Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Party Penamat Goodnight DJ 8TV

ENDING PARTY GOODNIGHT DJ
Akhirnya ia sampai ke kemuncak! Selepas beberapa episod yang penuh dengan debaran dan aksi-aksi yang tidak terjangka, drama Cina tempatan terbitan 8TV, Goodnight DJ kini telah tiba ke penghujungnya. 

Goodnight DJ, drama bahasa Cina kedua di 8TV mengisahkan tentang sekumpulan deejay muda yang mempunyai satu persamaan, iaitu mempunyai keupayaan untuk berhubung dengan dunia ‘luar’ yang bukan sahaja aneh tetapi juga sukar untuk dijelaskan.

goodnite party photo

Drama misteri bahasa Cina sebanyak 13 episod ini mempersembahkan barisan bakat-bakat baru dan finalis dari program I Wanna Be A Model, Project Superstar (musim pertama dan kedua), Star Idol NTV7 dan selebriti-selebriti 8TV yang lain.

Goodnight DJ bukan sahaja mendapat sokongan dan sambutan hangat daripada para peminat dan penonton 8TV tetapi juga berjaya meraih peratusan penonton tertinggi di antara drama tempatan lain pada suku pertama 2008.

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata,

“Apabila pertama kali kami memperkenalkan Goodnight DJ, kami telahpun mendapat reaksi dan respon yang sangat menggalakkan dan dari situ kami yakin drama ini pasti akan memikat penonton-penonton 8TV. Sambutan dan sokongan yang diberikan oleh para penonton untuk drama ini sangat menggalakkan! Oleh itu, parti penutup ini diadakan khas untuk meraikan kejayaan drama yang diminati ramai ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada tenaga produksi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan drama ini. Mengikut statistik terbaru, kami menganggarkan lebih dari 48,000 undian diterima untuk setiap episod!”

Kim turut menambah bahawa penonton-penonton setia drama Goodnight DJ telah turut mengambil inisiatif untuk mengundi episod kegemaran mereka secara online. 

Goodnight DJ mula bersiaran mulai 6 Januari 2008 pada jam 7.30 malam yang menampilkan 11 episod dengan pelbagai jalan cerita yang berbeza eksklusif di 8TV atau secara alternative melalui Astro saluran 708.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Youth 08: Traffic Jam Blogger Party Anjuran Nuffnang
  • BUDIEY SANA SINI: INDIANA JONES, STIRRING ODISSI, MEDIA TEA PARTY
  • Gambar Bittersweet & One Buck Short @ Voting Party MTV Asia Awards
  • Jennifer Aniston’s 39th Birthday Bash Revealed Photo
  • Sekitar Wrap Party Filem Syurga Cinta Arahan Ahmad Idham
  • Happy Birthday Erin Malek
  • Nora Danish & Ijoy Pemenang Pakaian Paling Glamour ABP 2007
  • Gambar Danny Pelakon Drama Pria di Astro Ria



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET