion KL,  GSC 1 Utama (Sayap Baru), GSC Berjaya Times Square dan GSC Gurney Plaza mulai 15 Oktober.
 
Harga tiket untuk menonton “Cloudy With A Chance Of Meatballs” versi digital 3-D dengan penggunaan cermin mata 3-D adalah seperti berikut:

GSC Mid Valley: RM17 – dewasa, RM11 – kanak-kanak untuk tempat duduk biasa, tempat duduk kembar – RM19 (dewasa).
GSC Pavilion KL: RM18 – dewasa, RM12 – kanak-kanak untuk tempat duduk biasa, tempat duduk kembar – RM20 (dewasa).
GSC 1 Utama: RM16 – dewasa, RM11 – kanak-kanak untuk tempat duduk biasa, tempat duduk kembar – RM18 (dewasa).
GSC Berjaya Times Square: RM16 – dewasa, RM11 – kanak-kanak untuk tempat duduk biasa.
GSC Gurney Plaza: RM15 – dewasa, RM10 – kanak-kanak untuk tempat duduk biasa.

Versi biasa 35mm filem ini juga boleh didapati di pawagam.  Cepat, rebut payung “Cloudy With A Chance Of Meatballs” dari pawagam GSC berhampiran sebelum ribut makanan melanda!

Sinopsis Filem – “Cloudy With A Chance Of Meatballs”

Berasaskan buku dengan tajuk yang sama, filem animasi “Cloudy With A Chance Of Meatballs” menceritakan tentang seorang pencipta tersisih dari masyarakat, Flint Lockwood, yang mencipta mesin yang menurunkan hujan makanan ke atas bandar tempat tinggalnya yang kelaparan.  Hasil ciptaannya ini menarik perhatian Sam Sparks, gadis yang selama ini menjadi impiannya.   Cinta dan perhatian yang diterimanya menyebabkan Flint semakin ghairah hingga menimbulkan bahaya apabila dia tidak dapat mengawal hujan makanan, dan seterusnya menyebabkan dia kehilangan Sam.  Flint terpaksa membetulkan keadaan untuk memenangi semula hati kekasihnya.

Mengenai Pawagam Digital GSC

Format digital 3-D GSC akan membawakan Sistem Pawagam Digital Dolby yang menjanjikan keunggulan dan kualiti audio Dolby.  Dengan Sistem Pawagam Digital 3-D Dolby, peminat filem dapat melihat paparan yang lebih terang, jelas dan menarik.  Aksi yang dilihat pada layar perak lebih hidup dan lebih besar, menjadikan pengalaman menonton lebih menyeronokkan dan mempesonakan.

Sistem Pawagam Digital 3-D Dolby menonjolkan imej warna penuh secara bergilir dari mata kiri dan mata kanan yang tidak begitu serupa dari segi frekuensi warna utama. Penonton memakai cermin mata pasif dengan kanta penurasan yang memang dilaraskan untuk perbezaan ini, dengan demikian mencegah setiap mata daripada melihat imej yang ditujukan kepada sebelah mata lagi. Penayangan digital akan melenyapkan “calar” yang kelihatan pada layar perak, biasanya disebabkan ulang tayang.

Tags:

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Cloudy With A Chance of Meatballs Carnival at Tropicana City Mall
  • Sony Pictures Animation’s Cloudy with a Chance of Meatballs
  • Farahdhiya Bertudung Dalam Drama Payung Emas
  • Photo Greyson Chance di Anugerah Industri Muzik 18
  • Justin Bieber Is Coming To Town Arthur Christmas
  • Concert Greyson Chance Live in Malaysia
  • Concert David Archuleta Live In Malaysia Ticket Launch Event
  • Drama Hari Ibu Payung Kasih Lakonan Watie di TV2
  • Maybank Malaysian Open 2011
  • XPAX IGNITES RIHANNA LIVE IN KUALA LUMPUR



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK