in

One Drop Perfumes

Kempen ‘Badan Wangi Poket Berisi One Drop Perfumes’
2012 kembali menyengat lagi!

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba dan anda susah hati kerana poket anda masih kosong? One Drop Perfumes sedia membantu anda meringankan beban para pengguna untuk persiapan Raya dengan menawarkan duit raya sehingga RM2, 000,000!

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah, One Drop Perfumes sekali lagi akan mencetuskan fenomena dan menggegarkan tanah air dengan Kempen ‘Badan Wangi, Poket Berisi’, yang telah memasuki tahun ketiga semenjak kempen hebat ini diperkenalkan.

Menurut One Drop Sdn Bhd, peneraju utama industri pati minyak wangi tanpa alkohol di Asia, kempen ini akan kembali menyengat setelah mengecapi kejayaan dan menerima sambutan yang hangat dari para pengguna pada tahun-tahun sebelumnya. Kehadiran kempen ini memang sentiasa dinantikan oleh para pengguna dan pengedar kerana ia telah banyak membantu ramai pengguna bertuah One Drop Perfumes dalam meringankan beban mereka untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun-tahun sebelum ini. Justeru itu, kempen yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah ini diharapkan agar melakarkan lagi sejarah memandangkan ini adalah salah satu cara pihak One Drop untuk menghargai para pengguna yang telah banyak memberikan sokongan padu terhadap One Drop semenjak ianya beroperasi.

Bagi memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri tahun ini, One Drop telah memperuntukkan duit raya sebanyak RM2,000,000 bagi menjayakan “Kempen Badan Wangi, Poket Berisi” yang berlangsung sehingga bulan September 2012. Para pengguna mahupun pengedar berhak untuk memenangi duit raya tersebut kerana mekanisma kempen yang sungguh mudah. Peruntukkan duit raya ini akan diagih-agihkan di dalam kotak ‘normal set’ One Drop Perfumes, di mana para pengguna mampu memperolehi duit raya berjumlah RM10, RM 50 atau RM 100 di dalam kotak yang bertuah. Bagi tujuan keselamatan, duit raya tersebut didatangkan dalam bentuk baucer dan para pengguna hanya perlu mengeposkan semula baucer tersebut kepada pihak One Drop Sdn Bhd. Duit raya yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun bank pemenang. Proses penebusan duit raya ini sungguh mudah, selaras dengan tema kempen ini iaitu ‘Tiada slogan, Tiada soalan, Tiada Gimik’.

Menurut Pengarah Eksekutif One Drop Sdn Bhd, Zetty Ismail, “Kali pertama kempen ini dilancarkan iaitu pada tahun 2010, tujuan utama kami adalah untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada para pengguna One Drop Perfumes terhadap sokongan yang tidak pernah pudar. Tak sangka, kempen tersebut telah mendapat sambutan yang cukup hangat yang telah menjadi bualan di kalangan pengguna One Drop Perfumes. Dengan berbekalkan kepercayaan pengguna dan kejayaan demi kejayaan yang dilakari oleh One Drop, kami jadikan kempen ini sebagai acara tahunan untuk memantapkan lagi kedudukan kami di arena bisnes ini, di samping berkongsi kejayaan yang diperolehi dengan para pengguna. Berdirinya One Drop dengan teguh pada masa ini adalah disebabkan para pengguna yang sentiasa mempercayai kredibiliti produk One Drop Perfumes selama ini.”

“Kempen Badan Wangi Poket Berisi ini secara tidak langsung akan mengembalikan nostalgia para pengguna One Drop Perfumes semasa kecil dulu. Hari Raya adalah hari yang paling meriah bagi kanak-kanak, di mana mereka berpeluang untuk mengumpul duit raya dan dengan duit raya itulah yang akan dijadikan modal untuk membeli apa yang dihajati. One Drop ingin berkongsi dengan para pengguna memeriahkan lagi suasana Hari Raya pada tahun ini, di mana kempen yang memasuki tahun ketiga ini diharapkan akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban untuk membuat persiapan menjelang hari lebaran.

Tambahnya lagi, “Bukan semua insan di luar sana menjalani kehidupan yang selesa, malah ada di antara mereka yang hidup umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada juga di antara anak-anak kecil tidak pernah mengetahui akan kemeriahan menyambut Hari Raya seperti membeli baju baru, mengumpul duit raya dan menziarahi antara satu sama lain. Ini semua kerana kesempitan hidup keluarga yang menghadkan mereka menikmati segala kegembiraan tersebut. Jadi kempen yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu mereka sedikit sebanyak dalam membuat persiapan menjelang lebaran, dan bagi para pengedar pula ini merupakan masa yang terbaik untuk melipatgandakan lagi pendapatan mereka.”

“Kami juga mengharapkan agar kempen ini akan menarik perhatian para pengguna di kalangan bukan Islam untuk sama-sama memeriahkan lagi Hari Raya pada tahun ini. Kita telah mencatatkan pertumbuhan jualan yang baik di kalangan bukan Islam dan sebagai hidup bermasyarakat, mereka juga berpeluang untuk merasai kehangatan hari lebaran dengan memenangi duit raya daripada One Drop. Kami tidak akan berhenti di sini sahaja. Banyak lagi perancangan yang telah dibuat untuk membantu para pengedar kami menjana pendapatan yang lebih. Di samping itu, One Drop akan sentiasa mengeluarkan produk-produk baru bagi meneguhkan lagi kredibiliti kami dan meletakkan nama syarikat ini di mata dunia,” ujar Zetty lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini sila hubungi talian 03-2072 5555 atau 019-399 9969 atau layari www.onedropperfumes.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Citra Juwita di TV9

Gambar Shiha Mentor di Pelancaran Album Shiha