Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Nurul Khusna Uma Pengacara Resipi Istana di TV9



KEENAKAN SANTAPAN DI RAJA DALAM RESIPI ISTANA

Resipi Istana, sebuah program televisyen terbitan Primeworks Studios, yang julung-julung kali mengetengahkan kerabat di raja serta mereka yang rapat dengan pihak istana untuk berkongsi resipi tradisisional turun temurun beserta keunikan masakan istana dan gaya hidup golongan di raja.

 

Program 13 episod ini dihoskan bakat baru, Nurul Khusna Uma, finalis program realiti Gadis Melayu musim pertama.  Istimewanya, dalam kesibukan kerabat di raja memenuhi pelbagai kegiatan harian, program Resipi Istana berjaya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada beberapa kerabat di raja seperti Sultanah Kedah, DYMM Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun, YAM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, adinda Sultan Johor, YAM Tunku Tun Maimunah Sultan Ismail dan anakanda Sultan Kelantan, YAM Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra.

Selain menyaksikan kepakaran kerabat di raja memasak, Resipi Istana turut memaparkan keindahan istana seperti Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah, Istana Raja Di Hilir dan Istana Riswin, Ipoh, Perak, Istana Kenangan Indah, Kangar, Perlis, dan Istana Bukit Gedung, Johor.

Sepanjang penggambaran yang dilakukan sejak Jun tahun ini, krew produksi mengutip pelbagai kenangan manis dan pengalaman yang cukup berharga. Perasaan risau dan bangga saling  bercampur-baur. Namun, segalanya terhakis. Anggapan masyarakat bahawa golongan istana sombong dan sukar didekati, tidak benar sama sekali.

Bak pepatah, tidak kenal, maka tidak cinta, biar pun terikat dengan protokol istana, namun sikap prihatin dan keterbukaan mereka membuatkan krew produksi cukup selesa. Antara pengalaman dan momen paling menarik, ketika krew produksi membuat rakaman bersama YAM Raja Puan Mahkota Perak, Raja Nazhatul Shima yang lebih mesra dipanggil Tengku Dotti di Istana Riswin, Ipoh, Perak. Keramahan dan sikapnya yang sporting melayani kami sepanjang dua hari rakaman, tidak dapat dilupakan. Sambil memasak masakan kegemaran keluarga seperti Daging Gulung, Gulai Tempoyak Udang dan Mi Kuah, loghat Perak pekatnya, membuatkan krew tidak kering gusi. Namun, apa yang pasti, Tengku Dotti bukan sekadar puteri raja beliau juga pakar memasak.

Begitu juga ketika krew produksi membuat rakaman di Kota Bharu, Kelantan bersama anakanda Sultan Kelantan, YAM Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra. Berperwatakan manja dan lemah-lembut, kejelitaan Tengku Amalin diwarisi daripada bondanya, DYMM Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid. Bergelar majistret termuda di negeri Kelantan, ketokohan Tengku Amalin bukan sahaja di mahkamah tetapi beliau juga tidak kekok di dapur. Krew produksi juga cukup terharu apabila diberikan layanan mesra malah krew diraikan pada majlis hidangan panggang di Istana Kandis, Bachok, bersama kekandanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan kerabat di raja Kelantan yang lain.

Namun, paling mengujakan ketika krew melakukan penggambaran di Istana Raja Di Hilir bersama YAM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Kesudian baginda berkongsi resipi kegemaran kerabat di raja Perak selain menyelaraskan ruang santap yang cukup berseni, pasti membuat penonton terpukau. Malah, keindahan hiasan warisan Perak seperti tekat dan labu sayong dipersembahkan dengan cukup teliti.

Resipi Istana ini diterajui oleh penerbit eksekutif Ezzah Aziz Fawzy, penerbit Khairol Bariah Kamaruddin, wartawan Emmy Zalfarina Adenan dan Sulastri Mohd Juki serta pembantu penerbitan Amaani Ahmad.

Jangan lupa saksikan Resipi Istana setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula Sabtu bermula 22 Ogos 2009, jam 12.30 petang. 

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Nurul Syuhada Kahwin Pegawai Bank Julai Depan
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Malaysian Top Host 2010 Kembali Lagi
  • Renda Ramadan TV3 dan Ramadan@9
  • Anugerah Sensasi Selebriti?
  • Gambar Hos Majalah 3 Nurul Syuhada Kahwin
  • Selebriti Jayakan Dapur Remaja
  • RTM Kongsi Resipi Biskut Raya Chef Terkenal
  • Siapa Kekasih Baru Nurul?
  • Gossip Pengacara Duduk Tak Senonoh



    • Was-seetu

      She is gorgeous! I hope she is 100% Melayu asli – no campur2…

    • oksigen

      aku suka sangat dengan minah ni sejak tv3 datang pinang die untuk crita gadis melayu. em, dahlah pandai ngaji. suara pun sedap mcm org bertaranum. muka pun soft je.

    • ida

      Masha Allah, ikhlas cakap, jelita nya Nurul Khusna n!!! Semoga peribadinya indah, seindah wajahnya (jgn la lepas ni keluar gambar2 tak senonoh e.g clubbing la etc spt ‘gadis2 melayu’ lain)

    • maria

      kecantikan asli..lemah lembut..sopan je ckp. hope dia maintain macam ni..beza btul dgn karakter finalis musim ke-2..

    • yuni jb

      jelitanya kak husna,,
      sy suka sgt tgok kak husna dlm program GADIS MELAYU..
      sy doakan kak husna brjaye dlm bidang yg kak husna ceburi..

    • sal

      husna memang cantik…….

    • eizlan suhaimi

      Hidung kembang sgt bila senyum..well…boleh laa…

    • http://google sham

      cunnn………siot…boleh buat isteri

    • zainah

      sham..untuk ko aku bagi nurul khunsa ok??

    • http://www.yahoo.com.my lim

      u amik la husna…i nak juare si aida yg comelllll…..

    • http://www.yahoo.com.my husna

      harap awin dapat potong gmb husna diatas….mesti husna malu tgk nanti….sebab muke kecik tapi badan besar….ksian husna ….die sedare i

    • farah

      boleh tak bagitau mcmana nak ambik resipi-resipi tu kat internet?

    • http://rahsia muse

      sungguh gadis melayu beliau ini
      sopan,lembut,bijak,beragama dan lain2…hihi

      ade pakwe lah pulak…huuu…

    • julia

      nape khusna tak jadi pengacara nasi lmak kopi o di tv 9?dah lama tak nmpak muka dia?

    • Minority Report

      Cantik Amalin Aishah Putri tu..

    • adam

      kepada yang ckp badan khusna besar minta maaf eh…..ckp tu biar baik2 cikit understand….

    • rokiah

      Khusna memang gadis melayu sejati…..lemah lembut sopan santun bila
      bercakap….harap dapat kekalkan imej gadis melayu sejati ni…pesanan
      tidak terpengaruh dgn dunia glamour..

    • secretpers0n sshi

      tmpg tanye, kat mn leh dpt resepi masakan istana kt tv9 tuh???

    • Ros Bainun

      nak resepi dalam rancangan resepi istana tu..xsempat salin la..macam mane ek?

    • fadhilah

      Kat mana nak dapatkan resipi2 musim lepas dan musim baru 2010?

    • erm…

      gadis melayu sepatutnya cantik luar dan dlm… Jujur menyatakan kebenaran, tidak berkata dusta dan tidak memungkiri janji. Jauh sekali unt melayan hak org lain. Itu lah gadis melayu asli. Bukan sekadar manis bicara unt dipuji2. Hanya jauhari mengenal maknikam.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK