in , ,

Ini Yang Berlaku Apabila NU’EST W Pertama Kali Jumpa Media Malaysia

Budiey nak ucapkan terima kasih kepada penganjur MacpiePro yang telah memberi kami peluang untuk bertemu NU’EST W sebelum Festival Muzik K-Wave 2 pada hari Sabtu lalu! Persidangan akhbar yang dihadiri oleh sebilangan media tempatan itu berlangsung di Hilton Kuala Lumpur di mana NU’EST menghabiskan masa sekitar 30 minit untuk menjawab beberapa soalan oleh emcee.

Korang boleh tonton video penuh sekitar sidang media bersama NU’EST W ni. Jangan lupa like, komen dan SHARE:

“Apa khabar, kami adalah NU’EST W” adalah bagaimana mereka menyambut kami pada pagi yang suram ini! Ia benar-benar membuatkan Budiey berasa lebih mesra sehangat mentari pagi dengan bercakap beberapa Bahasa Malaysia! Agituh. Setiap ahli bahkan menyediakan skrip peribadi untuk memperkenalkan diri mereka. Bagus mereka ni sebab ada effort.

Ini adalah kali pertama NU’EST W datang ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat dan mereka sentiasa teruja untuk mengecapi saat dan momen sebegini kerana peminat dari Malaysia memang supportive habis. Mereka berkata mereka berharap dapat bertemu peminat di Malaysia malam ini di festival muzik!

Selain itu, NU’EST W berkata ada sesuatu yang istimewa yang mereka persiapkan untuk peminat di Malaysia malam ini.

NU’EST W juga mengatakan bahawa mereka telah cukup merindui ‘Nasi Goreng’ dan ‘Satay’ dari Malaysia! Wah, makanan kegemaran kita samalah. Budiey pun suka satay. Mereka tidak sabar untuk meneroka makanan Malaysia yang lain selepas perayaan muzik malam ini!

Selesai sidang media, Budiey rasa tak sabar nak tengok persembahan kumpulan K-Pop ni, gempak ke tidak kan. Ramai yang kata, prestasi mereka malam itu cukup energetik dan ohsem.

Ini Yang Berlaku Apabila NU'EST W Pertama Kali Jumpa Media Malaysia

Ini Yang Berlaku Apabila NU'EST W Pertama Kali Jumpa Media Malaysia

Ini Yang Berlaku Apabila NU'EST W Pertama Kali Jumpa Media Malaysia

Ini Yang Berlaku Apabila NU'EST W Pertama Kali Jumpa Media Malaysia

Ini Yang Berlaku Apabila NU'EST W Pertama Kali Jumpa Media Malaysia

Ini Yang Berlaku Apabila NU'EST W Pertama Kali Jumpa Media Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekadar Menemani Isteri Bekerja, Ada Sebab Fattah Amin Enggan Ditemubual Media

Muzik Video Dua Lipa IDGAF Trending di Youtube