One In A Million Musim Baru Kini Dah Tiba

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENYAKSIKAN MUSIM TERBARU
One In A Million?

Saksikan perjalanan peserta-peserta yang bakal menjadi penghibur terkemuka dalam One in a Million (musim ke-3)

Bahang One in a Million kian terasa. Sudahkan anda bersedia untuk melihat ragam peserta-peserta baru program realiti popular ini?  One in a Million kini kembali ke kaca TV anda untuk musim terbaru yang lebih menghiburkan!

Program realiti popular ini akan disiarkan pada setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 23 Januari 2009 ini hanya di 8TV. Anda dapat melihat perjalanan One in a Million dari sesi ujibakat sehingga ke malam final nanti.

“Musim ketiga One In A Million pastinya lebih menghiburkan! Kami menjanjikan lebih banyak kejutan untuk semua penonton 8TV. Anda bukan sahaja bakal menyaksikan bakat-bakat baru malah akan terpukau dengan kehebatan vokal peserta-peserta musim ini,” ujar Cik  Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

“Kami telah menjelajah ke 5 buah kota bagi mencari peserta-peserta yang bukan sahaja mempunyai vokal yang baik malah mempunyai pakej lengkap sebagai penghibur. Kami percaya untuk musim baru ini kami telah berjaya menemui peserta-peserta yang pastinya akan memberikan cabaran antara satu sama lain,” terang Kim lagi.

“Kami menerima sambutan hangat di setiap lokasi ujibakat yang telah kami adakan. Ini merupakan satu petanda positif bahawa program realiti masih lagi relevan dan diminati oleh masyarakat. Juri juga turut mengalami kesukaran untuk memilih peserta-peserta yang layak ke peringkat Top 12,” tambah Kim.

Menurut Kim lagi, episod yang akan disiarkan Jumaat ini (23 Januari 2009) menampilkan sesi ujibakat yang telah diadakan di Kuching, Kota Kinabalu, Penang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Ujibakat di Kuching menyaksikan 502 orang peserta yang hadir untuk sesi ujibakat manakala ujibakat di Kota Kinabalu dengan 537 penyertaan. Penang dan Johor Bahru menyaksikan penyertaan yang tidak kurang hebatnya iaitu 515 di Penang dan 727 di Johor Bahru. Kuala Lumpur tetap menjadi pilihan utama para peserta dengan penyertaan melebihi 1000 orang yang membanjiri Berjaya Times Square.

Episod seterusnya akan menyaksikan penyingkiran yang akan dilalui oleh peserta-peserta sebelum sampai ke pusingan Top 12. Pertarungan sengit peserta-peserta Top 12 akan berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral yang akan diadakan setiap minggu bermula akhir bulan depan.

Persembahan secara langsung yang merangkumi 15 episod termasuk malam final  akan menyaksikan pertarungan sengit peserta-peserta untuk merebut wang bernilai RM1, 000 000 ini. Seperti musim sebelumnya, seorang peserta bakal disingkirkan seorang demi seorang setiap minggu.

Malam final akan disiarkan pada 1 Mei 2009 yang akan menyaksikan tiga orang peserta berentap untuk merebut gelaran  One In A Million sekaligus membawa pulang bernilai RM 1, 000 000!

Seperti musim yang sebelumnya, para peserta perlu hadir dengan pakej yang lengkap dengan vokal nyanyian yang mantap dan mempunyai personaliti yang mampu memikat hati penonton. Peserta juga harus fokus dan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan juri dan proses penyingkiran.

One In A Million (musim ke-3) mengalu-alukan sokongan Strepsils dan Oxy sebagai penaja bersama.

Nasib para peserta terletak pada juri-juri professional yang cukup berkaliber. Paul Moss dan Syafinaz Selamat akan bersama-sama dengan peserta setiap minggu untuk membantu mereka dengan memberikan komen-komen positif dan membina. Awal dan Marion pula masih lagi diberi kepercayaan sebagai pengacara One In A Million untuk tahun yang ketiga berturut-turut.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton episod pertama One In A Million pada 23 Januari (Jumaat) jam 9.30 malam di 8TV untuk menyaksikan gelagat peserta-peserta yang menghadiri sesi ujibakat. Siaran 8TV juga dapat ditonton menerusi saluran 708 Astro anda.

Untuk mengetahui laporan terkini One In A Million, sila layari www.8tv.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Dexter Lakonan Michael C.Hall di TV2

Ako Mustapha Nafi Waran Tangkap Dikeluarkan