in

Review Hotel Oakwood Residence Sukhumvit 24 Bangkok

Bangkok kerap menjadi tumpuan para pelancong asing khasnya rakyat Malaysia. Ini kerana ibunegara Thailand ini memang terkenal dengan pelbagai tempat membeli-belah yang sangat murah serta tempat-tempat makan yang popular serta menyelerakan.

Jarak Bangkok dan KL yang hanya memakan masa sekitar dua jam dengan menaiki kapal terbang memudahkan lagi perjalanan para pengunjung dari Malaysia.

Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa hotel di Bangkok yang telah lama bertahan dengan konsepnya yang tersendiri. Oakwood Residence Sukhumvit 24 di Bangkok merupakan salah satu hotel yang dimaksudkan.

oakwood5

Terbina di kawasan pusat Bangkok iaitu Sukhumvit,kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Apatah lagi stesen BTS (seperti MRT) terdekat iaitu Phrom Phong hanya 200 meter sahaja dari kediaman ini. Ia juga berada bersebelahan hotel Hilton di Bangkok.

Biarpun sudah lama bertapak di sini, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan Oakwood Residence Sukhumvit 24 masih lagi utuh dan malah semakin bagus saban hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel serta pangsapauri lain masa kini.

Semestinya setiap unit studio atau pangsapuri dilengkapi kemudahan internet wi-fi, TV kabel berlayar leper dan macam-macam kemudahan moden yang lain. Ini termasuklah mesin basuh serta pengering pakaian, dapur elektrik dan juga perkakas dapur lain seperti periuk, kuali, sudu dan garpu!

Yang lebih istimewa, ia bukan sahaja menawarkan bilik-bilik dan suite seperti hotel-hotel mewah yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa. Dengan konsep suite sepenuhnya, setiap unit persis pangsapuri mewah dengan perkhidmatan (serviced apartments). Terdapat 112 pilihan pangsapuri berbentuk studio dan juga unit yang mempunyai satu atau dua bilik tidur untuk kemudahan para tamu. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja kediaman ini yang datang untuk mengemas setiap unit seperti di hotel lima bintang yang lain.

Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gimnasium, bilik mesyuarat serbaguna dan macam-macam lagi, kediaman yang mempunyai lapan tingkat ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja di kawasan sekitar Sukhumvit. Ini kerana ia berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka seperti pusat-pusat membeli-belah. Sebuah hospital antarabangsa juga berada tidak jauh dari situ selain Taman Benjasiri yang hanya memakan masa tiga minit perjalanan. Malah akses ke jalan lingkaran luar memudahkan para tamu untuk ke padang-padang golf terkemuka.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia sebuah restoran dan bar untuk para tamu. Makanan yang dimasak dengan minyak sayuran akan dilabel bagi memudahkan pelanggan untuk mengetahui kandungan hidangan. Ini sangat memudahkan para tamu Muslim kerana tidak perlu ragu-ragu atau was-was dengan sajian yang tersedia. Jadi sekiranya anda tercari-cari, penginapan di Bangkok, pastikan Oakwood Residence Sukhumvit 24 menjadi pilihan pertama .

Oakwood Residence Sukhumvit 24 Bangkok : Gabungan Hotel dan Pangsapuri Mewah
oleh Shah Shamshiri

oakwood1

oakwood2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semalam Bak Kisah Dongeng di Dhara Dhevi Chiang Mai

Sinopsis Filem SOEKARNO