in

Baju Pengantin Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Love Spell II by Zery Zamry

Pakaian pengantin adalah lebih daripada hanya sehelai pakaian yang dipakai dihari bersejarah anda, ia merupakan simbolik kedudukan istimewa seorang wanita dikala saat paling penting dalam hidup mereka. Berasaskan falsafah ini, pereka busana Zery Zamry mengukir impian setiap wanita untuk kelihatan memukau pada hari istimewa mereka.

Bersesuaian dengan tema koleksi baru 2012 tersebut iaitu ‘Love Spell 2’ adalah koleksi 10 pakaian pengantin yang romantis dan selaras dengan permintaan tren terkini pemakainya. Koleksi ‘Love Spell 2’ daripada Zery Zamry adalah sambungan visi koleksi ‘Love Spell’ beliau yang pertama.

Koleksi terbaru ini, lebih memberi penekanan kepada konsep ‘ladylike’ dan mengetengahkan idealistik budaya tradisi yang gemar menonjolkan keayuan and kesucian upacara perikatan di antara dua insan di hari bersejarah mereka.

Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Pakaian pengantin ini boleh disarungkan di hari pertunangan, pernikahan, persandingan mahupun acara memotong kek mengikut kesesuaian dan citarasa sipemakai.

Di antara emfasis yang ditonjolkan oleh hasil buatan Zery Zamry adalah gaun-gaun pengantin yang mempunyai unsur-unsur tradisional dan diberi nafas moden kepada hasil rekaannya. Antara potongan Rekaan kegemaran zery adalah seperti ‘empire waist’, ‘mermaid gown’ dan ‘ballgown’ yang ditampilkan di dalam koleksi ‘Love Spell 2’ dan tidak dilupa pada potongan tradisi seperti kurung dan kebaya yang masih segar dalam pemilihan pakaian pengantin di Malaysia.

Keistimewaan rekaan pakaian di dalam koleksi ini dapat dilihat melalui ketelitian dan kekemasan jahitan serta kepakaran Zery Zamry dalam menggunakan elemen-elemen yang tinggi nilai estetikanya seperti manik dan tatahan butiran kristal Swarovski yang tidak terlalu sarat pada rekaannya.

Selain itu penggunaan kelopak-kelopak bunga 3d atau timbul banyak memonopoli dalam perincian yang dibuat khas berupa bunga-bunga mawar dan camelia. Penggunaan fabrik yang feminin dan romantis juga telah digunakan ke dalam rekaan pakaian pengantin Zery Zamry.

Pengantin perempuan akan tampil kelihatan seperti puteri kayangan dengan sentuhan gabungan fabrik seperti sutera satin, raw silk, french lace, beaded french lace, dutchess satin dan sutera chiffon.Teknik-teknik yang menunjukkan hasil buatan tangan yang halus seperti draping, pleats, patching, tulle-gathering,sulaman manik dan juga sulaman patch-hole di dalam rekaan beliau.

Zery Zamry memberi sentuhan kelainan yang lebih moden,romantis dan memberi perasaan understated elegance kepada pemakainya. Dengan hanya memberikan sentuhan aksesori yang minimalis, pemakai sudah cukup tampak manis dan tersendiri dalam helaian-helaian dari Zery Zamry ini.

Koleksi ‘Love Spell 2’ dalam erti kata lain, membawa pemakainya untuk menjiwai rekaan yang sederhana tetapi mampu menyerlahkan keayuan dan kecantikan mutlak si pemakai pada hari paling bersejarah mereka. Harga bermula dari rm3000 keatas.

Untuk keterangan lanjut boleh layari www.zeryzamry.blogspot.com atau terus hubungi Zery Zamry untuk temu janji.

Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Love Spell II Rekaan Zery Zamry

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Juara MANIA Astro

TRAIN Live in Concert at KL Live