Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

























[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]


Page 278 of 324« First...«276277278279280»...Last »







Iklan Teks Pakej 5


+ Dilema Ramadhan Menjelma Lagi
Wasiat Untuk Semua. Klik Sini!


+ Perniagaan Antarabangsa!
Modal Kecil, Untung Besar, HEBAT & MUDAH!




Jessica Iskandar & Gambar Shenny Andrea Dalam DIVA

time June 19th, 2007 | category Category: Jessisca Iskandar, Shenny Andrea |
comment 1 Comment »

Jessisca Iskandar (Mera)
Jessisca Iskandar atau lebih dikenali sebagai Chika dilahirkan di Jakarta pada 29 January 1988. Beliau perlu melalui ujibakat sebanyak empat kali sebelum berjaya meyakinkan pengarah untuk beliau memegang watak Mera. Beliau juga masih berlakon dalam sinetron Indonesia berjudul Cewek-Cewek Bandung. Anak bongsu kepada pasangan Hardi Iskandar dan Wulandari kali terakhir belakon di layar untuk filem Dealova. Beliau perlu melakonkan babak bercium dengan Benjamin Joshua lebih sebanyak 26 kali. “Itu adalah babak bercium yang pertama, dan yang kedua adalah lebih lagi,” ujar beliau. Beliau memulakan karier dengan bidang peragaan dan kini sedang menumpukan dalam pengajian Hiasan Dalaman di Universiti Trisakti di Jakarta. Bagi Jessisca, kesungguhan beliau dalam bidang lakonan bukan bererti mengabaikan pelajaran malah selalu menolak tawaran berlakon demi pembelajaran. “Belajar adalah untuk masa depan dan ianya adalah suatu peluang yang tidak boleh dipersia-siakan.” Model sambilan yang berdarah kacukan ini juga bermain bola keranjang dan biola pada waktu lapang.

Watak MERA 
Gadis Indonesia berusia 17 tahun yang berpisah dengan ibu bapa untuk mencari rezeki. Suara indah Mera telah menambat hati Kartika dan merubah hidupnya dari gadis kampung yang ayu kepada artis popular yang bergaya dibawah bimbingan Kartika. Memiliki perasaan cinta terhadap Idit, merupakan ahli yang paling sederhana di kalangan rakan-rakan. Bersikap terbuka dan sentiasa berterus terang dalam semua perkara. Mera berasal dari keluarga yang miskin dan bercita cita untuk mengumpul wang sebagai penjamin masa depannya. Memiliki impian untuk menghadiahkan sebuah rumah kepada ibu bapanya di kampung.

Shenny Andrea (Siska)
Lahir pada 9 Januari 1979, Shenny ialah seorang pelakon televisyen wanita di Indonesia. Sinetron televisyen yang pernah dibintangi Shenny ialah sinetron Dia dan filem agama, Hidayah. Beliau mempunyai kegemaran menonton TV dan mendengar radio serta takut pada Cicak. Ketakutan terbesarnya ialah takut pada kegelapan dan makanan kegemaran beliau ialah Dim Sum. Kelemahan beliau ialah kepada teman dan kekuatannya ialah keluarga. Pahlawan beliau ialah ibunya dan muzik kegemaran beliau ialah R&B dan Pop.

Watak SISKA
Pengurus dan agen Kartika, berumur 27 tahun. Cekap dalam melaksanakan tugasnya dan menjadi teman rapat Kartika. Seorang wanita yang berpendirian tegas. Sentiasa melebihi Jay berbanding rakan-rakan lain kerana dia meminatinya. Siska sentiasa bersikap terbuka terhadap Kartika demi kebaikan kerana merasakan dia amat memahami Kartika. Siska mempunyai prasangka ketika Kartika memberitahu niatnya untuk melatih empat remaja kampung itu menjadi artis terkemuka.

Technorati Tags: , , , , , ,

Gambar Shenny Andrea. Lawa siot! Sikit macam Misha Omar.

Tags: , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jessica Alba Is Pregnant Pic!
  • Diva Movie Sinopsis: Cerita & Plot Filem
  • Gambar Anak Ellie Suriati dan Azri Iskandar
  • Lirik Nafas dan Hidup Lagu Filem Diva
  • Gambar Ning Baizura & Kartika dalam filem Diva
  • New Video Clip Age Of Pollution by Ning Baizura
  • Sinopsis Filem DIVA
  • Nota Daripada Team Produksi Filem DIVA
  • Profile Ally Iskandar
  • Gambar Anak Aznah Hamid Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar & BF

    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!



    Klik untuk ke Mengetahui Isu Terhangat!



    Klik untuk Top Up Prepaid & Bonus!



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!


  • Gambar Perkahwinan Puteri Sultan Brunei

    time June 19th, 2007 | category Category: Gambar |
    comment 11 Comments »

    Antara gambar perkahwinan Puteri Sultan Brunei, Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Pengiran Khairul Khalil Pengiran Syed Haji Jaafar. Anak Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah, 31 dan Pengiran Khairul Khalil Pengiran Syed Haji Jaafar, 32, dinikahkan dan secara rasmi diraikan. Pengantin lelaki disambut Sultan Hassanal dalam dewan utama istana yang mempunyai 1,788 bilik dan membawanya ke pelamin diraja. Sultan kemudiannya memegang tangan Pengiran Khairul dan meletakkannya di kepala Anak Puteri Majeedah sebelum mereka disandingkan. Pada waktu sama, bedilan meriam turut kedengaran dan majlis yang dihadiri 2,000 tetamu itu berakhir dengan doa selamat. Sebelum meninggalkan dewan berkenaan, pasangan yang berpakaian tradisi Melayu merah dan emas itu memberi tunduk hormat kepada Sultan Hassanal dan dua isterinya. [Berita Harian]

    Technorati Tags: , , , ,

    Tags: , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Perkahwinan Diraja Zara Salim Davidson
  • PERIUK MALAYSIA BELANGA BRUNEI EZZY SUNDAY
  • Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan Datuk Roslan Hashim Bercerai
  • Gambar Aksi Cium Puteri Sarah Liyana Aduh Saliha 18SX
  • Perkahwinan & Persandingan Eizlan Yusof - Vie Shantie
  • Gambar Pelakon Drama Puteri Beego Bertunang
  • Wedding Zara Salim Davidson & Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin
  • Persembahan Makyung Endeng Tejeli Di Taman Budaya Negeri Kedah
  • Sinopsis Drama Ali Din
  • Pementasan Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun

    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!



    Klik untuk ke Mengetahui Isu Terhangat!



    Klik untuk Top Up Prepaid & Bonus!



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!


  • Sinopsis Filem Congkak

    time June 19th, 2007 | category Category: Filem, Sinopsis |
    comment 31 Comments »

    Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.

    Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

    Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama. 

    Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

    Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

    Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.

    Technorati Tags: , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Filem Congkak Lakonan Erynne Erynna Akan Kaut RM 10 Juta?
  • Budiey Mencari 5 Pembaca Bertuah ke Pra Tonton Filem CONGKAK
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Jangan Pandang Belakang: Filem Paling Meletop 2007
  • Gambar Sekitar Sidang Media Filem Congkak di Singapura
  • 5 Pembaca Sensasi Selebriti ke Pra Tonton Filem Congkak
  • Filem Congkak di Pawagam Hari Ini, Gathering, MACP Awards & APM
  • Biodata Pierre Andre

    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!



    Klik untuk ke Mengetahui Isu Terhangat!



    Klik untuk Top Up Prepaid & Bonus!



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!


  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon

    time June 19th, 2007 | category Category: Fasha Sandha, Filem, Foto Artis, Nanu Baharudin, Pierre Andre |
    comment 385 Comments »

    Bertempat di Pejabat MIG tanggal 18 Jun 2007 lalu, berlangsung Majlis Doa Selamat Pengambaran Filem ke 24 terbitan Metrowealth berjudul Congkak. Dihadiri oleh beberapa orang pelakon utama dan pengarah serta krew penerbitan, majlis ini pada saya sebagai satu pemangkin untuk menyalakan obor semangat kepada kejayaan karya terbaru Pierre Andre ini. Semenjak kejayaan besar filem Jangan Pandang Belakang, nampaknya Pierre Andre semakin giat bekerja dan diberikan kepercayaan merealisasikan impian MIG. Terima kasih MIG kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti. Semoga filem Congkak yang sedang dalam pembikinan ini akan selamat dan sempurna menjalani pengambaran. Untuk pengetahuan pembaca, filem Congkak ialah sebuah filem seram. Bayangkan malam-malam buta ada orang main congkak di ruang tamu rumah anda… seram tak? Hehe, Mak Mah dan Nanu Baharudin pun ada berlakon sama. Fasha Sandha je yang takde… Mesti meletops ni, kan? Adakah filem ini sehebat Jangan Pandang Belakang atau lebih dahsyat daripada itu? Sama-sama kita tunggu.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

    Antara foto-foto di Majlis Doa Selamat Pengambaran Filem Congkak:

    Tags: , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Biodata Pierre Andre
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler
  • Filem Congkak Lakonan Erynne Erynna Akan Kaut RM 10 Juta?
  • Gambar Sekitar Sidang Media Filem Congkak di Singapura
  • Filem ke-2 Pierre Andre - 9 September
  • Sinopsis Filem Congkak
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Sekitar Majlis Pelancaran Album Soundtrack Filem I’m Not Single
  • Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut?

    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!



    Klik untuk ke Mengetahui Isu Terhangat!



    Klik untuk Top Up Prepaid & Bonus!



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!


  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood

    time June 19th, 2007 | category Category: 6ixth Sense, Brainhead, Flop Poppy, Nitrus, Planet Hollywood, Pretty Ugly, Promosi |
    comment 4 Comments »

    Salam Sejahtera….

    RMK2 (Rock Malaysia Ke-2) menggabungkan band-band tempatan yang memainkan lagu Melayu. Ini adalah bagi menonjolkan lagi band-band seperti itu di mata masyarakat Malaysia serta penggemar muzik tempatan. Showcase ini juga dibuat bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-50. Antara band-band yang akan membuat persembahan pada hari tersebut adalah terdiri daripada; Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain dan Hujan. Diharap anda semua dapat hadir untuk memberikan sokongan kepada muzik tempatan kita disamping menikmati persembahan bertenaga dan hebat daripada band-band tersebut.

     

    Rock Malaysia Ke-2 (RMK2)
    Tempat : Planet Hollywood, KL
    Tarikh : 23 Jun 2007

    Tiket: RM 20 (termasuk 1 minuman)
    Masa : 1.30 petang - 6.30 petang

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar RMK2 (Rock Malaysia Ke-2) di Planet Hollywood
  • Showcase Nitrus dan Pretty Ugly @ The Ship Sabtu Ini
  • Gambar Terbaru Zana AF5 atau Zhana Suria FM
  • Gambar Meet Uncle Hussain @ Pra Kemuncak ABP-BH
  • Ungu, Meet Uncle Hussain di Konsert Big Jam Hot FM
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Album Sixth Sense
  • Gambar Nuh Vokalis Band Hujan @ Konsert Jelajah Malaysia Peterpan
  • Sekitar Konsert Hot FM Big Jam 2008
  • Lagu Tak Bisa Memilihmu di Carta Era & Opening Act Konsert Samsons

    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!



    Klik untuk ke Mengetahui Isu Terhangat!



    Klik untuk Top Up Prepaid & Bonus!



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!


  • Candid Camera - Readers ToGether Gather ke-3 Sensasi Selebriti

    time June 19th, 2007 | category Category: Blog, Gathering |
    comment 11 Comments »

    Sebenarnya foto-foto di bawah ini ada yang diambil tanpa izin tuannya. Jadi, maaf lah kalau ada yang tak suka. Pakai ikut hati mak bapak dia je ambik gambar,  kan. Saje nak buat teknik fotografi jadi lain sikit. Kononnya ala-ala macam paparazzi. Candid camera… ooo smile everybody… Smile, You’re on the Candid Camera. Ni belum ada Izham lagi ni, kalau dia ada seronok la tengok gambar yang dia ambil dengan kamera SLR dia yang lebih advance dari saya punya.

    Masa gathering ketiga Sensasi Selebriti, kira happening la jugak sebab semua datang dengan hati dan membawa wajah yang riang ceria. Sebaliknya, saya sebenarnya hilang semangat dan motivasi untuk melakukan kerja-kerja berkait dengan gathering pada hari tersebut. Entah kenapa mood hari tu lain benar. Tiba-tiba hilang di pertengahan jalan. Biasanya, saya rasa teruja untuk bertemu dengan pembaca Sensasi Selebriti. Mungkin di bulan Jun ini, rezeki blog ini agak kurang. Atau mungkin mood saya hilang kerana sedang dihambat oleh seribu satu kisah cerita peribadi yang terpaksa saya simpan.

    Apa-apa pun, alhamdulilah, syukur dan terima kasih pada Tuhan kerana saya diberi peluang, diberi tenaga yang cukup dan masa untuk mengendalikan satu lagi event Sensasi Selebriti. Bukan senang sebenarnya untuk menghimpunkan pembaca blog ini dalam satu masa menonton wayang bersama-sama. Banyak juga kerja yang saya perlu buat. Tambahan pula untuk menarik ramai pembaca datang, saya telah pun cuba mendapatkan jasa baik Pesona Pictures dan GBSB untuk menaja goodie bag untuk dihulurkan buat semua pembaca yang hadir. Terima kasih saya ucapkan buat Pesona Pictures terutamanya Esmiy yang telah menguruskan segala-galanya buat pembaca. SS telah berjaya mendapat 20 goodie bag untuk pembaca. 2 helai T-shirt dan 2 CD album soundtrack diberikan kepada pemenang peraduan Jom Menonton Waris Jari Hantu. Sekadar untuk menghargai pembaca yang tidak dapat hadir dan berada jauh dari Kuala Lumpur. Saya berniat kalaulah saya mendapat duit hasil iklan dari blog ini sampai RM1,000 saya takkan lokek untuk belanja kalian makan-makan di restoran Nandos… hehehe Cik Lijah mesti suka. Tapi itulah, bukan masanya untuk memuaskan hati semua. Walaupun blog ini sudah pun meningkat pembaca sehingga 3 ribu pembaca setiap hari… namun, mungkin bukan rezeki blog ini… kekurangan sponsor pada bulan ini. Doakan sahaja segalanya selamat dan moga kita dilimpahkan rezeki di masa mendatang. Ini sudah pun cukup. Syukur sahaja.

    Saya kira gathering kali ini lebih istimewa daripada gathering pertama dan kedua. Mengapa? Sebab gathering kali ini dihadiri oleh wakil dari Indonesia dan Singapura. Alah, macam kena dengan tema konsert final Gangstarz la pulak. Ada 3 buah negara berhimpun. Saya rasa terharu dengan kesudian pembaca dari Singapura iaitu Nur Rahdznitazura dan ibunya. Sanggup datang meluang masa bersama kami pembaca yang lain. Juga kepada kawan Ajieb, Shahriel yang kebetulan terbang dari Jakarta dalam rangka Cuti-Cuti Malaysia. Kepada pembaca lain yang turut serta memeriahkan suasana iaitu: Mazen dari Putrajaya, Fariz dari Gombak, Erin dari Kelana Jaya, Ajieb dari Dewan Bahasa & Pustaka, Liza dari Ampang, Budiey Ottomo (Saper tak tau!), Nur Rahdznitazura dari Singapura, Ramlah Bte Idris dari Singapura, Pakcik Faiz MMA dari Banting, Coinsss dari Kelana Jaya, Abdul Syukor dari Cheras, Ekin dari Petaling Jaya, Bro Ajami dari Ampang, Isteri Bro Ajami, Aida dari Ampang, Feza dari Kelana Jaya, Judd dari Puchong, Shahriel dari Jakarta (Kawan Ajieb) dan Rasidin dari UK (U. Klang. Hehehe).

    Masih ada foto-foto lain yang menanti anda… tunggu lah esok update lagi.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Erin dan Feza

    Feza & Erin

    Coinsss

    Liza aka Cik Lijah

    Tangan sape, tak tau!

    Erin tengah ingat pakwe indon dia… Ariel Peterpan la sape lagi.

    Coinsss & Judd

    Yang duk kanan sekali tu, Shahriel dari Jakarta, u all.

    Kek Befday Mazen dari Secret Recipes.

    Bersama 2 gadis idaman Malaya… hehehehe…

    Budiey bersama Ajami & Pakcik MMA

    Tu dia… befday girl siap dengan hadiah hari jadi dari Sensasi Selebriti, perfume Anna Sui

    Thanks sebab you all sudi datang.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Prank Bang Bang Boom Musim Baru di TV3
  • Sertai Readers ToGether-Gather ke-2 Sensasi Selebriti
  • Updated: Gathering Pembaca Sensasi Selebriti
  • Bloggers United Malaysia Gathering 2007
  • Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather di TGV KLCC Sabtu Ini!
  • Jemputan Readers ToGether-Gather ke-6 Sambil Menonton Filem Congkak
  • Gambar Readers ToGether Gather - Filem Kayangan
  • Foto Sekitar Reader’s ToGether Gather Pertama Sensasi Selebriti
  • Sekitar Readers ToGether Gather ke 5 (Filem 9 September)
  • Pesanan Michelle Wee Untuk Tukang Komen

    Klik Untuk Petua Menjadi Lelaki Gagah Perkasa!



    Klik untuk ke Mengetahui Isu Terhangat!



    Klik untuk Top Up Prepaid & Bonus!



    Klik Untuk Payudara yang lebih MONTOK!




  • Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET