Paul Moss Pertikaikan Upin & Ipin?
Nampaknya, statement yang dikeluarkan oleh Paul Moss tentang Upin Ipin di Shout Awards telah menimbulkan pelbagai reaksi. Apa pula pendapat anda?
Dengarnya… Apa masalah Paul Moss pertikaikan Upin & Ipin?
Oleh Normah Becok (dipetik dari Berita Harian)
NAMPAKNYA kemenangan pasangan watak Upin & Ipin pada Anugerah Shout yang kali pertama diadakan oleh 8TV nampaknya mendapat reaksi cukup hebat daripada peminat. Ramai yang berbangga dengan kemenangan watak animasi itu dalam kategori Keserasian Terbaik di Layar (filem mahupun TV).
Yalah, Upin dan Ipin, walaupun bukan dalam watak manusia sebenar, tetapi ia mewakili satu karakter yang kemelayuan dan bersifat kebangsaan. Ibaratnya, tidak lengkaplah kalau seorang daripada mereka tidak muncul bersama. Maknanya, kekuatan watak yang dipersembahkan oleh Les Copaque itu begitu menjadi, sehingga orang ramai berasa begitu dekat dengan mereka.
Tetapi, biasalah, setiap perkara itu akan ada pro dan kontranya. Kejayaan pasangan animasi itu khabarnya membuatkan orang kuat stesen terbabit yang juga juri rancangan Malaysian Idol serta One in a Million, Paul Moss, tidak senang hati.
Menurut rakan Cik Normah, Paul mempertikaikan kejayaan yang diperoleh oleh Upin dan Ipin ketika ditemubual pada anugerah yang dianjurkan ala-ala Anugerah MTV itu.
Dalam hati Cik Normah berkata sendiri, apa masalahnya dengan kejayaan pasangan yang comel itu? Kalau juri sudah mengundi untuk mereka, apa yang tidak kena pula? Kalau kat Amerika Syarikat, keputusan yang jauh lebih kontroversi boleh berlaku dan diterima oleh peminat, takkan setakat Upin dan Ipin pun buat Paul tak senang duduk?
Nak kata Paul dengki sebab dia tak menang, tak boleh lah pula kan, sebab calon lain pun hebat-hebat. Calon akhir lain kategori terbabit pada anugerah itu ialah Cheryl Samad & Nazrudin Rahman (siri Ghost), Syafinaz Selamat & Paul Moss (OIAM2), Vanidah Imran & Afdlin Shauki (filem Sepi) dan Zahiril Adzim & Liyana Jasmay (Kami).
Minta maaflah, Cik Normah nak tanya apa sumbangan paling hebat Paul Moss dalam industri hiburan di Malaysia ini, terutama dalam bidang muzik? Besar sangatkah sumbangan daripada dia?
Tags: Shout! Awards
noneClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





July 24th, 2009 at 1:29 am
Salam, dulu paul moss selalu hentam datuk siti sbb datuk ct x pandai berbahasa inggeris. Sebenarnya datuk ct memberi gambaran bahawa tidak semestinya pandai bahasa inggeris org itu boleh berjaya dan sukses spt datuk ct. Tgk datuk ct, boleh berjaya dan menjadi duta kepada banyak produk. Paul moss sperti menidakkan kemampuan orang yang berbahasa melayu. Upin dan ipin dalam bahasa melayu..sbb tu dia mcm x puas hati..cuba upin dan ipin dalam bahasa inggeris..maybe dia x bising. Nampak mcm paul moss merendahkan orang melayu, sbb tu dia x pernah berbahasa melayu walaupun cari makan kat Malaysia ni..
July 24th, 2009 at 8:58 am
si paul ni memang suka under estimate org laen..dahla cari makan kat malaysia patutnya dia hormat hak dan sensitivt orang malaysia…bukanke pemenang2 shout award ni hasil undian rakyat malaysia? apa hak dia nak pertikaikan?..nampak sgt dengki coz dia pun tercalon dlm kategori yg sama dgn shafinaz…aku tgk takla serasi mana dlm OIAM tu…kdg2 bertekak juga sampai si shafinaz merajuk2…
aku setuju dgn 1Malaysia, dia memang tak pernah nak berbahasa melayu sedangkan dia dah decide nak settle down kat malaysia sejak 1995 lagi…rasanya dia bukan tak faham BM, cuba malas nak rendahkan ego dia utk bercakap walau sepatah dua.
July 24th, 2009 at 9:37 am
sebuk…
tah ape hebat sangat paul nih pon aku xtau…
main gitar je die nih kan..
tu la..kite ni pon stu ornag melayu….
bile omputih jer…
HEBAT!…
ape kes….
aiyooo..
giler aku nyampah….
July 24th, 2009 at 12:35 pm
teringat zaman british…memang saja nak tunjuk baguih jaa polmos tuhhh…cemuih!
July 24th, 2009 at 1:27 pm
C Paul Moss ni mmg suke wat kontreversi…dahla x pandai2 ckp Melayu walau dah bertahun2 duk Malaysia…x sedar diri tul mamat ni…sepatutnye ikutlah resmi, masuk kndg kambing mengmbek, ni x, nak mengaum lak dia….dah melebihla tu…
July 24th, 2009 at 10:05 pm
Rasanya Paul Moss patut digam drpd Tv kat Malaysia.Berlagak macam bagus sangat. Suka cari salah orang…patut di hantar kat balik negara..sepangjang saya tonton rancangan yang ada Paul Moss dia langsung tak nak bertutur dalam bahasa Melayu….saya tak pastilah dia adakah warganegara Malaysia permastautin tetap..kalau dia dpt memang tak patut.Ahmad Izham Omar hrp dpt p hantar dia kaunseling atau digam terus,…kalau dia tak ada industri seni tak akan berkubur…jangan anda ingat anda hebat sangat………saya memang marah dengan kata2 dia pada mlm Shout awards…P.M buta seni..
Hidup Upin & Ipin
July 26th, 2009 at 2:54 am
Malaysia bangga dengan adanya upin& ipin. Katun yang cute dan boleh dijadikan ikon untuk 1Malaysia. Rakyat Malaysia amat tersentuh dengan kenyataan Paul Moss yang mengatakan (tindakan bodoh) memberi anugerah pada Upin & Ipin. paul moss telah merendahkan keupayaan orang Malaysia dalam menghasilkan karya yang menarik. semoga paul moss akan sedar tentang egonya yang akan memakan diri.
July 26th, 2009 at 3:16 am
adoi! masyarakat2. paul moss tu maen2 je la. kecah habes!! cube korang paham gaya percakapan itu…aku bukan nak back up si paul tu….tapi tah.. backup je kot..haha!
July 27th, 2009 at 12:59 pm
huhh!!! tersentap sungguh aku ngan polmos neh…klu ya pun nak cakap walaupun main2, agak-agak la wehh…pikiaq sket perasaan org, jangan nak cakap hentam kromo jaa…ala polmos tu, kalau kita dok kutuk dia, dia paham pa cakap kita…tau la omputih, advance dari ommelayu, tapi jangan la sampai cam dah perlekehkan org. MELUAT! sian depa yang org belakang tabir kartun cute neh…
August 9th, 2009 at 5:14 pm
yg herannya.. apa yg hebat sgt dgn paul moss tu sampai 8TV amik dia sbg juri OIAM? kita tak perlukan org putih utk menjadi kayu ukur bakat anak2 tempatan ye.. so, bila percanggahan budaya berlaku.. sape sebenarnya punca asal kepada masalah tu?
jawapannya, mentaliti jumud anak bangsa kita sendiri.. sbb terlalu percayakan orang putih..
September 12th, 2009 at 10:14 am
upin dan ipin malam anugrah tu mmg cmdoh laa…tambah time tima anugreah…patut les kopak wat animasi upin dan ipin trima award…bkn nye bawak maskot yg camdoh tu…award kat luar negara bg kategori animasi..mmg dah byk wat mcm tu..ada animasi trima award
September 12th, 2009 at 10:51 am
xsedar diri btul si paus ni.dahlah duk ngara orang pas2 xhormat adat n budaya kte plak 2.duk mlysia bthun2 tapi bhsa mlayu sptah haram pun xtau.better u go back to your contry la….mcm la bgus sgt budya ko 2….spatutnye 8TV amik la org tmpatan jd juri.ni x, si paus ni jgk nk amik utk keje dgn korang…ble korang amik si paus ni kje die nk kte ikut budaya die yg mcm setan 2 ar…..aku cukup benci org luar yg dtg ngara ni pas2 wat ngara ni mcm ngara die.sama ar dgn org2 indon kat indon yg xsedar diuntung 2…