in , ,

Tahniah! Fazura Dilantik Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON

Tahniah buat pelakon dan selebriti terkenal, Nur Fazura Sharifuddin kerana beliau dilantik menjadi duta produk wangian terbaru dari AVON iaitu Herve Leger.

Sebenarnya, Nur Fazura dah menjadi duta kepada semua produk wangian Avon selama 2 tahun dan alhamdulilah, kontraknya masih disambung untuk tahun kedua. Tahniah dari Budiey. Baru-baru ini, Nur Fazura juga dilantik menjadi duta produk haruman mandian terbaru dari LUX, kali ini, pelakon ini dilantik pula jadi duta kepada produk wangian. Pastinya, Fazura akan harum dan wangi sentiasa. Tak gitu?

Herve Leger adalah haruman kolaborasi pertama dengan jenama fesyen ikonik, Herve Leger yang akan dilancarkan pada 16 Mac 2011. Haruman kayuan dan flora untuk wanita berkeyakinan dan menggoda ini boleh didapati dalam botol 50ml dengan harga RM109.00. Sabah & Sarawak RM125.35. Anda boleh beli perfume terbaru ini di wakil Avon, Butik Kecantikan Avon yang terdekat.

Nur Fazura duta Avon

Sebenarnya, Budiey tak diberitahu pun Nur Fazura akan hadir di pelancaran anjuran Avon ini. Namun, semasa memperkenalkan produk, nama beliau diumumkan sebagai kejutan kepada media yang hadir.

Menurut Fazura, sepatutnya beliau akan ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada malam ini tapi kerana ada masalah dengan visa, beliau terpaksa tangguhkan ke tarikh 28 Mac ini.

Namun, di sebalik haruman yang mewangi dengan kariernya yang semakin memuncak, Nur Fazura tak sunyi dipalit fitnah yang tak masuk akal, gossip liar dan cerita-cerita busuk yang direka oleh individu yang tak bertanggungjawab. Satu persatu tentang dunia privasi beliau dibongkar. Selain mengakui beliau tahu siapa yang menjadi dalang sebalik tersebarnya fitnah dan gosip itu, Nur Fazura tidak mahu membiarkan ianya memburukkan lagi keadaan.

Beliau akur apabila bergelar selebriti terkenal dan kini namanya semakin memuncak, paling tidak ada yang iri hati, berhati busuk dan dengki dengan kejayaan Fazura. Semua ini dianggap satu hikmah dan ujian dari Tuhan, dan Fazura begitu tabah untuk menghadapi segala cabaran hidup.

Yang penting baju yang dipakai Fazura ni, nampak sama dengan baju yang dipakai oleh model iklan perfume ni yang mana direka oleh pereka fesyen terkenal, Max Azria.

Nur Fazura duta Avon
Nur Fazura duta Avon
Nur Fazura duta Avon
Nur Fazura duta Avon
Nur Fazura duta Avon
Nur Fazura duta Avon
Nur Fazura duta Avon

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Avon Lancar Perfume Herve Leger Max Azria

Winner Samsung Apps Top Downloader Contest