in

Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!

Salam semua pembaca budiman,

Tanggal 7 Januari 2007 adalah tarikh bermulanya langkah pertama blog ini. Jadi, rasanya dah tak lama je… dalam 17 hari lagi, Budiey.com akan menyambut ulangtahun ke-3.

Pejam celik pejam celik, dah nak genap 3 tahun usia blog Sensasi Selebriti.

Mula-mula bertapak, orang kata zaman tengah hingusan memang perit sikit. Sehinggakan pada masa itu, ada yang mengklasifikasikannya sebagai blog picisan, dari belajar nak bertatih untuk berjalan, dari zaman merangkak (dan terus kini pun masih merangkak..) dan tak hiraukan apa orang nak kata apa, Tup tup, sekarang dah 3 tahun, alhamdulilah, di usia begini, Budiey.com dah pun boleh berjalan walaupun perlahan-lahan…

Orang kata, kalau tak sambut hari lahir ni, tak sah pulak… jadi… Budiey dah plan ‘something’ untuk pembaca.

Sempena dengan ulangtahun yang ke-3 ini, Budiey dengan ini mengumumkan… satu majlis PARTI ULANGTAHUN KE-3 SENSASI SELEBRITI akan diadakan untuk meraikan pembaca setia blog ini.

Apa ada pada nombor TIGA? Selebriti ini cuba sampaikannya… hanya TIGA!

Intan Ladyana

Diana Rafar

Kamal Adli

Han OIAM

Mawi

Diana Danielle

Bila parti tu akan dibuat? Kat mana? Di mana? Tema apa?… SEGALANYA TERJAWAB ESOK! Jadi, layarilah blog ini ESOK kerana satu jemputan akan dilayangkan kepada anda semua!

Parti kali ini lain sikit, tak macam Parti Ulangtahun Ke-2 yang dirancang dalam masa yang sangat singkat. Kalau tak silap, hanya seminggu sahaja Budiey planning. Parti kali ini lebih terurus dan terancang dengan persiapan telah dibuat sebulan yang lalu. Dari mencari penaja, cetak T-shirt Eksklusif Budiey.com, melantik CREW Budiey.com dan mengangkut segala goodie bag… semuanya Budiey buat untuk meraikan anda!

NAH INI DIA DESIGN T-SHIRT EKSKLUSIF SENSASI SELEBRITI – KINI 3 TAHUN!

Budiey kira, ramai pembaca yang dah jadi member dalam Fanpage Facebook Budiey.com – Sensasi Selebriti telah pun mengetahui serba sedikit tentang Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com. Malah ada yang dah tengok gambar-gambar rekaan T-shirt, goodies dari penaja dan hadiah cabutan bertuah serta perkembangan terkini tentang parti ini di laman pembaca kat Facebook ini. Tak kurang ada yang tertanya macamana untuk join parti ini… jawapannya kenalah tunggu. Sabar!

Siapa selebriti yang akan perform di Parti Ulangtahun Ke-3 nanti?

Okay, apa kata, korang datang semula ESOK… kerana semua soalan tu akan terjawab esok!

Gambar ini hanya teaser… yea, banyak goodies dan hadiah cabutan bertuah menanti pembaca semua!

dan… banyak lagi!

Apa kata, jadilah member Fanpage Facebook Budiey.com – Sensasi Selebriti SEKARANG!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqwal Bakal Perform di Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com

Konsert Star Live 2009 Catat Rekod Membanggakan