Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Pak Pandir The Musical di Dewan Filharmonik Petronas KLCC



‘PAK PANDIR THE MUSICAL’ BERSAMA ARTIS BUDAYA KSPP
DI DEWAN FILHARMONIK PETRONAS!
 

Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) atau PETRONAS Performing Arts Group (PPAG) akan meneruskan keunggulan persembahannya melalui  ‘Pak Pandir The Musical’ di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC pada hari Rabu, 17 Jun 09 dan Khamis, 18 Jun 09 pada pukul 8.30 malam.

Dalam usaha untuk menghidupkan kembali cerita-cerita penglipurlara yang popular, KSPP telah memilih untuk mementaskan ‘Pak Pandir The Musical’ sebagai sumbangan sosial ke arah memartabatkan lagi hikayat Melayu lama. Diharapkan melalui pementasan ini, golongan muda hari ini dapat belajar dari pengajaran yang tersirat dan tersurat melalui perlakuan Pak Pandir.

‘Pak Pandir The Musical’ yang diterbitkan oleh Pengarah KSPP, Hartini Hj Abdullah, adalah sebuah cerita lama yang diolah kembali dengan lagu dan muzik dan disulamkan dengan elemen komedi dan nasihat. Episod-episod dalam pementasan ini telah diberi nafas baru untuk menjadikannya relevan dengan kehidupan hari ini.

Pementasan ini juga akan menyaksikan gabungan bakat artis-artis budaya KSPP dalam nyanyian, lakonan dan rentak tari yang segar yang bakal menarik perhatian penonton.

‘Pak Pandir The Musical’ mengisahkan sepasang suami isteri miskin yang tinggal di sebuah kampung. Pandir adalah seorang yang lurus dan dungu. Segala kerja yang dilakukan melambangkan kelurusan fikirannya dan sering berakhir dengan hasil yang sia-sia. Kedunguannya telah memeningkan kepala isterinya, Andeh, dan kemuncak kedunguan Pak Pandir ialah apabila beliau memandikan anaknya dengan air panas yang menyebabkan anaknya mati.

Pementasan ini bakal ditunjangi oleh pengarah / penulis skrip Zahari Hamzah, pengarah muzik Ahmad Muriz Che Rose, pengarah tari A Sam Palal dan koreografer Rozilah Abdul Rahman.

Tiket-tiket berharga RM60, RM50, RM30 dan RM15 boleh ditempah melalui Box Office di talian 03- 2051 7007 atau faks 03- 2051 7077 atau email dfp_boxoffice@petronas.com.my

Jangan lepaskan peluang menyaksikan keistimewaan persembahan KSPP kali ini, hanya di DFP! Persembahan ini dijamin bakal memberikan kesegaran dan keasyikan yang tiada duanya kepada para penonton kelak.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MPO’S MUSICAL JAMBOREE @ Dewan Filharmonik PETRONAS
  • A DOSE OF BAROQUE MUSIC WITH THE MPO AT Dewan Filharmonik PETRONAS
  • A CHAMBER CONCERT WITH THE MPO ENSEMBLE AT DEWAN FILHARMONIK PETRONAS
  • Dramatari Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas
  • ITALIAN TREASURES AT DEWAN FILHARMONIK PETRONAS
  • Pementasan TItian Zaman Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS @ Dewan Filharmonik PETRONAS
  • Khadijah Ibrahim: Pearl Anniversary Concerts at Dewan Filharmonik PETRONAS
  • Concert Khadijah Ibrahim at Dewan Filharmonik PETRONAS
  • Suria KLCC Invites All To Earth Hour 2012 Celebration
  • KLCC Seni Festival 2011



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK