in

One Direction Dikecam Gara-Gara Kontroversi Status di Twitter

Minggu lalu, gara-gara memuat naik status di Twitter grup sensasi masa kini, One Direction, telah dikecam banyak pihak.

Status Twitter One Direction berbunyi:

“Anda mempunyai tatu 1D (One Direction)? Tunjukkan kepada kami dan beritahu mengapa anda perlu berada dalam filem kami”

Mereka juga digesa agar menutup akaun Facebook dan Twitter rasmi grup tersebut. Menurut pihak yang kurang senang dengan status tersebut, ia mampu memberi kesan negatif kepada peminat mereka yang di bawah umur.

Ini kerana selepas beberapa jam status tersebut dimuat naik, ia mendapat respons ‘like’ sebanyak 6,000 di laman sosial Facebook.

Malah, salah seorang daripada peminat mereka menulis: “Saya akan meminta izin bapa saya untuk mencacah tato walaupun saya baru berusia 13 tahun.”

Sementara itu, status yang sama telah retweet sebanyak 4,000 kali di Twitter. One Direction memiliki lebih 10 juta pengikut di laman sosial tersebut.

Selepas digesa, pihak pengurusan mereka telah membuang status tersebut.

Ia menjadi kontroversi kerana di Amerika Syarikat, had usia yang membolehkan seseorang mencacah tatu adalah 18 tahun ke atas.

one-direction

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Noniswara Nekad Tuntut Cerai Gara-Gara Orang Ketiga

Aeril Zafrel Dapat Tawaran Berlakon Filem Hollywood