in , ,

OGY & AG Mendengar Pengakuan Ikhlas Artis Dalam YEKE?

Ogy Ahmad Daud dan AG (Hot FM) akan berkongsi rahsia artis terkenal tanahair bersama penonton setia TV3 pada hujung minggu ini. Ye Ke?! Tentu ramai yang ingin tahu apa rahsia di sebalik artis pujaan mereka. Ogy dan AG akan membongkarkan kisah cinta, peristiwa suka dan duka sepanjang kerjaya artis tanah air.

Jangan lupa saksikan pengakuan ikhlas mereka dalam program terbaharu TV3 Ye ke?! pada setiap Ahad, jam 9.00 malam nanti bermula 1 Mac ini.

OGY & AG Mendengar Pengakuan Ikhlas Artis Dalam YEKE?

Sebagai permulaan bagi episod pertama, Ye Ke?!, yang merupakan sebuah program variasi berbentuk hiburan dan santai ini akan menampilkan tujuh selebriti sensasi seperti Erra Fazira, Amar Baharin, Norman Hakim, Faradhiya, Izreen Azminda, Shila Amzah dan Raja Azmi. Bersesuaian dengan topik ‘Jodoh’, Ogy dan AG berusaha untuk mencungkil rahsia dan menyakat mereka dengan soalan-soalan cepumas untuk menghangatkan lagi suasana di studio.

Kedua pengacara ini telah mengusik Izreen Azminda dengan Amar Baharin dengan percintaan lokasi mereka melalui drama ‘Akasia: Kerana Terpaksa Ku Relakan’. Gosip percintaan mereka berpanjangan walaupun drama itu sudah selesai.

Namun mereka akui bahawa ianya adalah gossip semata-mata. Bagi menggamatkan lagi suasana, krew penerbitan telah merakam beberapa visual rakan baik mereka sebagai sokongan kepada perbincangan hangat tersebut. Visual tersebut dirakam beberapa hari sebelum selebriti ini membuat rakaman.

Suasana di studio menjadi sebak apabila program ini menayangkan visual bekas suami pengarah, Raja Azmi Raja Sulaiman iaitu Eddie daripda kumpulan CRK. Di penghujung visual tersebut, Eddie ada menyatakan hasratnya untuk merujuk semula. Ini membuatkan suasana menjadi sebak disambut dengan deraian airmata Raja Azmi. Itulah antara kandungan yang terdapat dalam episod pertama.

Setiap minggu, program Ye Ke?! yang mengandungi 13 episod ini menjadi hiruk-pikuk dalam episod kedua bersama artis jemputan seperti Adlin Aman Ramlie, Awal Ashaari, Didie Alias, Ebby Yus, Jehan Musa, Shahrul Shiro dan Sherry Al-Hadad. Mereka membincangkan tentang topik ‘Pelawak Laser Senang Buat Duit”.

Episod ketiga pastinya menarik hati setiap penonton TV3 kerana tujuh selebriti wanita yang sensasi muncul bersama anak-anak mereka yang comel menerusi topik ‘Hot Mama’. Mereka yang terlibat dalam rakaman ini adalah Dynas Mokhtar, Faezah Elai, Linda Rafar, Linda Hashim, Rebecca Nur Islam, Rozita Che Wan, dan Nabila Huda.

Apakah perbincangan mereka dan bagaimana mereka mengendalikan anak-anak mereka sementara rakaman Ye Ke?! dijalankan. Untuk mengetahui lebih lanjut jangan lupa temujani anda bersama kami menerusi program variasi Ye Ke?! Ahad ini, pada jam 9.00 malam, di saluran 103 (TV3). Bagi mereka yang ingin melihat gambar artis kesayangan mereka, boleh layari laman sosial Instagram melalui ‘Hashtag’ #Yeke. Anda juga dijemput memuat naik gambar-gambar serta pendapat anda dengan #Yeke.

OGY & AG Mendengar Pengakuan Ikhlas Artis Dalam YEKE?

OGY & AG Mendengar Pengakuan Ikhlas Artis Dalam YEKE?

OGY & AG Mendengar Pengakuan Ikhlas Artis Dalam YEKE?

OGY & AG Mendengar Pengakuan Ikhlas Artis Dalam YEKE?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mamat Khalid Kecewa & Terkilan Gara-Gara Zizan Razak & Emma Maembong

Jom Sertai Peraduan GILA-GILA WITH 7-Eleven