in

Pakej Videografi Menarik TDS Productionz

Kepada pembaca yang mengikuti Budiey di Twitter dan Instagram, pasti ada yang ternampak Budiey ada tag @TDSProductionsz dan juga kepada yang pernah menonton video sekitar Party Budiey sudah tentu tak asing dengan nama TDS Productionz atau lebih dikenali sebagai The Darkness Studio.

[pullquote align=”right”]Produksi ini adalah Videographer rasmi untuk Party Ulangtahun Budiey.com ke-7 yang telah diadakan pada 7 Januari lalu. Di entri ini, Budiey mahu mengajak korang semua mengenali dengan lebih dekat lagi dengan TDS Productionz.[/pullquote]

TDS Productionz merupakan sebuah produksi yang menawarkan servis utama videografi dan fotografi untuk majlis-majlis keramaian, korporat dan juga komersial. Budiey sangat tertarik dengan servis yang diberikan oleh TDS Productionz kerana setelah melihat hasil video yang dibuat sangat bermutu, memang mencapai piawaian dan standard malah suntingan video mereka juga sangat cantik dan ohsem giler.

Antara servis mereka yang popular ialah “Wedding Videography”. Harga pakej mereka juga sangat berbaloi dan kualiti yang dihasilkan sangat memuaskan bersesuaian dengan mereka yang ingin merakamkan detik bermakna dan terindah untuk selama-lamanya. Di bawah adalah antara hasil kerja mereka untuk tatapan anda. Hasilnya anda boleh tonton kat sini:

Majlis Persandingan Azalea & Hafizzi

[dropcap]T[/dropcap]DS Productionz juga banyak menghasilkan video korporat dan video komersial untuk syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia antaranya Malaysia Airlines System Berhad dan Kelantan Tourism Association.

Sekiranya anda berminat untuk merakamkan perjalanan syarikat anda ke sesuatu tempat (Videolog) ataupun ingin merakamkan “Youtube Videos” untuk mengiklankan servis dan produk terbaru, promosi semasa dan sebagainya, anda juga boleh mendapatkan khidmat mereka. Di bawah adalah sebahagian video korporat yang dihasilkan oleh TDS Productionz.

  1. Chef Amandine Chaignot Trip to Langkawi – A video for Malaysia Airlines by TDS Production
  2. A Journey of Friendship: Paris, France – #MHjourneys
  3. Malaysia Airlines Cabin Crew Recruitment

Khas kepada pemilik butik pakaian dan produk, TDS Productionz menawarkan servis fotografi studio untuk mereka yang mengidamkan gambar produk yang berkualiti dan menarik untuk dipamerkan kepada pengguna. TDS Productionz menyediakan dua jenis studio untuk pilihan anda iaitu White Studio dan juga Eksklusif Studio.

Pakej Videografi Menarik TDS Productionz

1. Exclusive Studio

Pakej Videografi Menarik TDS Productionz

2. White Studio

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi mereka di alamat dan no telefon seperti berikut:
H-1-2 Blok H Putra Walk
Jalan PP25 Taman Pinggiran Putra Seksyen 2
43300 Seri Kembangan
03 8959 4881 (Office)
017 232 6991 (Zul)
017 2727 488 (Nik)
[email protected]

Facebook :fb.com/TheDarknesStudio | Instagram : thedarknesstudio | Twitter : @tdsproductionsz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najwa Latif Tampil Kelainan Dalam Lagu HILANG

Sitkom 88 Kopitiam Dihentikan Siaran Gara-Gara Video Teresa Kok