in

Oz The Great And Powerful di Astro Best

[dropcap]K[/dropcap]ini rakyat Malaysia tidak perlu lagi menunggu lama di kaunter tiket mahupun meredah kesesakan lalu lintas semata-mata untuk menonton filem di pawagam. Khas buat kesemua penggemar filem mahupun yang berada di kawasan terpencil serta mempunyai akses yang terhad untuk ke pawagam, mereka boleh menikmati filem-filem tempatan dan antarabangsa kegemaran mereka melalui Saluran Astro Best dan juga Astro First.

Dengan Astro Best Saluran 481, kini para pelanggan boleh menonton filem-filem Hollywood dan Asia dengan selesa di rumah mereka, yang dibawakan terus daripada pawagam dan juga disiarkan dalam format Definisi Tinggi (HD). Para pelanggan boleh menikmati filem-filem terbaik dari Hollywood dan antarabangsa di Astro Best, hanya dengan RM10 untuk sebuah filem yang boleh ditonton pada bila-bila masa selama 48 jam selepas waktu pembelian. Ini termasuklah filem yang padat dengan aksi iaitu ‘PARKER’, filem terbaru daripada Arnold Schwarzeneggar ‘THE LAST STAND’ yang akan disiarkan dari 15 Jun 2013, filem pengembaraan fantasi daripada Disney iaitu ‘OZ THE GREAT AND POWERFUL’ yang menampilkan Mila Kunis, Rachel Weisz and Michelle Williams sebagai ahli sihir, juga filem seram berjudul SIDE EFFECTS dan banyak lagi. Teruskan bersama Astro Best untuk menyaksikan rangkaian filem-filem hebat serta terkini seperti ‘CLOUD ATLAS’, ‘BEAUTIFUL CREATURES’ dan ‘WARM BODIES’.

Selain itu, para peminat filem tempatan dan serantau juga boleh menonton pelbagai filem menarik daripada pawagam terus ke rumah anda di Astro First Saluran 480, seawal dua minggu selepas tayangan di pawagam hanya pada RM15 untuk sebuah filem! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem-filem blokbuster terbaru seperti ‘Lari’ lakonan Aaron Aziz, ‘Biker Kental’ yang menampilkan Awie, ‘Bro, Nampak Motor Gua?’, ‘Kil’ dan juga ‘Get Together’.

Astro Best dan Astro First membawakan filem-filem blokbuster terkini terus ke rumah anda.

“Maklum balas untuk Astro First dan Astro Best adalah sangat memberansangkan termasuk Sabah dan Sarawak. Sehingga hari ini, kami telah mencatatkan pembelian untuk filem-filem di Astro First dan Astro Best sejumlah 6.2 juta pembelian. Kini, pelanggan NJOI juga mampu untuk mengakses kepada Astro First dan Astro Best melalui perkhidmatan prabayar iaitu Prabayar NJOI lantas meluaskan jangkauan kami,” kata Agnes Rozario, Naib Presiden Bahagian Kandungan Astro.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan penghargaan buat kesemua pelanggan Astro First dan Astro Best. Kami juga akan terus berusaha dalam membekalkan filem-filem terhebat dan terkini khas untuk para pelanggan kami”.

Memberikan anda capaian secara terus kepada filem-filem tempatan, serantau dan antarabangsa yang terbaik.

“Astro Best menjadi satu mercu tanda penting melalui kerjasama yang terjalin di antara Astro dan pihak perfileman Hollywod seperti The Walt Disney Company dan Lionsgate dalam menyampaikan kandungan terkini dari Hollywood dengan tawaran nilai pelbagai filem terhebat yang dibawakan terus daripada pawagam ke rumah. Kami pastinya menjanjikan kepuasan buat para penonton dengan kerjasama yang bakal kami jalinkan dengan lebih banyak rakan kongsi untuk meluaskan lagi rangkaian filem-filem Hollywood dan antarabangsa di saluran kami”, tambah Rozario lagi.

Astro Best dan Astro First sememangnya berbaloi di mana kemudahan untuk menonton filem kini hanya di hujung jari beserta keselesaan tontonan di rumah ataupun di mana-mana sahaja melalui perkhidmatan AOTG di samping kebebasan masa untuk menonton mengikut kemahuan pelanggan sepanjang 48 jam selepas waktu pembelian.

Astro Best
• Astro Best terus meningkatkan lagi rangkaian filem di Astro dengan menawarkan filem-filem Hollywood dan Asia seawal tiga bulan selepas tarikh tayangan di pawagam Malaysia.
• Pembelian filem melalui Astro Best, Saluran 481 pada harga hanya RM10 untuk sebuah filem dengan kebebasan untuk menonton sehingga 12 kali tontonan untuk setiap filem selama 48 jam selepas waktu pembelian.
Astro First
• Astro First adalah perkhidmatan pertama di Malaysia yang membawakan pengalaman tontonan di pawagam terus ke rumah anda. Pelanggan Astro boleh menonton filem-filem tempatan terkini seawal dua minggu selepas tarikh tayangannnya di pawagam tanah air.
• Pembelian melalui Astro First, Saluran 480 pada harga RM15 untuk sebuah filem dengan kebebasan untuk menonton sehingga 12 kali tontonan untuk setiap filem selama 48 jam selepas waktu pembelian.

3 Langkah Mudah untuk menikmati Astro First & Astro Best
Pergi ke saluran portal media Astro First di Saluran 480 ataupun portal media Astro Best di Saluran 481 dan;
1. Tekan butang biru pada alat kawalan jauh Astro untuk memilih filem pilihan anda.
2. Tekan butang biru tersebut sekali lagi untuk pembelian filem pilihan anda.
3. Kod SMS 13 digit akan dipaparkan di kaca televisyen. Kemudian SMS kod ini ke 32999.

Dalam tempoh 5 minit, satu SMS pengesahan akan dihantar kepada pelanggan dan filem tersebut sedia untuk ditonton. Setiap pembelian akan dikenakan caj terus ke bil semasa pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro First, sila layari astroworldofmovies di laman Facebook.

Oz The Great And Powerful

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tune Hotel Melbourne Opening November 2013

Cikgu Kemisah Kirby Siri 2 Kekalkan Watak Liza Othman