in

Pameran Private Collecter Club Festival di MaTic Street Art 2015

Private Collecter Club (PCC) membawakan pameran mini khas buat rakyat Malaysia untuk mereka melihat sendiri barangan perfileman Hollywood dan juga memorabilia bolasepak dengan lebih dekat hujung minggu ini.

Menerusi berkolabarasi bersama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) bersempena dengan Festival MaTic Street Art 2015, pameran ini akan diadakan pada 6 November sehingga 8 November bermula jam 10.00 pagi ke 10.00 malam di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang Kuala
Lumpur.

The Joker

Menggunakan platfrom Hollywood Malaysia Flash Museum (HMFM) dan United Soccer Fandom Malaysia (USFM), PCC akan mempamerkan barangan asal penggambaran set filem-filem blokbuster Hollywiid selain keunikkan memorabilia bolasepak yang jarang sekali dilihat di depan mata.

Bagi peminat filem Hollywood, pihak PCC mempamerkan 6 tema dari filem terkenal iaitu Harry Potter, Star Wars, Transformer, Ironman, The Hobbit dan filem seram, Annabelle. Buat peminat bolasepak pula, memorabilia yang akan dipamerkan adalah dari Liga Premier Inggeris seperti trofi, cincin, wang syiling, bola serta koleksi jersi khas pasukan-pasukan Manchaster United , Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

Selain itu, PCC turut akan mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pertandingan fotografi, dan cabutan bertuah bagi pengunjung dimana hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.

Antara yang ditawarkan kepada pengunjung ialah Iphone namun paling mencuri tumpuan pastinya jersi eksklusif Real Madrid yang ditandatangani sendiri oleh bintang bolasepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Harga tiket yang dikenakan ke pameran ini ialah RM66 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak. Bagi pengunjung yang telah membuat tempaha awal, mereka akan mendapat 10% diskaun. Pihak pengajur dari HMFM dan USFM turut menjual barangan unik kepada pengunjung.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pertandingan yang diadakan boleh dilayari laman sosial media PCC menerusi akaun instagram @privatecollector.club dan facebook Private Collector Club.

Darth Maul

Godrci Gryffindor Sword

Harry Potter

Sofia Selamat Pagi Malaysia with Anduril

Star Wars

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem SPECTRE

Konsert Lantera Timur Dato’ Siti Nurhaliza Meriahkan Deepavali di TV1