in

Pasangan Razman Tersingkir dari Mari Menari

Minggu kedua Mari Menari yang lalu bertemakan “Milenium” telah menyaksikan penyingkiran MM RAZMAN daripada Kumpulan BELALANG pada hari Sabtu (25 Jun) dengan peratus undian sebanyak 22.64% serta MM AZLIN daripada Kumpulan RAY pada hari Ahad (26 Jun) dengan peratus undian sebanyak 18.55%.

Kini masih tinggal tiga pasangan iaitu MM NORA, MM SARAH dan MM BIBI dalam Kumpulan RAY serta tiga pasangan dalam Kumpulan BELALANG iaitu MM FAIZ, MM NITA dan MM MIZI untuk meneruskan langkah mereka di atas pentas tari.

Menggunakan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% dari undian penonton, musim ini juga menyaksikan gandingan mantap Joseph Gonzalez, Harith Iskandar dan Vanida Imran yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai juri professional. Bersama pengacara Awal Ashaari dan Lisa Surihani, sama-samalah kita saksikan gerak tari mengikut irama yang bakal dipersembahkan oleh pasangan-pasangan musim ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara & Aizat Friends of DiGi

DVD KARAK Laluan Puaka Kini Di Pasaran