in ,

Pakar Motivasi Prof Izzi Meninggal Dunia

Profesor Madya Izzi Haji Ali yang terkenal dengan tazkirahnya di Hot FM meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada Jumaat.

Allahyarham Izzi atau nama sebenarnya Md Izuddin Ali yang juga pakar motivasi meninggal dunia akibat serangan angin ahmar kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

mStar Online dimaklumkan, Allahyarham diserang penyakit berkenaan sejak seminggu lalu.

Jenazahnya dijadual akan dikebumikan di kampung halamannya di Terengganu.

Allahyarham sebelum ini pooular dengan tagline ‘renung-renungkan’ dan ‘selamat beramal’ menerusi segmen tazkirah di saluran radio Hot FM.

Beliau juga pernah muncul dalam rancangan televisyen antaranya di TV3 seperti Kuliah Subuh, Petua, Bincang Petang dan Inspirasi Pagi di TV1.

Berita dipetik dari Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baju T Keluaran Edisi Terhad Koleksi Decade Hatta Dolmat

Amira Othman & Nabila Razali Berbuka Puasa Bersama Peminat