in ,

outLOUD Studios Beramal Untuk Komuniti

Untuk cuti sekolah pada kali ini, seramai 80 orang anak-anak yatim daripada Rumah Titian Kasih telah dihiburkan dengan menonton filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP secara percuma anjuran syarikat penerbitan filem ini sendiri iaitu outLOUD Studios.

Aktiviti kebajikan yang dijalankan di GSC Alamanda Putrajaya ini bertujuan untuk mengembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik dari segi kewangan dan kasih sayang, selain ingin memberikan kenangan manis kepada mereka pada cuti sekolah ini.

OutLoud

Ernie Chen selaku Pengarah Eksekutif filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP berkata, ini adalah antara usaha yang dilakukan oleh outLOUD Studios dalam memberikan sumbangan kebajikan terhadap komuniti terutamanya bagi anak-anak yang kurang bernasib baik dan beliau begitu gembira apabila dapat melihat anak-anak yatim Rumah Titian Kasih ini terhibur dapat menonton filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP.

Filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP ini membariskan pelakon handalan seperti Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Zac X-Factor, Ruminah Sidek dan juga Allahyarham Zami Ismail. Ernie Chen turut memperkenalkan bakat-bakat baru di dalam filem pertama beliau ini iaitu Nurul Ain Nordin, Wira Raja Lawak serta Faiz Raja Lawak. SUATU MALAM KUBUR BERASAP telah berasap di pawagam sejak 22 Disember lalu dan masih mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

OutLoud

OutLoud

OutLoud

OutLoud

OutLoud

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Valentine’s Day Treat for U

Relax & Be Inspired With Essential Voyage