Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair

December 4th, 2007 | Category: Filem |
11 Comments »


ashraf sinclair

Sebuah filem komedi seram arahan Majed Saleh (pengarah filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang lakonan Farid Kamil dan Siti Elizad) berjudul Eee…Hantu kini sedang dalam pengambaran. Antara pelakon yang membintangi filem yang menelan belanja RM 1.5 juta ini ialah Ashraf Sinclair, Raja Farah, Arry Putra, Yasmin Isa, S.Shamsuddin, Saiful Apek, Datuk Jalaluddin Hassan, Nasir Bilal Khan, Maidin, Ruminah Sidek, Zila Bakarin, Nursyella, Latiff Ibrahim, Dian P.Ramlee dan Harun Salim Bachik. Juga memperkenalkan pelakon dari Indonesia iaitu Dea Lestari (Bukan Bunga Citra Lestari, ya!) dan penyanyi dangdut Tessa Mariska, yang menggantikan Ratu Gelek Gerudi, Inul Daratista yang menolak tawaran ini kerana mahu mengerjakan haji bersama Datuk Siti Nurhaliza. Filem yang menggunakan teknik CGI ini mengisahkan 5 anak muda yang menyertai ekspedisi ke Gunung Ledang. Lalu, mereka tersesat dan di situlah bermulanya kisah seram ini. Menggunakan tok dalang lakonan S.Shamsuddin dan Saiful Apek sebagai pencerita. Apakah filem ini akan berjaya? Saya rasa untuk membuat orang ketawa dalam suasana seram memang agak susah… tapi kalau kena cara memang boleh. Tapi bunyi tajuk filem ni pun dah lain macam, kan? Mesti lawak giler!

[tags]filem eee hantu, sinopsis eee hantu, raja farah, ashraf sinclair, gambar penerjun mati, lima langkawi, citra bunga lestari, gambar ashraf sinclair kahwin, majed saleh, filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang, lawak selamba, koleksi cerita lawak, funny dialog, funniest video clip, farid kamil, siti elizad, Arry Putra, Yasmin Isa, S.Shamsuddin, Saiful Apek, Datuk Jalaluddin Hassan, Nasir Bilal Khan, Maidin, Ruminah Sidek, Zila Bakarin, Nursyella, Latiff Ibrahim, Dian P.Ramlee, Harun Salim Bachik, Tessa Mariska, lagu dangdut, kursus teknik cgi[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Ashraf Sinclair Duet Nyanyi Lagu Bersama Bunga Citra Lestari
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Raja Farah Mahu Berhenti Jadi Pelakon
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Gambar Pelakon Saus Kacang Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
  • Trailer Movie Saus Kacang Lakonan Marsha Milan Londoh
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • Ashraf Sinclair Kena Tampar Dalam Filem Saus Kacang?
  • Gambar Hantu Dalam Drama Niyang Rapik



  • Zi Lin Zhang Miss China PR crowned Miss World 2007

    December 4th, 2007 | Category: Berita |
    3 Comments »


    blogMiss China Zhang Zi Lin was crowned as the new Miss World in a grand ceremony at Sanya China. Two billion people around the globe were expected to tune in on Saturday when more than 100 of the world’s most beautiful and talented women vie to become Miss World 2007.The 23 year old Zhang Zi Lin beat 106 other contestants from all around the globe.Standing at 182 centimetres (5 foot 9 inches), she is the tallest of the 106 contestants and has been mobbed by supporters each time she enters the hotel complex where the entrants are staying two to a room.

    China PR has won the highly coveted title of Miss World 2007 in a glittering, star-studded ceremony at the Beauty Crown Theatre in Sanya, Hainan Province, China.

    The 2007 Miss World Festival has seen 106 beautiful and talented contestants spend an unforgettable month in China, but there could only be one winner and the applause rang out in the packed theatre as Julia Morley, Chairman of the Miss World Organisation and of the international panel of judges, announced the winner’s name.

    Her smile shone out to a worldwide TV audience of over 2 billion as she was crowned by last year’s Miss World, Tatana Kucharova.

    First runner-up was Angola, followed by Mexico as second runner-up. The other two finalists were Trinidad & Tobago and Sweden.
    An impressive cast of international stars and music artists ensured that the 57th Miss World Final was a dazzling event.

    The TV spectacular was hosted by top Chinese TV presenter Angela Chow, presenting Miss World for the fifth year in succession, alongside co-host Fernando Allende, who is one of Latin America’s biggest stars and was making his Miss World debut.

    The show told the story of the contestants’ stay in the tropical paradise of Sanya, with many clips of their activities and sightseeing, as well as their exciting trip to Beijing where they recorded the Olympic Torch Relay Anthem, visited the Great Wall and helped the Red Cross raise over US$5.5m to build new healthcare centres across China.

    It also featured a stunning performance by international pop star Duncan James, formerly with the boy band Blue, singing ‘All I care about is love’ from the hit musical Chicago, and spectacular dancing and acrobatics from some of China’s most talented dance troupes.

    One of the highlights came when Mandla Mandela, grandson of Nelson Mandela, introduced his grandfather’s televised message for World Aids Day. This was followed by a magical moment, when the children from the Mandelas’ home town in South Africa joined with children from a local Hainan school and all 106 contestants to sing the World Aids Day song.

    Miss World – The Final is the World’s largest live annual TV event with global viewing figures topping two billion across 174 countries.

    The full line-up of official judges at the Miss World 2007 Final was:

    Julia Morley Chairman of Miss World Organisation and of the judging panel
    Chairman Zhao Chairman of the Huayu Group
    Li Xiao Bai Managing Director of New Silk Road
    Maki Mandela Eldest daughter of Nelson Mandela
    Elena Franchuk Founder of the Anti-Aids Foundation of Ukraine
    Krish Naidoo Miss World Organisation International Ambassador
    Duncan James International pop star
    Annabel Croft Formerly one of the UK’s most successful female tennis stars
    Neal Hamil Managing Director of the Elite Model Agency in New York
    Ben De Lisi World famous Italian Fashion designer

    credit: http://www.missworld.tv

    [tags]Miss China Zhang Zi Lin profile, miss world 2007 results, tips queen, la queen, ratu cantik china, ratu bogel, chinese miss world, Maki Mandela Eldest, miss world 2008, miss world clip, Annabel Croft, miss world of china, miss lady tea, miss world pageant, Ben De Lisi, miss malaysia 2008, gambar ratu lebah, Angela Chow, naked clips, who is miss world 2007 winner, zhang zilin, zhang zi yi, film miss world[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Casting Call Search Miss Universe Malaysia 2012
  • BeautyCamp The Search for Miss Universe Malaysia 2012
  • Miss Universe Malaysia
  • Miss Universe Malaysia 2012 Finalists
  • Rainforest World Music Festival 2012
  • LED Lion & Dragon Dance Performances
  • Journey To The West di 8TV
  • Pavilion KL Hosts International Photography Exhibition
  • Jumbo Queen 2011 Final
  • Flem CJ7: Movie Blockbuster Untuk Tahun Baru Cina 2008



  • New Album Siti Nurhaliza Hadiah Dari Hati di pasaran 10 Disember

    December 3rd, 2007 | Category: Album, Berita, Siti Nurhaliza |
    33 Comments »


    blogYey! Yang anda nantikan akan tiba dalam masa 7 hari lagi! Berita terkini yang Budiey dengar, album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza – Hadiah Dari Hati akan memasuki pasaran pada 10 Disember ini. Terima kasih kepada Rie, peminat nombor satu Siti Nurhaliza kerana sudi memberikan info terkini ini.

    Cover albumnya menggunakan warna hitam? Siap dengan font yang tertera dengan gelaran Dato’ buat pertama kalinya. Hanya memperagakan wajah Siti Nurhaliza yang bertudung hitam. Apa maknanya hitam bagi Siti? Hitam tampak bergaya? Hitam nampak kemas? Album sempena Siti Nurhaliza naik haji dan akan bertudung selepas bergelar hajjah? Aisey… tapi masih nampak rambut sikit la. Adakah Siti akan mengenakan fesyen bertudung setelah pulang dari mengerjakan haji? Pastinya, itu janji Siti. Gambar dirakam dari sudut sisi dan dimake up dengan lapisan warna pipi yang tona gelap untuk mengelakkan Siti Nurhaliza nampak tembam.

    Album 11 buah lagu ini adalah hadiah paling istimewa buat peminat Siti. Selain berharap peminat setia yang menunggu berpuas hati dengan semua lagu, Siti Nurhaliza juga menggesa peminat agar menyokong beliau dengan membeli album yang original. Kena beli yang original ya, nanti Siti Nurhaliza marah. Kalau nak download pun, sila muatturun daripada syarikat yang sah iaitu SN Mobile Digital. Siti juga tidak mahu peminatnya membandingkan dengan album-album terdahulu sebab setiap karya lagu dirakam dengan gaya yang berbeza. Harapan Siti Nurhaliza agak tinggi untuk album ini kerana beliau berpuas hati dan mahukan yang terbaik buat peminat. 

    INFO ALBUM BARU SITI

    1. Album solo yang ke 12
    2. Mengandungi 11 buah lagu dalam bentuk kaset dan cd
    3. Penerbit album adalah Dato Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Greg Henderson dan Sharon Paul.
    4. Album akan diedarkan pada 10 Disember 2007
    5. Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records
    6. Dalam album akan ada cara untuk DOWNLOAD FULL SONG dan TRUE TONES

    LAGU-LAGU DALAM ALBUM ‘HADIAH DARIPADA HATI’

    1. Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
    2. Melawan Kesepian (Pongky Barata)
    3. Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
    4. Tanpa Kalian (Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
    5. Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
    6. Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
    7. Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
    8. Wanita (Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
    9. Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
    10. Sutramata (Aubrey Suwito / Tinta S)
    11. Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea) 

    Kata-kata Khas Dari Dato Siti Nurhaliza Dalam Album Terbarunya…

    Assalammualaikum dan salam sejahtera

    HADIAH DARIPADA HATI adalah sesuatu yang diberi. Ia lahir daripada keikhlasan diri, alunan melodi, bunyi, komposisi dan tulisan puitis berseni. Sesuatu yang terhasil daripada pancaindera yang paling sunyi iaitu hati. Hati mampu berbicara, membisik kata, mententeramkan jiwa, menerbitkan arus rasa dan mengalirkan beribu-ribu makna.

    HATI yang sedang saya hadiahkan ini bukanlah milik saya seorang, ramai yang menjadi tulang belakang, memberi saya peluang, menghadiahkan karya terbilang dan membantu dalam setiap ruang.

    KELUHURAN HATI telah memungkinkan saya dapat meneruskan perjalanan ini, jejak seni yang tidak akan pernah mati. Waktu mula menapakkan kaki, saya temui banyak mimpi indah dan ngeri,saya diuji dengan terik mentari, dingin salji, rebut menghampiri namun kerana cekal hati, saya pasti pada satu janji bahawa akhirnya saya akan dapat menemui indahnya pelangi.

    Saya bersyukur masih diberikan kelapangan untuk menghadiahkan sesuatu buat anda yang sedia menanti hasil terbaru ini. Setiap pengalaman yang saya timba dari mula menghasilkan album ini akan saya kenang hingga ke akhir nanti. Saya gembira kerana kerjaya menjadi sekolah yang terbaik untuk saya belajar banyak perkara yang adakala saya takkan temui dalam kehidupan sehari-hari.

    Kemunculan album ini saya dedikasikan buat semua penerbit album, komposer, penulis lirik, semua pihak yang bekerja keras di sebalik produksi ini kerana telah memberikan keistimewaan dan sentuhan anda yang tersendiri. Banyak pengalaman yang saya kutip, ilmu mereka yang saya intip dan kini hasilnya telah dapat saya titip.

    Paling istimewa kepada peminat-peminat saya di mana saja anda berada. Ada yang sering bersua, tak kurang yang tak terlihat dek mata, tak terjangkau sempadan dan benua tapi masih setia memberi sokongan dan kata-kata membina.

    Kepada yang baru mahu berjinak-jinak mendengar lagu saya, semoga anda menemui sesuatu di sini dan inilah hadiah bagi `perkenalan’ kita.

    Saya juga tidak akan melupakan banyak insan berjasa dalam kehidupan peribadi dan kerjaya saya. Buat suami tercinta, Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa, keluarga saya dan keluarga mentua saya, seikhlasnya daripada hati saya amat berterima kasih kerana anda telah menjadi `erti dalam hidup saya.

    Kepada warga kerja Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. dan Suria Records Sdn.Bhd. semoga kita akan terus bekerja keras menaikkan industri muzik dan memberikan sesuatu yang maksima daripada usaha kita.

    Kepada pihak media cetak dan media elektronik di dalam dan di luar negara, terima kasih di atas sokongan anda selama ini dan doa saya agar kerjasama ini tidak akan pernah berhenti.

    kredit: Sitizone.com

    [tags]album terbaru siti nurhaliza, hadiah dari hati siti nurhaliza, berita siti nurhaliza naik haji, new album siti nurhaliza, mp3 lagu album hadiah dari hati, Ku Mahu, profile Audi Mok, novel Rina Khan, lirik lagu Melawan Kesepian, photo Pongky Barata, mp4 Mulanya Cinta, Dick Lee pic, Adlin Aman Ramly gossip, video klip Tanpa Kalian, ciptaan Taufik, gambar Dato Siti Nurhaliza di mekah, mp3 download Biarkan, kaset, Azlan Abu Hassan, Azalea jiwang, kod lagu Kerana Dirimu, biodata Cynthia Lamusu, Hati, Sharon Paul, filem Shuhaimi Baba, Wanita, Muhamad Fahmi, Shanty Ramadani, Cintamu, pemenang anugerah juara lagu 2007, video klip ajl 22, Fedtri Yahya hos pantun, Sutramata lyric, Aubrey Suwito, Tinta S, Sekian Lama mp4, cd album Azlan Abu Hassan recording, suara siti ringtones percuma[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Album Terbaru Siti Nurhaliza Hadiah Buat Hati Disember Ini!
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord’s Tailor
  • Eksklusif: Dato’ Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur
  • Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati
  • Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Video Persembahan Siti Nurhaliza Celebrate 2012 Marina Bay








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK