Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Ogy Ahmad Daud Dalam Drama Ejen 008 Slot Pagi TV3

Pada hari Selasa 26 Januari lalu, jam 3 petang lalu, Budiey bertamu seketika di Restoran Rebung, Lorong Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur untuk beramah mesra dengan para pelakon drama Ejen 008.

Boleh tahan ramai juga pelakon yang datang. Antaranya Ogy Ahmad Daud…

Untuk info pembaca, drama Ejen 008 ini telah disiarkan di TV3 mulai 4 Februari 2010, setiap hari Khamis jam 11 pagi di Slot Senda Pagi.

Drama komedi bersiri satu jam sebanyak 13 episod ini diterbitkan oleh Eruja Production dengan pengarahnya, Emi Suffian menampilkan pelakon hebat seperti Ogy Ahmad Daud sebagai Mariam, Raisudin Hamzah sebagai Datuk Ikram, Lisdawati, Azza Elite, Roy Azman, Faizal Yusop, Maya Matahari, Amyza Adnan, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Amir Raja Lawak pun ada dalam drama ni…

Gambar atas: Pelakon Ejen 008 bersama pengarah, Emi Suffian.

Slot Senda Pagi ni tak kurang dapat sambutan dari penonton. Walaupun disiarkan pada waktu pagi, slot ini dapat rating melebihi 1 juta penonton sejak diperkenalkan pada tahun 2008.

Tahniah TV3! Budiey kira ini satu pencapaian yang membanggakan. Sebab content dan drama untuk slot ini pun dikira ada tarikan tersendiri.

Budiey dengar, drama Cinta Balqis yg dah ditayang di Slot Akasia yang lepas juga dapat sambutan hangat dengan mendapat rating mencecah 2.3 juta!

Lisdawati… gaya kotak-kotak hitam putih

Sinopsis Ejen 008:

Baca tajuk drama ni macam drama penyiasatan je kan? Tapi anda silap, sebab drama ni bukan cerita penyiasatan mahu pun perisikan tapi sebaliknya kisah suka dula pemilik agensi pembantu rumah dan pelbagai perkhidmatan dalam menangani kerenah pembantu rumah serta majikan.

Mariam (lakonan Ogy Ahmad Daud) ialah seorang wanita berkerjaya yang serba boleh. Dia sibuk mengendalikan Agensi 008 Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan pembantu rumah di samping memberikan pelbagai perkhidmatan seperti penghantaran barang dan surat, urusan pembayaran bil, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya untuk keselesaan pelanggannya.

Datuk Ikram ialah seorang usahawan yang sudah bersara dan amat cerewet. Beberapa pembantu rumah telah berhenti atau malarikan diri akibat sifat pemarah yang melampau.

Mariam tidak dapat menghantar pengganti dalam masa yang singkat. Ia memaksa Mariam untuk menyamar sebagai Mariamah sementara menunggu pembantu rumah yang baru.

Mariam terkejut dengan sifat peramah Datuk Ikram, namun dia tetap melayan kerenahnya dengan baik, lemah lembut dan sopan santun. Mariam hanya melepaskan geram di belakang Datuk Ikram.

Mariam juga tidak sangka bahawa Datuk Ikram telah terpikat dengannya dan tidak mahu dilayan oleh orang lain selain Mariamah iaitu Mariam. Pelbagai insiden lucu telah berlaku. Adakah penyamaran Mariam akan terbongkar?

Apakah Mariam akan bersama dengan Datuk Ikram nanti?

Tags: , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dafi AF, Rahim Maarof, Ogy Ahmad Daud di Laman Santai
  • Slot Senda Pagi Perkenalkan Gameshow Ewah-Ewah & Berek
  • Kejutan AF6: Ning Baizura & Ogy Ahmad Daud Jadi Pengkritik Tetap
  • Teater Intan Yang Tercanai di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP
  • Misha Omar Berlakon Dalam Drama Siri Julia Juli
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Slot Seram Puaka Niyang Rapik di TV3
  • Teaser Drama Merah Puteh
  • Slot Lagenda Perkenalkan Drama Anak Betong
  • PERUBAHAN TERBAHARU WAKTU SIARAN BERITA TV2 DI RTM



  • 3 Komen untuk entri “Ogy Ahmad Daud Dalam Drama Ejen 008 Slot Pagi TV3”

    1. peminat fazura kata:

      budiey, tlg la tekan shift mase edit pic.. ksian.. tinggi lonjong.. pastu npk penyek.

    2. NONA kata:

      AGREE WITH PEMINAT FAZURA KATA

    3. kelly kata:

      apa tjuk lgu ost ejen 008 nie???

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!