Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Celcom Gives Away RM10,000 Everyday

June 2nd, 2010 | Category: Promo |
No Comments »


CELCOM GIVES AWAY RM10,000 EVERYDAY!

- The first fourteen winners of the “Blue Bear™ and RM10,000 Daily Giveaway” programme are now revealed! -

Celcom Axiata Berhad [formerly known as Celcom (Malaysia) Berhad] ignites the football fever, rewarding customers with RM10,000 everyday! The first fourteen customers from the first two weeks of the “BLUE VS THE REST – Blue Bear™ and RM10,000 Daily Giveaway” campaign have already been selected to take home RM10,000 each.

These daily winners, selected between 17 and 30 May 2010, is the first batch of many more to come under this programme which runs from 17 May to 11 July 2010.

The winners are Lee Hoi Khan and Wong Chee Weng from Perak (winner for 17 and 29 May 2010 respectively), Khairulanwar Mohd Azali, Mohamad Ramzan Padil @ Fadzil, Ameen Azizul and Noraliza Ab Malek from Selangor (winners for 18, 19, 26 and 28 May 2010 respectively), Maha Maitri Lie Guek Eng, Lim Siew Wai and Zaliha Kamaludin from Johor (winners for 20, 22 and 30 May 2010 respectively), Julkipli Suhaili, Adrian Chan Teck Joo and Esther Laing from Sarawak (winners on 21, 23 and 27 May 2010 respectively), Izhar Ismail from Negeri Sembilan (winner on 24 May 2010) as well as Muhammad Muhairi Rani from Pahang (winner on 25 May 2010).

“This is one of our ways to reward our customers in an exciting way during this Football season. We want to be part of the largest showcase of the best of the best in the football world and the “Blue Bear™ and RM10,000 Daily Giveaway” programme is one such effort to kick start the “BLUE VS THE REST” campaign.

There will be many more exciting programmes, unbeatable offers, exceptional rewards and bonuses awaiting our customers and the general public,” said Zalman Aefendy Zainal Abidin, Celcom’s Senior Vice President of Marketing, adding that these efforts are in line with Celcom’s utmost priority to cater to the customers’ different wants and needs.

Under the “Blue Bear™ and RM10,000 Daily Giveaway” programme Celcom customers are able to collect all eight limited edition Blue Bear™ and be in the running to take home RM10,000 everyday. Each week, a new Blue Bear™ will be revealed.

The programme kicked off with the introduction of a pair of Blue Bear™ (Englbear and Bearyfrance) followed by Beartugal (from 31 May), Esbearanyol (from 7 June), Bearmany (from 14 June), Beargentina (from 21 June), Bearitalia (from 28 June) and ends with Bearzil (from 5 July).

Customers can get their hands on these collectible Blue Bear™ and be eligible to be in the running for the RM10,000 via any of these mechanics :
• Xpax, U.O.X., S.O.X., Celcom Blue & Sukses customers: Send BOLA to 22188 and reload RM30 and above;
• Celcom Exec 20 and Celcom Exec 50 customers: Send BOLA to 22188 and subscribe to any two Celcom Exec Savers packages;
• Celcom 1 + 5 Plan customers: Send BOLA to 22188 and subscribe to any one of the 1 + 5 Savers packages;
• Channel X: Send BOLA to 22188 and download RM10 worth of football content, choosing from a wide range of footsie-related Call Me Tones, wallpapers, full songs and news alert amongst many others;
• Blackberry®: Upgrade/sign up for selected Blackberry packages at Blue Cube outlets;
• Celcom Broadband: Sign up for selected Broadband packages or purchase additional volume of 5Gb.

Redemption of the limited edition Blue Bear™ can be made at any Celcom branches or Blue Cube outlets (except KLIA and LCCT). For more information on the “Blue Bear™ and RM10,000 Daily Giveaway” programme, Celcom customers can dial *118# from the mobile phone.

Tags:



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • CELCOM SUSPENDS 100DAYS 100CARS CONTENT PROMOTION
  • WINNER CELCOM 100DAYS 100CARS PROMOTION
  • Celcom Rewards Its 100,000th Blackberry Customer
  • Kejutan DEKO DEKO DEKO Celcom Blue
  • Tonton Filem CUCI & Dapat 50 SMS Percuma!
  • Celcom Blue Starter Pack New Enhanced Prepaid Product
  • Grand Prize Winner Celcom Broadband Myvi
  • OUR CELCOM OUR SALE
  • Win Blackberry Torch 9800 White Rossa Showcase Live Jakarta
  • Our Celcom Our Sale Redemption Starts Now





  • Majalah 3 Singkap Institusi Pemerintahan Beraja

    June 2nd, 2010 | Category: TV3 |
    No Comments »


    “DAULAT TUANKU: RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA”
    PAPARAN ISTIMEWA DALAM MAJALAH 3 SABTU INI

    Institusi pemerintahan beraja adalah sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan Malaysia. Rakyat memandang institusi ini sebagai wadah untuk mencari perlindungan, keadilan, menyerahkan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara, sekali gus melambangkan sumber kekuatan dan harapan.

    Bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, program dokumentari MAJALAH 3 akan mengetengahkan sebuah topik khas “Daulat Tuanku : Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada” pada hari Sabtu ini, 5 Jun 2010 jam 9.00malam.

    TV3 telah mengambil inisiatif dan menjalani rakaman selama setahun yang merangkumi penggambaran eksklusif di istana Raja – Raja Melayu di Malaysia. Seni bina, budaya dan warisan istana turut dipaparkan untuk tontonan seisi keluarga. Hubungan istimewa antara istana dan jelata menjadi tumpuan dokumentari “Daulat Tuanku: Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.”

    Antara paparan yang menarik ialah tradisi tarian istana seperti Tarian Asyik Kelantan dan Tarian Gamelan Pahang, mengenali muzik alat kebesaran Raja, nobat dan juga koleksi potret Raja-raja Melayu yang didapati dari dalam dan luar negara yang diabadikan dalam pelbagai bentuk seperti lukisan, warkah, foto, naskah sastera, dan matawang.

    Kesemuanya telah membantu pemerintah Melayu membentuk imej tersendiri sebagai pemerintah simbolik negara ini. Hasilnya bukan saja suatu potret peribadi tapi juga menjadi lambang kepada institusi kesultanan sebagai kuasa politik dan sosial.

    Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 “Majalah 3 memberikan kepelbagaian topik dalam paparannya setiap minggu. Kali ini, kami ingin mengajak para menonton untuk lebih mengenali institusi pemerintahan beraja di Malaysia supaya dapat merealisasikan impian tiadanya perpisahan antara Raja dan rakyat.

    Bahan-bahan dan koleksi yang ditemui juga merupakan sumber sejarah yang amat berharga dan harus dipelihara dan dipulihara supaya dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang.”

    Jangan ketinggalan untuk menonton “Daulat Tuanku: Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” pada 5 Jun 2010, jam 9.00 malam di TV3 menerusi program Majalah 3 terbitan Primeworks Studios.

    Tags:



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Syahadah Bongkar Rahsia Republik Kazakhstan dan Kyrgystan
  • Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?
  • Imran Ajmain dan Sairah Cover Majalah SUTRA
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Majalah EH! Bulan Mei 2010
  • Gambar Seksi Fasha Sandha di Pelancaran Majalah Lisa
  • Majalah Sensasi Kini Bertukar Kepada Selebriti
  • Al-Risaalah Musim Ke 3 di TV9
  • Sebalik Tabir Ujibakat The Biggest Loser Asia
  • Wan Kamarudin & Heliza Helmi Pengacara Sinar Itu Hadir Jua





  • Sertai Peraduan Cerita Teh Tarik F&N

    June 2nd, 2010 | Category: Peraduan |
    No Comments »


    “CERITA TEH TARIK F&N” MEMBAWA KEHIDUPAN HARIAN MASYARAKAT MALAYSIA

    Hanya lima episod sahaja lagi untuk memenangi hadiah-hadiah hebat

    Rakyat Malaysia dari seluruh negara akan mempunyai satu lagi sebab untuk berkumpul sambil menikmati teh tarik – untuk menonton “Cerita Teh Tarik F&N”, yang memaparkan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia, dibawakan kepada anda oleh pakar teh tarik – Susu Pekat F&N.

    Hos “Cerita Teh Tarik F&N” yang mempunyai tujuh episod kesemuanya, ialah pelakon, peragawan dan pengacara TV yang terkenal di Malaysia, Awal Ashaari. Rancangan ini akan ke udara pada jam 6.00 petang setiap Khamis di TV3.

    Selain dari kisah-kisah menarik, rancangan ini juga memberikan penonton peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk Hadiah Utama iaitu TV plasma 60 inci dan pelbagai produk elektronik lain melalui promosi pengguna dan program tebusan, di samping hadiah tunai melalui peraduan SMS mingguan yang berkait dengan rancangan ““Cerita Teh Tarik F&N”.

    Menurut Cik Eileen Chan, Pengurus Kanan Produk Kumpulan – Susu Pekat, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, di Malaysia, teh tarik selalunya menjalin ikatan di sebalik pergaulan mesra kita setiap hari yang membentuk sebahagian daripada latar belakang banyak kenangan manis kita, sama ada dengan sahabat handai ataupun keluarga.

    “Cerita Teh Tarik F&N adalah usaha kami untuk mengetengahkan ceritera rakyat Malaysia serta kejayaan mereka, yang telah memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang budaya dan aktiviti yang kini dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat. Teh tarik adalah sebahagian budaya sosial berbilang kaum Malaysia dan F&N banyak menyumbang untuk membolehkannya berlaku. Jadi, rancangan ini juga bertujuan untuk menegakkan budaya teh tarik Malaysia kita yang unik,” kata Chan.

    “Cerita Teh Tarik F&N meneruskan hubungan rapat F&N dengan teh tarik iaitu minuman kegemaran Malaysia, sambil mengukuhkan semangat silaturahim Malaysia menerusi mesej penting seperti perpaduan, ikatan keluarga, persahabatan, perdamaian dan resolusi positif dengan berkongsi saat berharga, kenangan istimewa dan suka dan duka, atau cerita teh tarik yang memberi inspirasi.”

    Setiap episod membawakan tema tertentu, dengan tumpuan kepada warga Malaysia dari seluruh negara termasuk selebriti seperti Alam, sensasi b-boy Malaysia, yang memenangi pertandingan “So You Think You Can Dance” bersama Wakaka Crew, dan kumpulan rock Malaysia yang terkenal, Estranged. Seniman Malaysia yang berbakat seperti dua beradik Ajis dan Ronnie Mohammad yang berkongsi minat melukis juga dipaparkan di samping kisah pencipta serta bakat di sebalik Upin dan Ipin.

    Terdapat juga episod mengenai persahabatan antara anggota Kelab RX8 Malaysia, manakala dua episod lagi mengupas kasih sayang antara pasangan yang baru berkahwin dan seorang ibu yang baru ditemukan semula dengan anak-anak perempuannya setelah terpisah selama 50 tahun.

    Chan yakin “Cerita Teh Tarik F&N” akan menarik warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat kerana ia menyentuh isu yang dekat di hati kita dan tersulam dalam budaya kita.

    “Setiap episod mempunyai elemen yang pastinya menarik sesetengah golongan masyarakat, tetapi jangan tertinggal mana-mana episod kerana setiap satu memberi perspektif baru tentang topik yang diketengahkan. Anda mungkin fikir anda tahu al-kisah cerita yang dipaparkan tetapi hakikatnya banyak yang anda boleh pelajari daripada setiap episod. Jadi, saya berharap rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat akan menonton rancangan ini,” jelasnya.

    “Cerita Teh Tarik F&N” telah diilhamkan oleh F&N Dairies, syarikat di sebalik jenama Susu Pekat No. 1 Malaysia, iaitu ramuan utama teh tarik dan minuman lain di seluruh Malaysia sejak beberapa generasi lalu melalui jenama sebutan ramai seperti Susu Isian Pekat Manis F&N, Krimer Manis Bervitamin F&N, Krimer Manis F&N, Krimer Manis Teh Tarik F&N dan produk terbarunya, F&N eXtra Tongkat Ali & Ginseng.

    F&N Dairies (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Fraser & Neave Holdings Berhad, dan merupakan pengilang dan pemasar utama susu pekat manis, susu sejat, jus pasteur dan aiskrim di Malaysia.

    Tags:



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sertai Peraduan KENZO The Most Memorable Journey of Love
  • Tonton Cerita Teh Tarik F&N Dapat Hadiah
  • Peraduan Menangi 15 Keping Tiket Anugerah Skrin 2010
  • Awal Ashaari Hos Cerita Teh Tarik F&N
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mei Sekarang!
  • Nak Melancong Ke Hong Kong Dengan PERCUMA?
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Jom Sertai Make The Official Video
  • Jom Baca Ulasan & Sertai Peraduan di KakiWayang.com
  • Sertai Peraduan Lagu Berduit Suria FM












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK