in

Pakej Berbuka Puasa 2010 di Red Box KL Sogo

Sempena kedatangan Ramadhan, pusat karaoke Red Box Ria di KL Sogo tidak ketinggalan menyajikan istimewa berbuka puasa hanya pada RM35++ seorang.

Sajian berbuka lazat, berkhasiat, mengenyangkan dengan pakej berbuka murah pastinya akan dicari oleh kita.

Nikmati pelbagai hidangan Melayu tradisional seperti udang sambal petai, ketam percik, kepak ayam goreng berempah, ayam panggang santan berlada, kerang rebus, sotong goreng tepung, lala goreng pedas, udang lemak cili padi, gulai kawah daging, kailan ikan masin, sate ayam, sate daging dengan kuah kacang, kupang tiga rasa, tempoyak ikan senagin, ayam kelio, daging gulung sambal kelapa, salmon gulung asparagus dan banyak lagi.

Juga tersedia masakan barat seperti lamb rack shoulder with mint sauce, beef escalope dan lain-lain. Sajian pembuka selera seperti keropok (crakers), bergedil, mixed grill salad, sup ayam, rojak sayur dengan sotong rendam kuah kacang turut tersedia.

Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut seperti air batu campur, sweet dessert, sweet milk honeydew dan pelbagai jenis Kuih Muih Tradisional Melayu yang menjadi kemestian semasa berbuka puasa. Tahun ini, Red Box Ria sekali lagi bekerjasama dengan Unilever Food Soultions dalam menyediakan setiap hidangannya dengan menggunakan bahan masakan asas dari pengeluar tersebut.

Selain pelbagai juadah tradisional dan barat, pengunjung boleh menikmati hidangan air panas & sejuk tanpa had. Juga ais-krim dan kudapan yang disediakan secara percuma. Penggunaan bilik khas untuk pengunjung selama 4 jam pasti menjadikan waktu berbuka puasa anda lebih selesa. Kemudahan surau terdapat di tingkat bawah bangunan Sogo untuk mereka menunaikan solat fardhu.

Memenuhi permintaan pengunjung yang biasanya datang secara berkumpulan, Red Box Ria tampil menawarkan promosi pakej berkumpulan yang menarik. Harga pakej dilengkapkan dengan percuma untuk setiap tambahan pengunjung, yang tentunya lebih menjimatkan.

Contohnya, harga untuk 5+1 dikenakan hanya pada RM208++. Dengan pembelian pakej 5 orang, Red Box Ria menawarkan percuma lagi untuk 1 orang. Harga pakej untuk 10+2 orang hanya pada RM408++. Harga pakej untuk 15+3 orang hanya pada RM608++.

Sebagai penghargaan, pelbagai keistimewaan diberikan untuk mereka yang menempah pakej keluarga di mana mereka boleh memilih minuman istimewa selain yang terhidang di kaunter minuman. Antaranya, air tembikai, laici cincau, sirap bandung, rumpai laut susu dengan cincau dan oren asam boi.

Menariknya tahun ini, turut diadakan pertandingan untuk memenangi hamper produk Unilever bernilai RM3,000 dan sampul raya percuma.

Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula 11hb Ogos 2010 setiap hari bermula jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Red Box Ria di talian 03-2694 7788 atau layari www.redbox.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fruity Lolo at Jusco Maluri

Trivia Beg Gucci Pelakon Remaja