in ,

Nubhan & Mimie Haris Pengacara Baru INTREND

NUBHAN & MIMIE HARIS PENGACARA BARU INTREND MUSIM KETIGA DI TV2

Lebih segar dan lebih informasi. Program majalah berinformasi Intrend yang ditayangkan di saluran TV2 kini tampil dengan musim baru bersama pengacara dan olahan segmen-segmen yang pastinya memberi maklumat terkini untuk remaja. Fesyen, aktiviti seni, ulasan filem-filem baru, aktiviti artis dan remaja pilihan adalah antara segmen-segmen yang bakal disediakan musim ini.

Nubhan & Mimie Haris

Nubhan

Nubhan & Mimie Haris

Mimie Haris

Tampil mengacara musim baru Intrend yang dijangka bersiaran mulai 7 Ogos 2010, artis realiti yang popular dengan lagu Juwita iaitu Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan terpilih sebagai pengacara utama Intrend. Nubhan bakal digandingkan bersama Mimie (Norsyamimi Ahmad Harris) selain Ean (Mohd Sufianuramri Abd. Rahman) yang bertindak selaku hos di lokasi.

Penglibatan Nubhan dalam mengacara program Intrend kali ini dilihat lebih segar dan ceria memandangkan penampilannya sebagai artis remaja popular yang semakin meningkat kini. Personalitinya yang bersahaja bakal menceriakan rancangan majalah ini yang berfokuskan kepada gaya hidup remaja kini.

Selain aktif menyanyi, Mimie Haris juga turut terlibat dalam beberapa drama dan telemovie remaja yang sedang rancak disiarkan di kaca televisyen.

Topik yang berlainan dibawa oleh Intrend setiap minggu namun di ketengahkan dalam beberapa segmen tertentu. Intrend musim baru ini bakal disiarkan setiap Sabtu pada jam 3.30 petang di saluran TV2.

Dalam segmen Jom Santai penonton diajak berkongsi bersama aktiviti individu-individu pilihan seperti artis atau remaja yang sesuai dengan topik pilihan. Antara topik-topik bagi segmen Jom Santai musim baru, Intrend mengenengahkan aktiviti remaja beach boy, remaja penggemar kenderaan klasik, remaja yang aktif bermain sukan lasak selain turut membawa personaliti pereka fesyen muda tanahair.

Nubhan & Mimie Haris

Dalam segmen Jom Layan, Intrend mengenengahkan lagu-lagu dari muzik video pilihan penonton selain turut membawakan liputan pratonton filem-filem terkini di pawagam. Segmen ini juga membawa penonton informasi segalanya tentang dunia seni hiburan tanah air dari lagu-lagu baru, filem terkini sehingga pelancaran album oleh artis-artis dalam dan luar negara.

Berlainan dengan Jom Santai, segmen Jom Tengok memaparkan aktiviti atau kegiatan remaja yang berfokuskan secara berkumpulan. Segmen yang berkonsepkan santai ini mengenengahkan aktiviti-akktiviti persatuan, penuntut-penuntut universiti selain pengusaha-pengusaha muda. Antara topik dalam Jom Tengok adalah pengusaha butik remaja, pertunjukkan fesyen anjuran salah sebuah kolej di Kuala Lumpur.

Segmen Tips & Info pula bakal mengakhiri setiap episod Intrend dengan pelbagai info menarik sesuai dengan topik pilihan setiap minggu. Intrend musim lalu pernah dihoskan oleh Kish dan Izreen dan kini telah memasuki musim yang ketiga bersiaran menemui penonton.

Nubhan & Mimie Haris

Nubhan & Mimie Haris

Nubhan & Mimie Haris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azizah Mahzan & Ijoy dalam Drama Jalan Lain Ke Madinah

Jejak Rasul 16 Singkap Kekuatan Kaum Hawa