in

Nur Kasih The Movie Kini Di Portal Tonton

NUR KASIH THE MOVIE KINI DI PORTAL TONTON

Filem terhebat tahun ini yang masih menjadi bualan ramai, “Nur Kasih The Movie’ kini boleh ditonton menerusi portal video pintar Tonton. Filem arahan Kabir Bhatia ini merupakan kesinambungan siri drama popular, Nur Kasih yang pernah mencatat sejumlah 19 juta penonton di kaca televisyen pada 2 tahun lalu.

Kemalangan ngeri di padang pasir Jordan menjadi permulaan kepada kisah menyayat hati dalam Nur Kasih The Movie. Kesedihan Aidil (Fizz Fairuz) kerana kematian Alia (Ayu Raudhah) menjadi beban penderitaan emosi dan batin. Manakala Adam (Remy Ishak) mendapat khabar gembira kerana Nur Amina (Tizz Zaqyah) telah mengandung. Namun amat malang sekali apabila Nur Amina keguguran selepas itu. Adam mula hilang pertimbangan dan berpaling dari ajaran Allah.

Kehadiran Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar. Pasangan Adam dan Nur Amina kemudiannya cuba mencari kedamaian di Jordan tetapi takdir menentukan mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat. Apakah nasib Adam dan Nur Amina selepas itu?

Menerusi laman web khas Tonton, pengguna berpeluang melayari galeri gambar, menonton ‘trailer’ dan interaksi bersama peminat filem ini menerusi aplikasi pautan laman sosial, Facebook. Semuanya secara eksklusif di www.tonton.com.my/nurkasihthemovie. Dengan bayaran RM10, pengguna dapat menikmati episod penuh filem terhebat tahun ini.

Poster Nur Kasih The Movie

Tentang Alt Media
Diasaskan tahun 2007, Alt Media merupakan sebuah syarikat digital dan media baru yang ditubuhkan untuk menerajui pembangunan jenama Media Prima dalam arena ini. Bidang kemahiran Alt Media meliputi strategi landasan, penciptaan dan rekaan kandungan, serta pembangunan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini terserlah dalam pembangunan dan pengurusan operasi dunia maya Media Prima khasnya, buat rangkaian TV dan radio yang sedia ada seperti TV3, NTV7, 8TV, TV9, Fly fm, Hot fm dan One fm. Alt Media juga bertanggungjawab ke atas penghasilan portal hiburan dan gaya hidup terunggul di Malaysia iaitu GUA.com.my serta portal muzik tersohor negara GUAMUZIK.com.my. Pada bulan Ogos 2010, Alt Media telah melancarkan Tonton, sebuah portal video pintar dan canggih dengan pemain video yang siap untuk paparan definisi tinggi (HD). Tonton juga membenarkan para pengguna untuk menyesuaikan sesi tontonan, memperibadikan senarai pilihan (playlists), menyusun kandungan video mengikut citarasa dan menampilkan pengalaman “TV Sosial” yang lengkap. Dalam usaha memberikan pengalaman yang menarik kepada para pengguna, Alt Media juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak kejutan baru di masa hadapan terdekat. Alt Media adalah anak syarikat yang dimiliki penuh oleh Media Prima Berhad, syarikat media integrasi terbesar Malaysia.

Facebook & Twitter: tontonMY

Tentang Tonton (www.tonton.com.my)
Tonton yang dilancarkan pada Ogos 2010 dibina menggunakan keunggulan platform pintar untuk pengalaman menonton video bertaraf dunia. Portal video ini merupakan gabungan ‘catch-up TV’ pelbagai saluran siaran televisyen yang bernaung di bawah kumpulan Media Prima Berhad bagi memudahkan penyampaian lebih kandungan interaktif dan peribadi kepada pasaran, memberi pulangan nilai tinggi kepada pengguna, pengiklan dan pelanggan serta meletakkan Media Prima sebagai peneraju dalam dunia digital. Selain menampilkan senarai kandungan tempatan daripada kesemua rangkaian stesen TV di bawah Media Prima, Tonton turut membawakan banyak filem hits Asia dan drama antarabangsa, program hiburan serta pelbagai filem menarik.

Ciri hebat Tonton terbina di atas platform media pintar yang mengabungkan maklumat demografik, pilihan peribadi pengguna, kontekstual, tempat dan maklumat peranti untuk kemudahan pengiklanan dan promosi kandungan video mengikut kegemaran individu. Teknologi terkini Tonton menjadi pilihan terbaik para pengiklan dan merupakan inovasi ulung dalam pemasaran media negara ini.

Facebook & Twitter: tontonMY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang DiGi Wwwow Awards

Miss Universe Malaysia 2011 National Costume by Amir Luqman