in

Nur Kasih The Movie Meruntun Rasa & Jiwa

FILEM WAJIB TONTON 2011: APABILA CINTA, PERPISAHAN DAN PENGORBANAN BERSEMI DALAM NUR KASIH THE MOVIE

Mengalirnya air mata seseorang itu menunjukkan dia sedang bermain dengan emosi jiwanya dan akalnya ketika itu memikirkan kebenaran akan emosinya. Tetapi sejauh manakah kita dapat menilai keikhlasan kejernihan air mata yang menitik jatuh itu?

Ramai yang menangis kerana tidak mampu menanggung sesuatu yang dibebani, namun tidak ramai yang menangis kerana kesalahan diri sendiri yang tidak pernah peka dengan tanggungjawab untuk menggalas sesuatu beban itu.

Itulah ia kesedaran. Kesedaran yang terpukul ke dalam jiwa, melahirkan satu perasaan bersalah yang akhirnya membangunkan minda untuk kembali berfikir dengan waras. Inilah salah satu pembawaan tanggungjawab yang disandarkan pada filem Nur Kasih The Movie kepada masyarakat.

Bukanlah mahu mengatakan penonton perlu menangis ketika menonton filem ini. Tetapi penerimaan mesej yang bakal mereka dapat tidak setanding dengan mana-mana filem bertemakan cinta sebelum ini. Kerana suntikkan cinta dalam Nur Kasih ini bersemadi bersama tragedi perpisahan dan amukan pengorbanan yang mencetuskan satu hembusan tepat ke jiwa sanubari penonton.

Maka sebab itulah air mata jernih semula jadi akan muncul walaupun tanpa anda pinta. Ia merupakan sesuatu yang datang tanpa anda sedari. Itulah penangan hebat yang Nur Kasih The Movie janjikan!

Nur Kasih The Movie

Sebenarnya, masih banyak lagi yang belum diceritakan. Masih banyak yang belum diselesaikan dan masih banyak juga persoalan tidak berjawab. Kejayaan siri dramanya, Nur Kasih yang mengumpul penonton seramai 19 juta membuatkan pengarah tersohor Kabir Bhatia bersama isteri tercinta, Mira Mustafa berasa terpanggil untuk menyudahkan kesimpulannya. Ramai yang ternanti, ingin menyaksikan kesinambungan perjalanan tiga jiwa yang sememangnya menjadi ikon yang seakan memberi sokongan dan semangat dalam pencarian sebenar erti kehidupan.

Koloborasi Film Scape Sdn Bhd bersama-sama Grand Brilliance dan Juita Viden Sdn Bhd ini secara terang-terangnya bakal mencipta satu lagi sejarah dalam dunia perfileman dengan terhasilnya sebuah filem yang diangkat dari siri drama popular. Filem Nur Kasih The Movie, sebuah filem bercirikan islamik, kesinambungan dari 26 episod siri drama Nur Kasih, bakal membuatkan suasana hening di dalam panggung. Tenang. Pengamatan. Penuh keinsafan.

Kerja keras tenaga kerja produksi filem ini juga harus dihargai. Bukan mudah untuk menjalankan dakwah menerusi filem yang berjaya menarik perhatian ramai. Kerana terhasilnya filem ini demi memenuhi permintaan peminat yang mengharapkan agar siri Nur Kasih dapat disambung lagi. Sebuah karya yang menggabungkan tiga elemen penting dalam kehidupan seharian manusia iaitu cinta, perpisahan dan pengorbanan menampakkan satu penghasilan yang cukup meninggalkan kesan di hati penonton.

Sedikit imbasan penceritaan untuk tiga watak utama yang mempunyai aura tersendiri ini iaitu Nur Amina, Adam dan Aidil. Masing-masing dipegang peranannya oleh Tiz Zaqiah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz. Bermulalah kisah mengenai dua beradik yang membesar dalam keluarga yang mementingkan keagamaan. Aidil, selayaknya menjadi seorang abang kerana sifat penyabar dan tanggungjawabnya selain merupakan seorang lelaki yang sangat budiman seperti mengikut perihal ayahnya. Adiknya Adam pula tidak begitu. Hanyut dengan dunia sementaranya yang penuh dengan maksiat.

Dirinya semakin memberontak apabila terpaksa menuruti wasiat ayahnya yang ingin menjodohkan dirinya dengan Nur Amina, seorang gadis kampung yang pada anggapannya bukanlah secocok dengan dirinya yang moden. Nur Amina taat menuruti permintaan ibubapanya supaya dia berkahwin dengan Adam walaupun dirinya seperti tidak bersedia. Aidil merestui walaupun hatinya memendam perasaan terhadap Nur Amina. Mereka bertiga menempuhi segala getir walau adakalanya terpaksa menerima pahit yang sukar ditelan. Namun ianya berbaloi apabila akhirnya Adam mula kembali ke jalan yang lurus, Aidil menemui cinta hatinya dan Nur Amina mampu melemparkan senyuman manisnya kembali.

Enam tahun kemudiannya, menerusi filem Nur Kasih The Movie, sekali lagi dugaan datang menerpa mereka yang sedang berbahagia. Kali ini lebih dasyat. Hingga ketiga-tiganya hampir jatuh tersungkur, lemah untuk kembali bangun meneruskan pencarian hidup. Namun cinta mereka terhadap-Nya mengatasi segala-galanya. Sisa kekuatan yang masih ada dikumpul kembali walaupun ada perkara yang perlu mereka lepaskan pergi. Perpisahan yang menguji sejauh mana cinta sejati Adam dan Nur Amina dan pengorbanan suci Aidil yang telah berjanji pada dirinya untuk sentiasa ada di antara Adam dan Nur Amina. Saksikan kesudahan kisah mereka yang pasti meninggalkan satu kenangan yang pastinya sukar dilupakan.

Hayatilah perjalanan cerita yang telah digarap dengan sebaik mungkin ini dalam mengekalkan kesinambungan yang terhebat. Anda akan merasakan satu aura yang mungkin dicari-cari selama ini.

Sebuah filem tahun 2011 yang wajib ditonton bagi mereka yang bukan saja telah mengikuti siri drama 26 episodnya tetapi juga kepada insan yang bergelar manusia yang sedang menjalani kehidupan di dunia ini. Jalan manakah yang anda telah lalui sekarang bagi menuju ke suatu tempat yang abadi? Nur Kasih The Movie – Perjalanan Menuju Abadi…di pawagam 19 Mei ini.

Antara gambar behind the scenes yang meruntun jiwa

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie

Fizz Fairuz

Fizz Fairuz di Malam Gala Nur Kasih The Movie

Syafie Naswip

Syafie Naswip di Malam Gala Nur Kasih The Movie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1

Maxis Secure Lindungi Data & Peranti Pelanggan Maxis