in

Osman Baku Musim 2 Lakonan Almy Nadia

Kesinambungan kegigihan seorang bekas guru Osman Baku mengajak orang ramai peka terhadap kesalahan ejaan dan bahasa rojak sebelum ini pernah menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ternyata drama bersiri Osman Baru dalam 13 episod siarannya diterima ramai dan ‘terkesan’ di hati penonton setia RTM.

Kembali dengan musim ke-2 mulai 21 Januari depan, setiap Selasa; pukul 9.00 malam di TV2, drama bersiri Osman Baku musim baru ini lebih padat dengan pengisian isu terkini selain mengekalkan pelakon utamanya Dato’ Rahim Razali membawakan watak utama sebagai Osman Baku. Turut berlakon Sheila Mambo, Kaza, Almy Nadia, Shawal, Jalil Hamid, Sofi Jikan, Roy Azman, Qazem Nor, Khatijah Tan, Amir R.J.L, Jegan dan Tan Ting serta penampilan khas Afdlin Shauki.

Osman Baku Musim 2 Lakonan Dato’ Rahim Razali Kembali Di TV2

[dropcap]K[/dropcap]isah Osman Baku semakin menarik dengan kemunculan watak Shark Ash Burn, pengarah filem dan drama terkenal di Kuala Lumpur yang menjadikan Kampung Bunga Raya didiami oleh Osman Baku sebagai lokasi penggambaran filem terbarunya bertajuk Hantu Siang. Bermulalah babak mencuit hati apabila Osman Baku terdengar perbualan di kalangan kru penggambaran yang menggunakan bahasa rojak dalam perbualan seharian mereka.

[pullquote]Sementara itu Sam, pengurus produksi filem berkenaan pernah terdengar cerita tentang seorang lelaki yang suka mengamuk di kampung tersebut meminta bantuan pak ngahnya, Kudin untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang penggambaran.[/pullquote]

Kudin yang memang tidak suka akan Osman Baku sentiasa mencari sebab agar lelaki itu kembali kepada sikap lamanya panas baran. Apatahlagi bila dia melihat Timah IT yang diminatinya rapat dengan Osman Baku yang dimusuhinya itu. Kudin juga berlagak dirinya akan berlakon dalam filem arahan Shark Ash Burn. Namun hampa bila Timah IT tidak mempedulikannya.

Di studio “Apa Cer”, penerbit rancangan tersebut bercadang untuk melakukan sesuatu dalam rancangan tersebut sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Dia lalu mengarahkan pembantu studio mencari individu yang berkaitan Bahasa Melayu untuk datang ke studio sebagai tetamu jemputan dan Osman Baku terpilih.

Osman Baku serba salah bila anaknya Milah meragui kesungguhan ayahnya untuk menjadi tetamu program itu. Milah bimbang program tersebut akan menjejaskan imej bapanya sebagai seorang guru Bahasa Melayu. Seorang tetamu jemputan dalam rancangan Apa Cer menarik diri saat akhir. Seorang kru penerbitan mencadangkan kepada penerbit supaya menjemput Shark Ash Burn menggantikan tempat tetamu tersebut.

Berlaku kekecohan bila tetamu undangan berkumpul di studio. Shark Ash Burn terkejut dengan kehadiran Osman Baku di situ. Begitu juga sebaliknya. Shark Ash Burn kena tegur sekali sebab suka menggunakan bahasa-bahasa seperti itu di dalam filemnya yang mempunyai ramai pengikut. Shark lintang-pukang lari meninggalkan set studio.

Penerbit rancangan tersebut meminta Cikgu Osman mengambil alih dan menjadi hos rancangan tersebut. Cikgu Osman mengakhiri rancangan tersebut dengan caranya yang tersendiri.

Kepada anda yang berminat mengikuti siri drama mencuit hati namun sarat dengan teguran berguna ini, usah ketinggalan mengikutinya hanya di TV2.

osman baku

babak dalam Osman Baku 2

babak OsmaN Baku

Gandingan lama dan baru - Sofi Jikan dan Jalil Hamid

OSMAN BAKU musim ke-2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Siar Liputan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014

Shell Eco-Marathon Asia 2014