in

Panduan Untuk Konsert OneRepublic Live In Malaysia 2018

Kunjungan semula kumpulan pop rock popular Amerika Syarikat, OneRepublic ke Malaysia semakin hampir. Konsert OneRepublic Live In Malaysia 2018 bakal menggegarkan Stadium Merdeka pada Rabu, 25 April ini jam 8 malam.

OneRepublic Live In Malaysia 2018 Image

Ini adalah persembahan pertama kumpulan dianggotai Ryan Tedder (penyanyi), Zach Filkins (gitar), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bass, cello) di Kuala Lumpur sejak lima tahun lalu. Konsert mereka di Kuala Lumpur sebelum ini diadakan pada 2013.

Panduan Untuk Konsert OneRepublic

Dalam konsert ini, OneRepublic bakal membawakan lagu dari album Oh My My yang menduduki tangga ketiga dalam Carta US sebaik berada di pasaran. Selain itu, mereka juga akan memainkan lagu-lagu popular daripada album terdahulu.

Sementara itu, bagi memastikan semuanya berjalan lancar, penganjur menasihatkan penonton menggunakan perkhidmatan monorel untuk ke Stadium Merdeka. Pada hari konsert, hanya terdapat SATU PINTU MASUK yang menjadi pintu masuk utama ke Stadium Merdeka. Ia boleh dimasuki menerusi stesen monorel Maharajalela yang terletak bersebelahan Stadium Merdeka.

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan MRT dan turun di stesen Merdeka yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki ke Stadium Merdeka. Selain itu, anda juga boleh berkongsi kereta bersama rakan-rakan.

Barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke konsert: • Kamera DSLR/kamera profesional

• Peralatan rakaman video atau suara
• Bekas plastik/kaca/ tin
• Senjata atau sebarang objek tajam
• Payung atau barangan terlalu besar
• Pen laser dan mercun atau barangan berbahaya
• Sepanduk berbaur politik/sepanduk berserta tiang
• Dadah dan minuman beralkohol

Tiket Konsert OneRepublic Live In Malaysia 2018 kini makin laris dan tiket untuk satu zon sudah habis dijual. Dapatkan segera sebelum anda kecewa. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ticketcharge.com.my atau hubungi +03-92228811.

Panduan Untuk Konsert OneRepublic

Konsert OneRepublic Live di Malaysia 2018 dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), satu bahagian Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), dengan ODR LUBRICANTS, YOUTH LITE YOUTH FOR LIFE, PREMIUMLOGY, VIRAL CHAM!, OH BULAN!, MASTERCRAFT EVENT, BIG POST 大時報, BARBER TRIM dan SUN YOONG HAIR SPECIALIST sebagai rakan kongsi rasmi, MIX sebagai rakan kongsi radio rasmi, ERA, MY dan HITZ sebagai rakan kongsi sokongan radio, ENTREPRENEUR INSIGHT sebagai rakan majalah rasmi, INSYNC GROUP YOUR FAMILY TRUST ADVISOR sebagai rakan penasihat kewangan rasmi, OD RACING sebagai rakan kongsi pasukan perlumbaan rasmi, DIRECTD MOBILE PHONE & ACCESSORIES sebagai rakan kongsi telefon mudah alih rasmi, APOLLO ASIA TRAVEL GROUP sebagai ejen pelancongan rasmi, BERJAYA TIMES SQUARE KUALA LUMPUR sebagai rakan kongsi mall rasmi, PARADIGM EVENT sebagai rakan kongsi roadshow rasmi dan UNIVERSAL MUSIC sebagai label rekod.

Untuk keterangan lanjut jangan lupa ikuti Facebook @wgwentertainment yang akan memaklumkan perkembangan terkini konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gema Gegar Vaganza Bertemakan Gema Yang Dirindukan

Restoran 4FINGERS Berkolaborasi Bersama God of War