in

Pakej Istimewa Sempena Musim Raya di Portal Tonton

PAKEJ ISTIMEWA KANDUNGAN “PREMIUM” SEMPENA MUSIM PERAYAAN INI!

Portal video pintar Tonton kini menawarkan koleksi filem dan rancangan menarik sepanjang musim perayaan tahun ini! 4 pakej baru diperkenalkan Tonton bulan ini antaranya Pakej “Retro Movies” (3 pakej), “Syoknya Raya” dan “Istimewa Merdeka”. Pengguna berpeluang menonton seleksi pilihan selama sebulan tanpa had pada bila-bila masa sahaja.

syoknya_rayapakej

Dengan harga serendah RM8 untuk 4 tayangan retro terbaik, Tonton menawarkan pilihan filem seperti Jutawan Segera, Cik Mala Janda Berhias, Pengantin Popular dan banyak lagi. Malah, pengguna juga ditawarkan pembelian serendah RM4 untuk setiap buah filem bagi langganan selama sebulan.

Manakala pakej “Syoknya Raya” pula menampilkan koleksi telefilem terbaik seperti Bagaikan Sumayyah (2010), Selangkah ke Syurga (2008), Malam 7 Likur (2007), Airmata Syawal (2004) dan Berakhirnya Sebuah Ramadan (2001). Pengguna boleh menonton kesemua drama terbaik ini dengan pakej langganan serendah RM10 sahaja atau dengan bayaran RM4 untuk setiap telefilem.

“Istimewa Merdeka” menawarkan pilihan konsert patriotik terhebat. Dengan hanya RM4, pengguna berpeluang merasai kemeriahan sambutan sekitar Konsert Sudirman (1986) dan Konsert Merdeka KLCC (2003).

Filem Retro
(Harga Pakej RM8 atau RM4 setiap filem)
Pakej A Pakej B
Bisikan Cinta Cik Mala Janda Berhias
Cinta Si Penggali Kubur Cinta SMS
Dia My X Jutawan Segera
Siber Pot Pet Dot Com Pengantin Popular

Pakej C
Husband You, Wife I
Selamat Pengantin Baru Dato’
Haji George
Siapa Tunang Atuk

Syoknya Raya Istimewa Merdeka
(Harga Pakej RM10 atau RM4 setiap drama) (RM4 untuk setiap rancangan)
Bagaikan Sumayyah (2010) Konsert Sudirman (1986)
Selangkah ke Syurga (2008) Konsert Merdeka KLCC (2003)
Malam 7 Likur (2007)
Airmata Syawal (2004)
Berakhirnya Sebuah Ramadan (2001)

Facebook: www.facebook.com/AskTonton
Twitter: www.twitter.com/AskTonton

Meriahkan musim perayaan ini dengan koleksi menarik tayangan “Retro Movies”, “Syoknya Raya” dan “Istimewa Merdeka”, eksklusif di Tonton Premium hari ini!

tonton-premium_A

tonton-premium_C

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Yassin Sulaiman & Atilia di Viva Home

Lagu Raya Kemaafan Lebaran Nyanyian Kumpulan Firdaus