Home HOME | Tips Lifestyle | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]


Page 277 of 420« First...«275276277278279»...Last »







Iklan Teks Pakej 5


+ Income Tambahan RM2,000 Ke RM5,000 Sebulan?
Tiap-tiap minggu dapat duit. Klik SINI!


+ KUTU ALAF BARU - Murah, Mudah, Untung!
Salah Satu Jalan Rezeki Halal!


+ Paling MUDAH! Paling JIMAT! Paling MENGUNTUNGKAN!
Jana Pendapatan Sampingan Hanya Dari Handphone Anda!



Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri

time October 12th, 2007 | category Category: Tips & Tricks |
comment 1 Comment »

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

8) Sebelum merayakan Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat fitrah.

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Tips Hari Raya: Bagaimana Cara Meminta Maaf?
  • Lirik Lagu Rindu Syahdu Di Hari Raya Nurul
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Heliza AF5
  • Kad Raya Elektronik, Ringtones Lagu Raya & Free Eid Mubarak Card
  • Majlis Aidilfitri Bersama Anuar Zain Anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd
  • Lirik Lagu Hati Siti Nurhaliza Hadiah Dari Hati

    Klik Untuk Pinjaman Kakitangan Kerajaan!

  • Gambar Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

    time October 11th, 2007 | category Category: Foto Artis, Gosip, Rita Ridaini |
    comment 53 Comments »

    Gambar Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

    Dipetik dari Zubir Intip: Bintang Popular

    AKHIRNYA artis cantik, Rita Rudaini dengan pasangan teman tapi mesranya, bintang bola sepak remaja, Aidil Zafuan Abdul Razak, ‘kantoi’ apabila gambar mesra mereka, berpelukan di Kota Keriangan, Genting Highlands, kini tersebar secara meluas di Internet! Adakah Rita masih mahu menafikan yang dia kini bercinta dengan pemuda berkenaan?

    Sekadar memetik kata-kata Rita dalam perbualannya bersama Zubir suatu ketika dulu. “Ketika ini Rita dan Aidil masih terus menjadi teman saja. Dialah tempat Rita berkongsi masalah dan kesenangan. Biarlah kami berkawan dulu. Yang penting, keluarga kedua-dua belah pihak merestui persahabatan kami. Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami tidak berdepan dengan sebarang masalah. Mudah-mudahan biarlah keadaan ini berkekalan.”

    Agaknya maksud Rita, dia dan Aidil ketika ini masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing, satu kenyataan klise daripada pasangan yang sedang bercinta. Bagi Zubir, apalah salahnya mereka berterus-terang, kalau benar bercinta, cakap sajalah kami bercinta. Macam Ashraf dan Bunga Citra Lestari, mereka sedang bercinta, terus saja mengaku.

    Seperti kata pengirim e-mel berkenaan kepada Zubir, “Zubir, kalau dah berpeluk-peluk macam tu, takkan masih berkawan baik. Mengaku sajalah kalau bercinta, peminat pun tak keliru.” Zubir tak mahu memaksa Rita mahupun Aidil membuat pengakuan, terpulanglah. Tapi, apa yang pasti kedua-duanya sudah tidak ada istilah main-main, perhubungan mereka serius, tapi serius yang macam mana, kita tunggu dan lihat saja. Zubir seperti biasa, tetap mendoakan kebahagiaan mereka. Oh ya, Lis Dawati dan Fauzi Nawawi dah pun makan nasi minyak, Rita janganlah tunggu lama-lama… ooops!

    Technorati Tags: , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Pelakon Hairie Othman Bercerai & Gambar Seksi Raja Farah
  • Gambar Amy Search & Norish Bertudung Mahu Umrah Lagi
  • Tangisan Bulan Madu Lakonan Ezany Nizariff, Rita Rudaini Dan Zarynn Minn
  • Fail Sulit AF: Rusa Masuk Kampung & Cerita Mat Belia
  • OIAM: Siapa Tersingkir Selepas Tiara?
  • Lisa Surihani Dari Peguam, Pelakon Iklan ke Dunia Filem
  • Senarai Finalis Anugerah Bintang Popular 2007
  • Promo: Minggu Setiausaha Ferhad, Dia Fadilla & Ashraf Sinclair @ Impiana Hotel
  • Gambar Lisdawati Pelakon Drama Terbaru Pasrah di RTM

    Klik Untuk Pinjaman Kakitangan Kerajaan!

  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri

    time October 10th, 2007 | category Category: Ucapan |
    comment 2 Comments »

    Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri :

    Lapar puasa terketar-ketar
    Bila berbuka lega rasanya
    Kad raya tak sempat nak hantar
    Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

    Anak Dolah makan lepat
    Makan lepat sambil melompat
    Nak hantar kad raya dah tak sempat
    Pakai MMS pun kira ok what?

    Lemah lembut tuan puteri
    Berkain cindai cantik dipandang
    Meriah menyambut Aidilfitri
    Sahabat handai datang bertandang 

    Udara dingin hening pagi
    Tabuh bising mulakan hari
    Aidilfitri menjelma lagi
    Masing-masing pakai berseri

    Tanpa mengira miskin kaya
    Pangkat kedudukan hamba shaya
    Sama-sama menyambut raya 
    Maaf-maafan dihari bahagia 

    Aidilfitri hari kemenangan
    Kejayaan menempuh halangan
    Mengenali erti kesenangan
    Bagi mereka yang kekurangan 

    Aidilfitri hari kemaafan
    Menghapus kesalahan sesama insan
    Memupuk perpaduan sesama ehsan
    Mengikat tali keakrapan

    Cincin disarung hati berdebar
    Jarinan lembut wajah terhias
    Ramadan disambut penuh sabar
    Aidilfitri disambut dengan meriah 

    Saidina Affan menyusun kata
    Tutur peri yang aulia
    Maaf-bermaafan sesama kita
    Di Aidilfitri yang mulia 

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    Technorati Tags: , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri
  • Kad Raya Elektronik, Ringtones Lagu Raya & Free Eid Mubarak Card
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007
  • Peraduan Menangi Album Terbaru Waheeda - Melodi Ahlan
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Heliza AF5
  • Tips Hari Raya: Bagaimana Cara Meminta Maaf?
  • Lirik Lagu Rindu Syahdu Di Hari Raya Nurul

    Klik Untuk Pinjaman Kakitangan Kerajaan!

  • Cerita Lucu, Kenangan Manis & Tragedi Pahit di Hari Raya

    time October 9th, 2007 | category Category: Blog, Ucapan |
    comment 5 Comments »

    Salam buat semua pembaca semua…

    Untuk pengetahuan korang pembaca semua, hari ini Budiey mulai bercuti dan akan balik kampung Budiey di Kelantan untuk beraya. Saya akan terbang dengan AirAsia, Now Everyone Can Fly) ke Kota Bharu dari LCCT jam 1.40 petang. Tiket pergi-balik ni Budiey tempah seawal bulan April lalu dengan harga RM179.98. Murah tak? Plan hari ini, jam 9 pagi Budiey bertolak ke LCCT dengan menggunakan bas AirAsia di KL Sentral. Rasanya tidaklah awal sangat kot, sebab takut jammed ke apa ke kan. Sampai di LCCT mungkin boleh online sekejap. Huhuhu…

    Walaupun Budiey akan jauh dengan dunia cyber tapi blog ini akan terus dikemaskini setiap hari. Beberapa entri sudah pun saya publish. Cuma Budiey nak minta maaf sangat-sangat sebab komen korang semua akan disekat dari tersiar dan akan dipaparkan sebaik sahaja saya kembali ke alam siber seperti biasa.

    Bercakap pasal balik raya ni, korang bila pulang kampung? Khabarnya, ramai pembaca akan balik beraya pada hari ini. Yang penting, balik awal ni bolehlah rasa kemeriahan berpuasa dan keseronokan melihat sambutan pesta pelita panjut di kampung. Adakah benar kata orang sekarang, raya dulu dan sekarang banyak bedanya? Ada yang kata, raya dulu lebih meriah dan ada yang berpendapat raya di zaman teknologi ini lebih seronok. Budiey rasa sebenarnya mana-mana waktu dan zaman sama sahaja. Tidak kira dulu dan sekarang, hari ini, esok dan selamanya, konsep hari raya merupakan sinar kemenangan bagi hamba yang mengerti erti puasa yang sebenarnya. Cuma corak masa dan titian waktu yang membezakan. Perubahan dan kitaran alam yang menjadikan raya kini seakan tidak semeriah dulu.

    budiey

    Menginjak ke alam dewasa, Budiey tidak seghairah ketika zaman kanak-kanak untuk membeli baju raya. Kini, baju raya pun guna yang tahun lepas. Kekadang 5 tahun tidak berganti. Pakai sahaja mana yang ada. Tahun ini, rezeki lebih sikit baru Budiey buat sepasang baju Melayu berwarna kuning bersampin. Dulu masa budak-budak lain la kan? Risau kalau baju Melayu yang ditempah tidak disiapkan. Pendek kata sebulan sebelum raya semua persiapan pakaian raya lengkap serba ‘mok niko’ (loghat Kelantan untuk serba aneka). Maklum sahaja, di kampung Budiey cuma ada seorang tukang jahit. Jadi, kena tempah awal-awal untuk mengelakkan ‘kesesakkan lalu lintas’. Tetapi itu dulu, sekarang rasanya tukang jahit sudah tumbuh macam cendawan musim hujan untuk menadah rezeki yang lumayan di musim raya ini.

    Nostalgia raya pastinya mendakap kalbu. Musim-musim yang Budiey lalui ketika zaman kanak-kanak cukup indah untuk dikenangkan. Sehingga kini, Budiey sering terkenangkan betapa indahnya menjadi seorang kanak-kanak. Riang dan sentiasa gembira tidak ingat dunia. Paling bahagia ialah suasana ketika waktu pagi 1 Syawal. Sinaran mentari memang menyuluh segenap kampung. Cerah dan ceria sekali. Sinarnya sukar untuk saya ungkapkan betapa indahnya beraya di desa sendiri, tempat di mana kita dibesarkan.

    Bila mendengar takbir yang syahdu, hening dan damai itu terbit rasa syukur di dalam hati kita. Syukur kepada Tuhan Yang Maha Kaya kerana diberikan umur yang panjang dan dapat sekali merasai hari raya bersama keluarga tercinta.

    Semenjak ayah Budiey kembali ke rahmatullah 11 tahun yang lalu, kesayuan dan kepiluan pastinya tidak dapat dielakkan. Pastinya rasa rindu pada suara garau ayah, rindu pada pesan ayah, rindu pada kasih sayang arwah ayah membenihkan titisan air jernih di pipi Budiey tidak dapat dibendung lagi. Apatah lagi tatkala suara-suara takbir berkumandang membesarkan nama Tuhan yang Esa, menambah rasa hiba di hati. Sangat-sangat menghibakan. Teringat orang yang kita sayang telah tiada. Tiada lagi di sisi kita, namun masih sentiasa tertanam di dalam hati. Pesan dan nasihat arwah tidak akan saya lupakan. Budiey terkilan kerana masa telah mengheret semua nikmat kasih sayang itu. Itulah takdir dan kita sebagai hamba yang lemah pasrah dan berdoa. Seringkali kita rindu pada yang tiada. Tetapi pernahkah kita mensyukuri dengan apa yang ada di hadapan kita? Hargailah apa yang ada di sekeliling kita. Budiey bernasib baik kerana masih punya ibu tempat mengadu dan keluarga sert sahabat handal. Lihatlah di sekitar kita, ramai lagi insan yang tidak punya sesiapa lagi. Hidup sebatang kara dan yatim piatu. Kepada siapa mereka ingin mengadu? Maka, bersyukurlah kawan…

    Saya seringkali menasihati rakan-rakan saya supaya memberikan kasih sayang kepada ibu bapa ketika mana mereka masih berada disisi. Selepas mereka tiada lagi, kepada siapa lagi untuk kita mencurahkan kasih sayang itu? Tiada lagi. Jadi ambil kesempatan hari yang mulia ini dengan bermaaf-maafan dan berkongsi masa terluang di hari yang penuh kemuliaan.

    Di kampung saya sebenarnya malam tujuh likur tidak begitu disambut. Panjut dan pelita pun dipasang dua tiga hari sebelum raya. Itu pun tidak banyak rumah yang memasang pelita. Mungkin lampu jalan sudah terang benderang atau mungkin sudah ada lampu kelip-kelip yang dipasang itu sudah memadai. Terlalu banyak pelita dipasang pun rasanya ianya mendatangkan mudharat juga. Malang tidak berbau kan? Jadi, elakkan kebakaran sebelum api yang kecil menjadi lawan pula.

    Masih segar lagi di ingatan betapa gembiranya saya dan kawan-kawan sekampung menanti kedatangan hari raya. Setiap malam mengikut ibu ke Masjid Nipah bersembahyang dan berterawih. Yang paling saya tunggu adalah jamuan moreh selepas solat terawih. Ianya mengikut giliran orang kampung. Paling tidak ada air cendul penyegar badan. Kadang kala ada bihun atau mee goreng. Kenyang.

    Selepas solat dua tiga rakaat, buka bulatan kelab chit chat di belakang saf (barisan). Buat bising, lari-lari keliling masjid itulah kerja kami. Bila dimarah orang tua, senyap sekejap. Selepas itu, tukar program. Kalau ada mercun, bakar mercun kat luar masjid. Menganggu orang tengah sembahyang. Nakal betul saya masa kanak-kanak dulu. Kalau ingat sekali sekala rasa lucu juga. Mulalah saya ketawa sorang-sorang macam orang sewel.

    Di pagi raya pula, sayalah yang paling kecoh. Sebenarnya, baju raya yang baru sudah dicuba pakai pada malam raya. Orang lain sibuk ke masjid untuk sembahyang Tasbih tetapi saya lain halnya. Tidak sabar untuk bergaya dengan baju baru. Dan juga tidak sabar untuk jalan rumah ke rumah dan menjelajah sekeliling kampung mengumpul duit raya. Kekadang buat pertandingan dengan kawan-kawan duit raya siapa paling banyak.

    Bangun pagi raya sudah tentu yang paling awal. Selepas mandi, cepat-cepat pakai baju Melayu dan terus beratur dengan adik dan kakak (lain bapa) untuk bersalaman dengan ibu. Saya jarang sekali menangis ketika bersalaman dengan ibu. Kakak saya ada juga sekali saya tengok dia tersesak-esak dalam pelukan ibu. Saya pun hairan kenapa masa raya sahaja kita buat demikian tetapi hari yang lain tidak. Kalau tiap-tiap hati bermaafan begini alangkah amannya dunia. Tetapi apabila sudah dewasa kini, baru saya tahu dan memahami mengapa kakak saya menangis ketika bermaafan dengan ibu.

    Kemudian, makan ketupat berintikan serunding (sambal daging) sebelum keluar rumah. Itu memang makanan wajib saya. Ketupat yang ibu saya buat memang sedap sungguh. Tidak boleh tanding mana-mana ketupat yang ada kat dunia ni. Chewaah…

    Sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya, kami sempat singgah ke kubur nenek. Pusara arwah ayah pula bukan beradadi kampung saya tetapi di kampung isteri tuanya. Jadi, biasanya saya akan menziarahinya pada petang atau hari raya kedua.

    Pulang rumah, tetamu sudah memenuhi ruang. Suasana kadang kala tidak terkawal. Jadi tetamu yang datang pandai-pandai la layan diri (self service). Yang tua sibuk bercerita. Yang jadi kanak-kanak pula sibuk menunjuk diri menagih duit raya. Masa ini juga saya diperkenalkan sanak saudara yang saya kira memang ramai. Kadang kala tidak ingat yang mana satu. Kalau jumpa di tengah jalan pun tidak perasan. Silaturahim yang akrab telah diasuh dari saya kecil sampai saya besar. Memang setiap kali raya ada sahaja ahli baru yang datang. Setiap kali itu juga saya diperingatkan tentang ahli keluarga.

    Itulah serba sedikit cerita lawak, cerita sedih, cerita suka duka yang penuh nostalgia bagi Budiey di hari raya. Yang penting dulu atau sekarang ketibaan hari raya memberikan kesan yang cukup mendalam. Apa pula cerita lucu anda di hari raya?

    Wassalam.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Rindu Syahdu Di Hari Raya Nurul
  • Terima Kasih Kepada Sponsor Bulan Oktober 2007
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Heliza AF5
  • Hollywood Top Ten Most Troubled Star For 2007
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Cenderehati Akademi Fantasia 5
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007

    Klik Untuk Pinjaman Kakitangan Kerajaan!



  • Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET