Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]


Page 317 of 354« First...«315316317318319»...Last »







Iklan Teks Pakej 5


+ Dapatkan tips, petua, gossip meletop Nak berita informasi terkini. KLIK SINI!




Festival Filem Pelajar Aswara 2007

time May 29th, 2007 | category Category: Filem, Jemputan |
comment No Comments »

Sempena Festival Penilaian Tahun Akhir 2007 ASWARA pada 4 hingga 18 Jun 2007, beberapa filem akan ditayangkan kepada umum. Anda semua dijemput hadir. Saksikanlah karya-karya terbaru para pelajar jabatan filem & video ASWARA yang diterbitkan untuk setengah tahun pertama 2007 ini.

Tarikh:
15 – 18 JUN 2007

Tempat:
Dewan Kuliah Utama,
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),
464 Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

Masa:
8.30 MALAM (TAYANGAN FILEM)
9.00 PAGI – 5.00 PTG (TAYANGAN DAN PENILAIAN)

JADUAL TAYANGAN
15 Jun 2007 (Jumaat)

KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI):
1. “KHILAF” (filem 16mm, warna)
2. “IRE” (filem 16mm, warna)
3. “THE PERFECT PROPHET” (filem 16mm, warna)
4. “ICE CREAM” (filem 16mm, warna)
5. “SEJAMBAK BUNGA RAYA MERAH DARI ADAM BUAT IVANA” (filem 16mm, warna)
6. “SKNH” (filem 16mm, warna)
7. “BILA PUNGGUK RINDUKAN BULAN?” (High Definition, CGI)
8. “BATTHOSAI” (High Definition, CGI)
9. ” TUAN RUMAH BUAT HAL” (video)
 
KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “RUMAH DEGIL” (Video)
2. “BENGAWAN SOLO” (Video)
3. “JIPANG” (Video)

16 Jun 2007 (Sabtu)
KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI):

1. “COMOLOT” (filem 16mm, warna)
2. “TRIGGER” (filem 16mm, warna)
3. “QALAM” (filem 16mm, warna)
4. “JOSON PARFAIT” (filem 16mm, warna)
5. “OBSTACLES” (filem 16mm, warna)
6. “KHIANAT” (filem 16mm, warna)
7. “A DAY IN THE LIFE OF…” (filem 16mm, warna)
8. “TAMAN ROS MERAH” (video)
 
KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “MENJELANG SENJA” (Video)
2. “BESI BURUK” (Video)
3. “SURA RUMAH”

17 Jun 2007 (Ahad)
KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI):

1. “KHILAF” (filem 16mm, warna)
2. “IRE” (filem 16mm, warna)
3. “THE PERFECT PROPHET” (filem 16mm, warna)
4. “ICE CREAM” (filem 16mm, warna)
5. “SEJAMBAK BUNGA RAYA MERAH DARI ADAM BUAT IVANA” (filem 16mm, warna)
6. “SKNH” (filem 16mm, warna)
7. “BILA PUNGGUK RINDUKAN BULAN?” (High Definition, CGI)
8. “BATTHOSAI” (High Definition, CGI)
9. ” TUAN RUMAH BUAT HAL” (video)
 
KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “RUMAH DEGIL” (Video)
2. “BENGAWAN SOLO” (Video)
3. “JIPANG” (Video)

18 Jun 2007 (Isnin)
KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI):

1. “COMOLOT” (filem 16mm, warna)
2. “TRIGGER” (filem 16mm, warna)
3. “QALAM” (filem 16mm, warna)
4. “JOSON PARFAIT” (filem 16mm, warna)
5. “OBSTACLES” (filem 16mm, warna)
6. “KHIANAT” (filem 16mm, warna)
7. “A DAY IN THE LIFE OF…” (filem 16mm, warna)
8. “TAMAN ROS MERAH” (video)

KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “MENJELANG SENJA” (Video)
2. “BESI BURUK” (Video)
3. “SURA RUMAH” (video)

KATEGORI: FILEM PENDEK (NARATIF / EKSPERIMENTASI)

1. “ICE CREAM” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: CUT MUTIA TEUKU ISKANDAR
Mengisahkan seorang nenek bersama cucu lelakinya di kampung. Zaitun (75 tahun) bersiap sedia untuk mengambil buku laporan akademik Ali, cucunya. Dalam perjalanan Zaitun membeli 3 batang aiskrim, 2 batang untuk cucunya dan sebatang untuk dirinya. Ali marah apabila mendapati aiskrim tadi telah cair lalu merajuk dan meninggalkan Zaitun.

2. “BATTHOSAI” (High Definition, CGI)
Penerbit & Pengarah: AMIR SALLEHUDDIN ITHNIN
Kenshin adalah samurai dan pembunuh upahan puak Choshu yang memihak kepada kerajaan Meiji untuk menjatuhkan kerajaan Tokugawa. Kenshin akan membunuh sesiapa saja tanpa belas kasihan sehinggalah Kenshin bertemu dengan seorang wanita bernama Tomoe, tunang Kiyosoto. Sebelum pertemuan mereka, Kenshin adalah orang yang bertanggunjawab membunuh Kiyosoto. Kenshin dan Tomoe akhirnya jatuh cinta dan Tomoe menasihatinya agar tidak membunuh lagi.

3. “SKNH” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: AZIMUDDIN OMAR
Marduk ingin menguasai dunia dengan menakluki dua buah kampung yang terdapat begitu banyak buah rambutan iaitu kampung Shabra dan kampung Shatilla. Marduk mendapat bantuan orang kanannya (enlighten) tetapi dihalang oleh Baphomet yang telah menjalankan eksperimentasi jahat terhadap subjek Marduk dalam Operasi Morkingbird.

4. “BILA PUNGGUK RINDUKAN BULAN?” (High Definition, CGI)
Penerbit & Pengarah: BENNYLITA NASUTY RAMLEE
Sang Pungguk turun ke bumi mencari cermin muka kesayangan kekasihnya, Sang Bulan yang tinggal di kayangan. Pengembaraan berbasikal merentasi gunung, hutan dan tasik telah menemukannya dengan Arjuna si Pungguk Perempuan, Sang Naga, Bigfoot, Orang Kenit dan Ikan Duyung. Apabila Pungguk turun ke bumi, dilihatnya tali sakti telah terhumban ke tanah. Berjayakah Sang Pungguk bertemu semula dengan Sang Bulan?

5. “THE PERFECT PROPHET” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: VENKATESH a/l SOMASUNDARAM
Sebuah filem pendek eksperimentasi kajian epistomologi iaitu menyoal ilmu dan minda manusia itu sendiri. Filem ini mengisahkan laluan hidup seorang insan yang terperangkap dalam dunia materialistik pasca moden. Keliru dengan makna kehidupan dan tidak pasti dengan apakah arah tuju resolusi kehidupan. Insan ini hanya bekerja bertungkus-lumus, siang dan malam demi mendominasikan mindanya dengan keperluan material. Kesemua realiti relatif hidup berhenti pada saat terakhir nyawa kehidupannya dalam dunia maya “underworld”. Di sinilah dia menyedari dirinya dan mengalami emosi tulen ketakutan, keseksaan, kasih sayang, serta benci yang menolak naratif ke arah resolusi penceritaan dan objektif manusia itu sendiri. Kesemua ini memaksa manusia ini mempersoalkan kepercayaan dan makna kehidupannya.

6. “OBSTACLES” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: SATHIYAVARMAAN a/l THIRUNAVUKARASU
Sam dan Michelle, anak kepada Douglas dan Jessica yang cuba untuk menyatukan ibu bapa mereka yang baru lepas bergaduh. Pertengakaran itu menyebabkan ibu bapanya tidur berasingan. Sam dan Michelle cuba menakutkan bapanya dengan bunyi-bunyian yang seram agar dia kembali tidur bersama ibunya. Douglas ketakutan dan masuk ke dalam bilik semula.

7. “A DAY IN THE LIFE OF…” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: SYED OMAR SYED OTHMAN
Kisah kehidupan seorang kakitangan awam yang berkhidmat dibawah sebuah jabatan khas. Dibelenggu dengan kawalan serta nilai kesempurnaan, hanya mimpi yang dapat menerbangkannya jauh dari kebenaran realiti dunia.

8. “QALAM” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: MUHAMMAD SHAREZZAHADI KOH MOHD NAJIB KOH
Perjalanan seorang sami Budhha, bernama Lee yang setia pada agamanya. Dengan berpandukan perkataan “ALLAH” yang diterimanya semasa sedang berdoa, Lee mencari mana datangnya perkataan itu. Dia telah pergi ke kuil, gereja dan surau untuk mencarinya. Dalam perjalanan Lee itu, dia bertemu dengan “halangan” yang membuatkan dia kabur terhadap Islam iaitu orang muslim yang telah memburukkan agama Islam itu sendiri.

9. “SEJAMBAK BUNGA RAYA MERAH DARI ADAM BUAT IVANA” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: MOHD HAFDZI ABD RASHID
Orang Muda, seorang graduan sekolah seni persembahan berusaha setiap hari menempatkan dirinya dalam industri perfileman, tv dan teater tanah air. Kesempitan wang menyebabkan Orang Muda menjadi pelanggan tetap nasi lemak seorang janda anak satu yang digelarnya Seri Panggong. Pada suatu hari, Orang Muda mendapati gerai nasi lemak Seri Panggong telah ditutup. Ini mengakibatkan Orang Muda hilang fokus dan putus asa pada kariernya. Akhirnya Orang Muda mengambil keputusan untuk berniaga nasi lemak di tapak gerai nasi lemak Seri Panggong.

10. “KHILAF” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: NOR EMELLY MOHD. SAAD
Mariam (22 tahun) dilahirkan bisu dan cacat sebelah kaki tetapi mempunyai bakat melukis. Dia melukis setiap apa yang dilihat atau berlaku ke atas dirinya. Ibunya berkahwin lain dengan seorang pemandu teksi, Yusof. Apabila Khatijah disahkan mengidap HIV, Yusof telah melakukan sesuatu terhadap Mariam tanpa pengetahuan ibunya. Mariam hanya mampu meluahkan segala-galanya dalam lukisan.

11. “JOSON PARFAIT” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: ZULAIKHA ZOLKIFLI
Sarah, seorang wanita yang berusia lewat 20-an yang mementingkan kesempurnaan atau “perfectionist”. Sarah berkahwin dengan Shafiq dan memperolehi 2 orang cahayamata. Pada suatu hari, Sarah mendapati suaminya berlaku curang lalu bertindak untuk membunuh Shafiq dan kedua-dua anaknya.

12. “COMOLOT” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: MOHD AKRAM ISMAIL
Aiman dan Danial telah bersahabat sejak di universiti sehingga melahirkan bibit hubungan terlarang. Juwita tunangan Danial tidak mengetahinya sehinggalah terlihat Aiman dan Danial bermesra bersama. Danial bertindak memutuskan hubungan dengan Aiman. Semasa majlis persandingan Danial dan Juwita, sesuatu yang tidak diingini dari lumrah kehidupan normal berlaku.

13. “KHIANAT” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: NOR HAFIZAH MD. NOR
Aryana (17 tahun), seorang remaja yang lalai dan alpa akan tangungjawabnya terhadap diri sendiri dan keluarga. Dia telah hamil hasil hubungannya dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Aryana cuba mencari penyelesaian jalan mudah tetapi dibatalkannya kerana melihat sendiri penderitaan rakan karibnya semasa menggugurkan kandungan. Hidupnya berubah setelah bertemu dengan seorang wanita tua.

14. “IRE” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: SORAYA NABIHAH ADAM
Mengisahkan tentang seorang budak perempaun bernama Fifie(12 tahun) yang pendiam. Ibunya Lydia So, seorang yang kuat bekerja sering menginggalkan Fifie bersama bapanya, Dhany. Fifie seringkali mengalami mimpi aneh iaitu de javu. Mimpi yang akhirnya menjadi realiti itu menyebabkan Fifie nekad untuk melakukan sesuatu. Baginya, tiada sesiapa yang boleh merampas dirinya, keluarga dan kehidupannya.

15. “TRIGGER” (filem 16mm, warna)
Penerbit & Pengarah: LIM MIN YAW
Cecile dan Bernard adalah sepasang kekasih yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti. Pada suatu hari, Cecile telah cuba dirogol oleh seorang pengawal keselamatan tempatnya bekerja. Semasa kejadian itu berlaku, Cecile teringat kembali apa yang telah Bernard lakukan pada dirinya. Cecile cuba mempertahankan dirinya dan bertindak melakukan sesuatu.

16. “TAMAN ROS MERAH” (video)
Penerbit: RAFIZAH BASRI, Pengarah: AMAR MD. NOR ARAFAT
Rambai amat meminati seorang wanita bernama Azlina yang sering diperhatikannya menunggu teksi. Setiap kali ingin berkenalan, Rambai akan membawa sejambak bunga ros merah tetapi seringkali gagal untuk menyerahkannya sehingga menjadi bunga-bunga kering yang menjadi perhiasan di biliknya.

17. “TUAN RUMAH BUAT HAL” (video)
Penerbit: NORFADILA ZULKAFELEY, Pengarah: CHE MOHD KHAIRUL AZIZI
Mengisahkan kekaluatan di sebuah rumah di antara tuan rumah, Penghantar Bungkusan (Hamdan) dan posmen. Salah sangka di antara ketiga-tiga watak dan perasaan takut Hamdan dan posmen menimbul peristiwa huru-hara sehingga tuan rumah pengsan.

KATEGORI: DOKUMENTARI
1. “RUMAH DEGIL” (Video)

Penerbit: MAZLAN ZULKIFLY, Pengarah: FATUL RAHMAN AHMAD GHAZALI
Dokumentari ini mengisahkan “survival” sebuah rumah kayu lama No.41, Jalan Chow Kit yang dikelilingi bangunan dan rumah kedai moden. Memaparkan suka-duka kehidupan dan kekentalan jiwa pewarisnya dalam mempertahankan hak, warisan dan “wasiat” walaupun sering ditawarkan wang berjuta untuk menjual rumah tersebut.

2. “BENGAWAN SOLO” (Video)
Penerbit: NORHAZLIN NORSALAM, Pengarah: AZIZI ISMAIL
Dokumentari ini menceritakan tentang seorang lelaki Cina bergelar Mr. Chin. Beliau mempunyai personaliti menarik, istimewa, berbakat dalam bidang seni dan mempunyai pekerjaan yang unik iaitu “penilik dan pembuang tahi lalat”.

3. “MENJELANG SENJA” (Video)
Penerbit: SYAHRUL ASWARI, Pengarah: AHMAD BASRI HASHIM

Laman web ASWARA: www.aswara.edu.my

Technorati Tags: , , , ,

Tags: , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film Festival
  • TAYANGAN DAN SEMINAR FILEM PELAJAR DIPLOMA TAHUN AKHIR ASWARA
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Movie Carnical 2007 Kembali Lagi
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta
  • Chermin To Be Screened At Italian Film Festival
  • Kes Mahkamah Pelakon Selamat Pagi Cinta, Nur Fazura Bela Diri
  • Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival
  • New Video Clip Age Of Pollution by Ning Baizura
  • Discover The Secrets Behind Digital Film Making With Scott Billups

    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!




  • Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5

    time May 29th, 2007 | category Category: Aizat AF5, Filem, Jemputan, Promosi |
    comment 15 Comments »

    Salam pada semua pembaca Sensasi Selebriti,

    Anda peminat Aizat AF5? Ingin menonton filem Shrek 3 bersama bintang Akademi Fantasia 5 ini? Kalau jawapannya ya… jangan lepaskan peluang ini untuk bersama menjayakan MOVIE DAY OUT bersama AIZAT yang julung-julung diadakan untuk peminat dan penyokong Aizat. Khabarnya, satu dewan telah pun ditempah untuk acara ini!

    Info lanjut:
    Tayangan Filem Shrek 3 Bersama Aizat

    Tarikh:
    1 Jun 2007 (Jumaat)

    Masa:
    Jam 9.00 malam - Berkumpul di TGV, Suria KLCC
    Jam 9.50 malam - Tayangan Filem Shrek 3

    Harga Tiket:
    RM10.00 - Untuk Dewasa
    RM5.00 - Untuk Kanak-Kanak

    Kepada pembaca yang ingin menyertai MOVIE DAY OUT bersama AIZAT, sila emailkan butiran diri seperti nama, alamat, nombor telefon untuk dihubungi dan sila nyatakan bilangan tiket yang mahu ditempah dan hantarkan kepada:

    ketuakampung[at]kasigegar[dot]com

    Jom, ramai-ramai kita gegarkan TGV KLCC jam 9 malam hari Jumaat ini! Sensasi Selebriti juga turut dijemput dan akan berada di sana! Thanks Aizoners!

    Kasi Gegar….!

    Technorati Tags: , , , ,

    Tags: , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Foto Movie Day Out With Aizat - Shrek 3
  • Cenderehati Akademi Fantasia 5
  • Azriefaiz Pelakon Drama Ku Milikmu Buat Promo
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Sinopsis Shrek The Third
  • Eksklusif! Single & Album Terbaru Aizat - Sahabat
  • Poster Preview - Majlis Meraikan Peminat
  • VIDEO PROMO TEATER MUZIKAL PATRIOT ASHRAF MUSLIM
  • Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!




  • Biodata Farawahida Razali

    time May 28th, 2007 | category Category: Album, Farahwahida, Ulasan |
    comment 3 Comments »

    Nama: Farawahida Razali
    Nama Panggilan: Fara
    Adik-Beradik: Anak keempat daripada enam beradik
    Tempat Lahir: Taiping, Perak
    Tarikh Lahir: 19 Mac 1985
    Usia: 20 tahun
    Bangsa: Melayu
    Keturunan: Melayu dan Pakistan
    Zodiak: Pisces
    Tinggi: 162 sentimeter
    Berat: 49 kilogram
    Hobi: Meminati sukan lasak

    Penyertaan Farawahida dalam pertandingan:
    1. Finalis Wirawan Seni Remaja Eon 1995
    2. Finalis Pepsi Young Discovery Chalange 1996
    3. Finalis Sinaran TV3 2000
    4. Finalis Bintang RTM 2001
    5. Finalis Bintang URTV 2002
    6. Finalis Suara Jati Malasysia 2003

    Album Farawahida:
    Tanpamu - Farawahida (2004)
    Semuanya Ada Di Sini (2006)

    Syarikat pengurusan: Millenium Art Sdn Bhd

    Kejayaan:
    1. Anugerah Penyanyi Wanita Baru Paling Popular ABP Berita Harian ke 20
    2. Duta AirAsia di Indonesia

    blogPenjualan album Farawahida pada bulan pertama amat memberangsangkan, cetakan pertama sebanyak 3,000 unit habis dijual pada bulan pertama. Pernah gempar dengan kisah sensasi yang ‘menimpa’ dirinya apabila dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan komposer Julfekar. Malah lebih daripada hubungan itu, mereka dikatakan telah mendirikan rumah tangga. Secara jujur gosip yang melanda itu sememangnya menaikkan nama beliau namun begitu gadis ini secara terus terang mengakui dia tidak menggemari populariti seperti itu.

    Ikuti ulasan TrekSuzan Berita Harian:
    Ulasan Album Semuanya ada di sini dari Farawahida

    ARTIS: Farawahida
    JUDUL: Semuanya Ada Di Sini
    GENRE: Pop

    UNTUNGNYA Farawahida dapat bergandingan dengan penyanyi sehebat Endang S Taurina. Range vokal yang sepadan antara mereka berjaya membuatkan lagu Di Sini Ada Cinta cukup menyenangkan bagi saya menikmatinya. Namun kalau Fara menyanyi solo pun, dia boleh pukul ranap.

    Lagu Semuanya Ada Di Sini disampaikan dengan cukup baik. Ia bukan saja jelas, malah jarang saya mendengar Fara begitu santai membawakan lagu pop yang seolah-olah dia bercakap dan bukan menyanyi. Fara kedengaran sebati dengan lagu itu. Begitu juga Persoalan Cinta yang ada pengaruh ketimuran apabila diselitkan alat muzik tradisi, er hu, yang dimainkan He Yun.

    Buah Hati sebuah irama balada yang seolah kacang putih bagi Fara. Demikian juga Adakah Masih Ada yang menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri Datin Diaries. Masih Saja Bahagia pula bercorak moderate pop yang sederhana.

    Produser album ini, Julfekar memang berani membuat uji kaji bukan saja dengan keupayaan nyanyian Fara tetapi juga pasaran semasa. Mahukan hiburan yang hip hop dan rap, dengarkan Baby Honey… yang menampilkan Shazzy. Begitu juga Rakus ciptaan Julfekar dan Slen. Pasti penggiat alam sekitar semestinya sukakan lagu ini yang temanya yang cukup kuat memperjuangkan kemusnahan alam sekitar yang berlaku di serata dunia. Terbukti Farawahida lebih versatile dalam album ini.

    Sebagai pelengkap, ditampilkan pula Lagu Penglipurlara yang berentak Irama Malaysia atau Etnik Kreatif. Sekurang-kurangnya adalah juga wakil untuk kategori ini dalam Anugerah Juara Lagu TV3 kelak. Pendek kata memang semuanya ada di sini untuk peminat Fara.

    Technorati Tags: , , , ,

    Tags: , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rosnani Jamil Bercinta Dengan Razali?
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Biodata Ahmad Nubhan Bin Ahamad Calon Pelajar AF 6
  • Koleksi Galeri Gambar Selebriti @ Karpet Biru AIM15
  • Biodata Pierre Andre
  • Farawahida, Nora, Fazli Zainal, Anuar di Kejutan Hari Jadi Ziana Zain
  • Biodata Izwan Pilus
  • Sekitar Showcase Letto di Ruums Life Centre Kuala Lumpur
  • Ayu Akademi Fantasia 6 Calon Akhir
  • Senarai Nama Calon-Calon Pelajar Akademi Fantasia 6

    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!




  • Cinta Pertama Bunga Citra Lestari

    time May 28th, 2007 | category Category: Album, Bunga Citra Lestari, Filem |
    comment 20 Comments »

    Pelakon filem Cinta Pertama ini memang cantik orangnya. Terbukti ketika saya bertemu gadis yang pernah dikatakan nakal ini di satu majlis pra tonton filem Cinta Pertama di TGV KLCC baru-baru ini, dia yang agak mesra dengan senyum mulusnya tampil dengan wajah berseri-seri.

    Sudah menonton filem Cinta Pertama? Apa komen anda?

    Berusia 24 tahun, Bunga dikatakan akan menggantikan tempat Kris Dayanti suatu hari nanti. Ramai media beranggapan Bunga boleh pergi jauh sekiranya dia mengekalkan imej bersihnya. Menghormati media, pandai menjaga diri, dan bunga juga sangat berdisiplin dalam kariernya sebagai penyanyi dan pelakon. Meskipun demikian, banyak desas desus gosip liar, pernah gempar dengan gambar seksi dan bogelnya tersebar di internet rasanya tidak mematah semangat gadis ini untuk terus berkarya.

    Graduan jurusan ekonomi daru Universiti Trisakti, Jakarta ini pernah datang ke Kuala Lumpur untuk mempromosi albumnya, Cinta Pertama. Baru-baru ini (10 Mei lalu), Bunga terbang lagi ke Malaysia menyahut jemputan Tayangan Unggul Sdn Bhd untuk mempromosikan filem Cinta Pertama.

    Antara lagu-lagu yang termuat dalam album Bunga Cinta Lestari:

    1. Cinta Pertama (Sunny)
    2. Aku Tak Mau Sendiri
    3. Ingkar
    4. Perih
    5. Terpanah Asmara
    6. Someone Like You
    7. Saat Kau Pergi
    8. Sampai Dihati Saja
    9. Mengapa Harus Terjadi
    10. Yang Lalu Biarlah Berlalu

    Antara foto-foto di Majlis Pra tonton Filem Cinta Pertama:

    Technorati Tags: , , , ,

    Tags: , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Gossip Gambar Ashraf Sinclair Cium Bunga Citra Lestari di Pulau Bali
  • Sekitar Pelancaran Album The Best Of Ari Lasso di Planet Hollywood
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Gambar Boyfriend Noris Ali Pengacara Motor Addict di Astro Ria
  • Senarai Finalis Anugerah Planet Muzik 2008
  • Ashraf Muslim, Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari di Hero Remaja Finalis 2008
  • Ulasan Filem CINTA PERTAMA
  • Sinopsis Filem CINTA PERTAMA
  • Showcase Album The Best Ari Lasso of di Planet Hollywood

    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!




  • Sekitar Nuffnang - Opening Nite Pirates of the Caribean 3

    time May 26th, 2007 | category Category: Blog, Gathering |
    comment No Comments »

    Meriah juga sesi menonton filem Pirates of the Caribean 3 anjuran Nuffnang pada 24 Mei lalu. Boleh dikatakan ianya berjaya menjadi event terbesar yang melibatkan penulis blog di Malaysia. The Largest Blogger Event Ever Held in the History of the Malaysian Blogosphere… wow! Seronok rasanya pertama kali dapat berada dalam kelompok perjumpaan bersama penulis blog yang lain. Biasanya, inilah masa untuk mencari networking dan bertukar-tukar URL blog dan mengenali penulis blog lain secara lebih dekat. Mungkin pertama kali bertemu, ada yang segan dan malu untuk berkenalan.

    Untuk pengetahuan, acara seperti ini adalah kali pertama diadakan untuk menghimpunkan pembaca blog yang berdaftar dengan komuniti pengiklanan Nuffnang. Terima kasih Nuffnang yang sudi menjemput saya. Tahniah buat Tim & the geng kerana segalanya berjalan dengan lancar. Mungkin acara seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan sponsor yang lebih besar. Bercakap pasal sponsor, terima kasih kepada Exabites kerana memberikan minuman ringan dan pop corn untuk kami.

    Saya tiba di perkarangan The Curve seawal jam 8.30 malam bersama dengan Rizal, seorang kawan yang juga penulis slot Situ Sana Sini. Selepas menjadi antara blogger yang terawal mendaftar di booth, saya lepak-lepak dulu sambil makan pop corn. Saya berpeluang bertemu dengan Timothy Tiah yang katanya mahu sangat bertemu dengan saya di dunia realiti. Saya tidak terkejut dengan komen Timothy mengatakan saya nampak lain dari apa yang dia lihat di dunia siber. Tidak tahu betul atau tidak, itu pendapat orang. Kadang-kadang ada juga yang berkata, karakter saya di luar tidak sama dengan gaya penulisan di blog. Mmm… macamana tu ya? Tak faham pulak saya.

    Setelah menghabiskan masa beberapa ketika dengan surfing internet yang disediakan di ruang legar, saya berlegar mencari kot-kot ada kenalan lain yang datang. Sempat borak-borak dengan Suanie & Fireangel yang bergaya dengan kostum pirates. Hahaha… memang lawak diorang ni bergaya. Tetapi kira okay la tu… kreatif apa. Atleast diorang ni datang dengan pakaian tema. Kalau bernasib baik, sesiapa yang pakai mengikut gaya filem Pirates of The Caribean berpeluang memenangi penginapan 2 malam di Singapura.

    Penulis prolifik politik yang pernah menggegarkan Malaysia dengan isu blogger, Jeff Ooi pun ada. Shaolin Tiger  , Rojaks, Zeo, Paul Tan pun ada nampak. Tetapi tak berani nak tegur diorang ni. Segan. Selebriti blogger dalam genre hiburan yang turut hadir ialah Klubbkidd, Mr. Manager, sultanmuzaffar dan Juan Danza. Ramai lagi penulis blog bahasa Melayu yang hadir. Tercari-cari juga seorang pembaca dan juga blogger bernama Azurt yang katanya ada jugak join. Siap dapat 3 tiket lagi, kata dia. Ramai lagilah… yang katanya aku tengok kau, kau tengok aku, tapi malu nak tegur. Tapi kan, kalau terjadi sesuatu yang buruk pada malam itu, kemungkinan besar tidak ada lagi entri blog baru untuk dibaca keesokan harinya. Sebab ramai yang datang tu ada yang very high profile punya blogger. Majoriti yang hadir adalah berbangsa Cina saya kira. Senarai penulis blog lain yang katanya hadir pada malam itu ada di senaraikan di sini.

    Blogger tengah mendaftar. “Mana nama saya ni, takde pun?”

    “Apa nama blog kamu?”

    Penulis blog Sensasi Selebriti bersama orang kuat Nuffnang, Timothy.

    Bergambar bersama kapten pirates cetak rompak, Suanie… antara blogger yang terkenal di Malaysia.

    Suanie dengan muka poyo-nya & Fireangel masih dengan gaya control cun. Amacam menjadik?

    Gambar dari blog Kenny Ng. Kesian lak Tim terpaksa melaung-laung semasa berucap. Dahla takde mic, kemudian ada muzik latar yang lebih kuat mengganggu.

    Technorati Tags: , ,

    Tags: , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pirates of the Caribbean 3 : At World’s End
  • Opening Nite Pirates of the Caribbean: At World’s End
  • Pelancaran Portal Shawalfc.net
  • Gambar Penyampai di Media Nite Radio Hot FM & Fly FM
  • Jordin Sparks Juara American Idol 6
  • Terima kasih Kepada Sponsor Bulan Mac 2008
  • Gambar Bogel Keira Knightley Dalam Iklan Chanel Perfume Coco Mademoiselle
  • Youth 08: Traffic Jam Blogger Party Anjuran Nuffnang
  • Sunday Nite Live Ulangtahun ke 21 Wings @ Planet Hollywood
  • KUNGFU PANDA THE BIGGEST LIFETIME ANIMATION IN MALAYSIA

    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!




  • Pirates of the Caribbean 3 : At World’s End

    time May 26th, 2007 | category Category: Filem, Ulasan |
    comment 1 Comment »

    Antara skrip Pirates of the Caribbean 3 : At World’s End yang masih terngiang-ngiang di telinga saya:

    Did no one come to save me just because they missed me?

    What would you do? What would any of you be willing to do? Would you brave the weird and haunted shores at world’s end to fetch back witty Jack?

    Why should I sail with any of you? Four of you have tried to kill me in the past.

    Saya sudah pun menonton Pirates of the Caribbean 3 : At World’s End di opening nite anjuran Nuffnang. Bagi Budiey, sekuel yang ke-3 ini adalah yang paling hebat, lebih hebat dan jauh lebih baik dari sekuel 1 & 2. Ini pandangan peribadi saya. Ramai yang tidak bersetuju dengan saya. Tidak sehebat yang digambarkan. Filem untuk budak-budak. Terlalu banyak adegan yang tidak matang dan bijak.

    Namun, ada alasan saya mengangkat filem ketiga ini sebagai satu filem mesti tonton. Budiey kasi 9/10 bintang. Sungguh komedi, aksi lelucon yang selamba mencuit hati penonton, kostum, tata rias, dan solekannya superb, ada kelas, realistik dan tampak gah walaupun dalam penampilan selekeh gaya lanun, dengan plot-plot yang mencabar penonton untuk memberi fokus sepenuhnya dan pelakonnya tidak dapat kita nafikan memang hebat. Paling tidak, saya cukup suka dengan babak-babak yang dilakonkan oleh Chow Yun Fatt terutama sekali masa dia nak cium Keira Knightley. Dengan 3 jam memaku punggung di atas kerusi panggung, penonton sayugia saya ingatkan agar cukupkan tidur kalian sebelum menonton filem ini.

    Saya tidak teragak-agak untuk menontonnya sekali lagi. Tetapi bukan dalam masa terdekat ini. Seperti kata seorang pembaca bernama Rini. Dia kata, dia kena tonton sekali lagi sebab apabila terlalu fokus, ada bahagian lain yang lupa untuk diberi perhatian. Mungkinkah filem ini agak bercelaru dan menguji minda dan ingatan penonton pada siri sebelum ini? Apa kata anda?

    Foto sekitar opening nite POTC 3 akan menyusul kemudian.

    Technorati Tags: , , , ,

    Tags: , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Opening Nite Pirates of the Caribbean: At World’s End
  • Gambar Bogel Keira Knightley Dalam Iklan Chanel Perfume Coco Mademoiselle
  • Senarai Calon MTV Movie Awards 2007
  • Spider-Man 3, Transformers The Movie atau Pirates of the Carribean 3?
  • Jordin Sparks Juara American Idol 6
  • Sekitar Nuffnang - Opening Nite Pirates of the Caribean 3
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • Zi Lin Zhang Miss China PR crowned Miss World 2007
  • BOY MEETS WORLD
  • Pavarotti Opera Legend Dies At 71

    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!



    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!






  • Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET