in

Novel Dendam Tulisan Datuk Dr Afiffudin Omar

Pada 26 Mei 2011 lalu, telah berlangsung Majlis Pelancaran Novel Dendam tulisan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Afiffudin Omar di Coffee House, Bukit Kiara Equestrian Club, Jalan Bukit Kiara, off Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

Novel yang mempunyai halaman 309 muka surat ini merupakan karya hasil nukilan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Afiffudin Omar dan sedar tak sedar ianya adalah karya beliau yang keempat selepas bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 2009. Antara karya yang pernah dihasilkan beliau termasuk Mujahid Agung dan Paradoks.

datuk afiffudin omar

Menurut Dr Afiffudin, novel itu ditulis berdasarkan pengalaman yang beliau kutip ketika beliau menjadi ahli politik dan ahli perniagaan satu ketika dahulu.

“Semuanya saya jadikan panduan untuk menggarap novel terbaru saya ini. Novel ini merupakan sebuah novel fiksyen dan watak-watak yang terdapat di dalamnya hanyalah rekaan semata-mata,” katanya pada majlis pelancaran novel Dendam di Pusat Ekusterian Bukit Kiara di sini, Rabu.

Afiffudin pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dari tahun 1995 sehingga 1999.

Dendam

Mengenai tajuk novel tersebut, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerang (2004-2008) ini mengakui pada awalnya beliau memilih tajuk, “Dialektika”. Namun disebabkan ia hendak dipasarkan dan mahu menarik perhatian pembaca, beliau akur apabila syarikat penerbitan tersebut menukarnya kepada Dendam.

Pada majlis tersebut, beliau turut diraikan dengan sambutan hari jadinya yang sepatutnya disambut pada Jumaat. Isterinya, Datin Wan Kalsum Wan Yusof serta anak-anaknya membuat kejutan dengan menyediakan pulut kuning serta redang daging kepada ayah mereka sebagai kejutan dan tanda penghargaan.

Novel Dendam, mengisahkan tentang seorang jutawan, Khalil Gibran yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi berdampingan dengannya kerana ingin mengikis kekayaannya.

Namun dia mula berubah dengan bersikap zalim apabila melihat kekejaman yang berlaku terhadap ayahnya. Bagaimanapun dia mula insaf apabila hatinya mengenal erti cinta dan kasih sayang.

Khalil mula berubah menjadi manusia baru. Adakah dia berjaya lari dari sifat lamanya atau dendam akan terus bertakhta?

Dapatkan novel Dendam di kedai buku MPH serta Popular untuk mengetahui pengakhiran konflik dalam kehidupan Khalil Gibran. Novel ini sudahpun berada di pasaran dan dijual dengan harga RM18 senaskah.

affifudinomar

Aturcara Majlis Pelancaran:
2:30 pm – Kehadiran tetamu dan pihak media & pemberian buku DENDAM
3:00 pm – Ucapan ringkas Amir Muhammad (pemilik Fixi)
3:05 pm – Ucapan ringkas Dato’ Affifudin Omar (penulis novel DENDAM)
3:10 pm – Sesi Soaljawab & Jamuan Ringan
4:00 pm – Bersurai

Sinopsis Novel Dendam:
DENDAM ialah novel terbaru terbitan Fixi, dan berkisar mengenai selok-belok dunia korporat di Malaysia.Watak utamanya Khalil Gibran ialah antara lelaki terkaya di Malaysia. Dia boleh memiliki apa (dan siapa) saja yang dia ingini. Tapi tak ramai tahu bahawa semangatnya untuk berjaya dihasilkan oleh DENDAM.

Biodata Penulis:
Dato’ Affifudin Omar lahir 1943 di Jitra. Pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra & Kolej Sultan Abdul Hamid dan kemudian Universiti Malaya (bidang Sains Pertanian) dan Universiti of Kentucky (Pembangunan Ekonomi dan Sosial). 1978, memperolehi Ph.D (Ekonomi-Politik) daripada Universiti Cornell. Pernah menjadi Ahli Parlimen Padang Terap 1986, Ahli MT UMNO 1993-6 dan Timbalan Menteri Kewangan (1994-8). Setelah bersara dari politik, dia mula menulis novel pada 2009. DENDAM ialah novelnya yang terbaru.

FIXI selaku Penerbit:
Fixi ialah label buku yang memberi tumpuan kepada novel-novel yang bersifat urban dan masakini. Sasarannya ialah untuk terbitkan satu novel setiap bulan. Pada April 2011, suatu MOU ditandatangani antara Fixi dengan Primeworks Studios, di mana setiap novel Fixi akan dinilai kesesuaiannya untuk diadaptasi ke medium filem atau telemovie di bawah label Lightbulb. Maklumat lanjut: http://fixi.com.my

FIXI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Ultimate New Zealand Action Hero

DIGI presents JED MADELA & NIKKI Promo Tour