in ,

Seronok Bersantai di Parkroyal Beach Road Singapura

Setiap kali berbicara tentang membeli-belah atau bersiar-siar sebentar di Asia Tenggara, ramai rakyat Malaysia pasti terfikir akan kota Singapura. Kota Singa ini memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling moden di Asia Tenggara.

Dengan arus kemodenan yang mula wujud di samping nilai-nilai tradisional, Singapura menawarkan pelbagai tarikan menarik berupa tempat-tempat peranginan unik serta pusat-pusat membeli-belah yang yang lain.

Untitled

Singapura sangat popular di Asia dan sering menjadi tumpuan orang ramai (ini termasuklah penduduk Malaysia serta para pelancong asing). Ini juga kerana jarak Singapura dan KL yang hanya memakan waktu sekitar 45 minit dengan menaiki kapal terbang.

Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun Parkroyal Beach Road di Singapura kekal sebagai salah satu hotel yang terkenal di sini.

Terletak sekitar beberapa minit perjalanan dari stesen MRT Nicoll Highway dan juga stesen MRT Bugis, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di hotel ini. Kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan Parkroyal Beach Road masih lagi utuh dan malah semakin bagus saban hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

Hotel ini menawarkan banyak bilik dan suite yang dihias indah dengan penuh teliti. Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gymnasium, dewan-dewan serbaguna dan macam-macam lagi, hotel ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja di Singapura serta mereka yang melakukan singgahan transit kerana tidaklah terlalu jauh dari lapangan terbang.

Hotel ini juga tidak jauh dari restoran-restoran dan kedai-kedai cenderamata terkemuka Arab Street. Malah laluan untuk ke pusat ibukota dari hotel ini juga sangat mudah kerana terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam tidak jauh dari hotel ini.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia ajnas pilihan restoran dan tempat makan di hotel berjenama antarabangsa ini. Di antaranya termasuklah Plaza Brasserie untuk menikmati pelbagai hidangan lazat tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.

Untuk bersantai atau minum petang, cubalah singgah di Tian Fu tea Room, Si Chuan Dou Hua, Deli, dan Club 5. Di tepi kolam renang mereka juga terdapat Poolside Cafe & Bar untuk menikmati minuman sambil berendam atau selepas selesai bersenam di gimnasium mereka.

Bagi yang suka menenangkan tubuh badan, boleh juga cuba rawatan spa yang ada di St Gregory Spa. Jadi sekiranya anda tercari-cari, hotel di Singapura, pastikan Parkroyal on Beach Road menjadi pilihan pertama!

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Lima Bintang di Lees Hotel Kaohsiung

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Malam Mesra MACP Ke-26