Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Oo Lala di TV9



ERAT HUBUNGAN KEKELUARGAAN ANTARA PESERTA

TV9 Di Hatiku sentiasa mencari idea baru dan konsep menarik yang boleh diketengahkan untuk penonton. Tidak dinafikan bahawa program pencarian bakat terutamanya dalam bidang nyanyian masih popular pada masa kini dan sentiasa dinanti-nantikan. Kita juga sering melihat rancangan-rancangan realiti dalam mencari penyanyi berbakat samada secara solo mahupun berkumpulan menerusi stesen-stesen televisyen lain. Kini, untuk kali pertamanya, TV9 menerbitkan sebuah rancangan realiti hiburan yang diberi nama Oo La La yang melibatkan ahli keluarga seperti ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara dan kakak.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Encik Bukhari Che Muda, ”Kelainan yang dibawa ini sesuai dengan imej TV9 yang kini tampil lebih ceria, segar dan kontemporari sebagai sebuah stesen televisyen yang cuba menarik penonton baik dari kalangan belia dan seisi keluarga. Malah, rancangan terbaru ini juga sebagai tanda penghargaan kepada penonton yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.”

Tambah beliau lagi, “Kami yakin rancangan realiti Oo La La ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana ia Oo La La berbeza dengan program realiti hiburan lain kerana kejayaan mereka bergantung kepada pasangan masing-masing dan mereka perlu berusaha sendiri untuk memperbaiki kelemahan pasangan mereka.  Pada masa yang sama, seorang pengetua dan dua orang juri yang dilantik akan memerhatikan perubahan mereka dari satu episod ke satu episod.”

Oo La La yang bertujuan untuk mencari bakat baru remaja dalam bidang nyanyian bakal menyaksikan perkembangan mereka dalam mengejar impian menjadi seorang bintang dari minggu ke minggu. Bakal disiarkan pada 23 Mei 2009, setiap hari Sabtu bermula jam 9.30 malam hingga 11.00 malam, Oo La La akan disiarkan secara langsung dari Studio 2, NTV7 Glenmarie, Shah Alam.

Program realiti hiburan berkonsep kekeluargaan ini akan melibatkan anggota keluarga seperti ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara dan kakak. Seramai 10 pasangan telah dipilih di mana enam daripada pasangan ini terdiri daripada penyanyi terkenal tanahair, sementara empat pasangan lagi adalah dari peserta awam yang berbakat dalam bidang nyanyian.

Antara penyanyi terkenal yang terlibat adalah Andy Flop Poppy dan anaknya Megat Danial, Juliza Adzlizan bersama dua anak saudaranya bernama Ajreena dan Shakina; Neves dari kumpulan Pretty Ugly bersama Reen; Eddie Hamid dan Farah; Aris Ariwatan dan Shahida. Empat lagi pasangan terdiri daripada Ameer dari MyStarz LG bersama bapanya Bakri; Afiq (Idola Kecil) bersama kakaknya Rini; Amira bersama ibunya Alina dan Dilla bergandingan dengan bapanya Yazid.

Saingan hebat dapat dilihat apabila melibatkan pasangan yang berpengalaman dalam bidang seni mendidik generasi mereka berbanding dengan pasangan yang tidak bergelar artis. Manakala penyingkiran akan dinilai melalui keupayaan pasangan masing-masing dalam mengetengahkan bakat ahli keluarga masing-masing sebagai seorang penghibur dan bukannya berdasarkan kepada nama mereka yang sememangnya sudah dikenali ramai.

Rancangan realiti Oo La La juga akan memberi peluang kepada penonton untuk mengundi peserta pilihan mereka bagi menentukan kedudukan pasangan peserta setiap minggu. Sementara hadiah-hadiah menarik ditawarkan kepada juara Oo La La iaitu berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tempat kedua RM20,000 dan tempat ketiga RM10,000. Siapa bakal meraih gelaran juara dan sekaligus menggenggam RM30,000?    

Untuk mengtetahui bakal juara Oo La La, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan program yang penuh dengan aksi spontan dan kejutan yang akan disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam bermula 23 Mei 2009.

Rancangan realiti Oo La La ini diterajui penerbit eksekutif Rini Yulianto Sediono, penerbit Azman Ghaffar dan dibantu oleh Nurul Izza, Arunn A/L Krishnan, Ahmad Ghazali Salim Bachik, Mohd Akmal Mohd Mustafa, Farhanah dan Hafiz.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Penyanyi ND Lala Disamun 10 Mat Rempit
  • Gambar Shila OIAM di Anugerah Juara Lagu 23
  • Jom Undi Shila Dalam One In A Million 2
  • Kunang Kunang Restaurant: Buffet Ramadhan 2008 Promo
  • Dina dan Along Pengacara Salam Lebaran 2009
  • Ernie Zakri, Ramlah Ram, Juliza Adlizan Dalam Pesona Bintang
  • AmBank-RTM Cipta Lagu 2011
  • Buffet Ramadan Di Planet Hollywood Hanya Rm 33++
  • Shila Amzah Dilantik Duta Produk Terbaru Safi Balqis Perfect 10
  • Program Bulan Ogos Saluran Pelangi Indo Pek



    • annie@amni

      saye minat ameer n afiq suare diorang best..ar.muke ameer hensem n afiq cute arr….umur ameer sme ar dgn sye…arap2 leh ar kenal sye owg mlake

    • zue

      saya suka AFIQ yang comeelllll sesangattt…
      chaiyokk!chaiyok!!!!AFIQ
      suara AFIQ best sangat.. hope die jadi juara.. i love Afiq..

    • nas

      i like Amira..
      she’s cute..!
      and suara dia mmg sedap..
      Amira,wish u all the best!
      :D

    • zira_kedah

      i luv u emeer………….awk mmg encem n da bkat…..

    • feynna

      saya minat sgt kat emeer sbb emeer tu comel lg pun suara dia bagus dan merdu………hahaha

    • atiqah

      emeer leh tahan ar suaranye…luck…pelajaran jgn lupe..hensem mcm mane pun klu pelajaran ko…hancur masa dpn..salam..

    • al-fasah b.jaafar

      kepada emeer buatlah yang terbaik semoga berjaya.kepada afiq bersabar dan tabah hati.cuba lagi akan datang.GOOD LUCK. LOVE EMEER N AFIQ.

    • fifiey

      sye mmg mnt sngt kt emeer coz dye pndai handle lgu.piching dye lngsung x lri..best……………………..coool…..gler………..

    • nana

      sye suka amira suara dier mmg sedap n mantap n cool jer…dah la cute..wish u all the best…

    • aziera

      salam…tahniah emeer sbb jdi juare oo la la yg petama..teruskan usaha dalam bidang nyanyian ni ek..suare emeer best sgt..good luck..

    • AZIZI AHMAD AZIZ

      sy nih peminat amira..mula2 tgk amira mase di mhi..suke tgk die..xtau plak amira nih peserta oo la la..sy dlm proses membuat discovery tentang amira smpai sy dpt jmpe amira..hihi..wait n see

    • http://azam azam

      saya hrp dpt mengadakan oo la la lg

    • lionel messi

      siaran melahirkan individu yg jahanam

    • http://www.adib97.blogspot.com adib_asraf

      Salam. Hopefully tv9,n pihak2 Oo La La n pihak2 tertentu dapat jalankan Oo La La untuk musim kedua. Ia memang mendatang pelbagai kaedah,faedah dan manfaat. Harap sangat!! Peminat setia!! Please!!

    • Syazwani

      Harap2 TV9 n pihak2 Oo La La dapat mengadakan Oo La La untuk musim ke2, ramai org x sabar2 utk audition musim ke2 ni…. , sentiasa menyokong,, Oo La La…. sentiasa ceria

    • fyeqah

      kepada semua peminat emeer silalah berkunujung ke website emeer di http://www.emeeriskandar.ning.com thnx for support emeer.. teru support key!! :)

    • http://siti.hada95@yahoo.com hada,efa,eira,nike

      emeer tu memang hensem,sbb tu ramai nak tackle dia,puji itu ini. PI LAH MABUK.TOKMU JOGET ATAS REBAN AYAM,LEMBU.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK