in ,

Noryn Aziz Hamil Selepas Buat Terapi Akupuntur

Pada 1 Januari lalu, penyanyi Noryn Aziz disahkan hamil dan kandungannya kini hampir memasuki usia 5 bulan. Begitu pun, Noryn menyangkal dakwaan orang ramai yang mengatakan dia merancang kehamilan. Malah sejak mula mendirikan rumah tangga oada tahun 2010, pelbagai cara diikhtiar oleh mereka suami isteri.

Penyanyi Jazz popular itu menyifatkan berita kehamilannya sebagai satu hadiah tahun baru paling bermakna buat dirinya dan suaminya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja. Sekaligus menamatkan penantian selama 4 tahun buat pasangan suami isteri itu mahu menimang cahaya mata.

noryn aziz

Semasa hadir di sidang media Minggu Setiausaha ‘Secretaries Week @ PICC 2014’, di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Noryn berkata kepada media:

“Tepat 1 Januari saya dapat tahu yang saya hamil. Ala-ala hadiah tahun baru buat kami. Masa tu usia kandungan sudah 3 minggu. Saya memang inginkan anak sejak dari awal kahwin lagi. Sudah macam-macam saya ikhtiar untuk mengandung. Tahun ini saya dah 37 tahun. Semua perempuan mahukan anak dalam perkahwinan. Anak pelengkap rumah tangga.”

Tambah Noryn, beliau juga mendapat nasihat daripada teman baiknya Nurul Depp yang memberitau sikit sebanyak tips-tips sepanjang kehamilan.

“Penyanyi Nurul Depp banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang kehamilan yang pertama ini. Pelbagai cara diikhtiar bagi memudahkan dirinya hamil. Selain turut merujuk kepada rakan-rakan dia turut mendapatkan nasihat pakar. Dari mula kahwin saya cuba pelbagai cara. Termasuk melakukan pemeriksaan dalaman. Pada masa sama, Nurul Depp sarankan saya buat akupuntur. Rupanya saya kurang darah. Suami pun buat akupuntur sekali. Saya buat dalam masa 4 bulan dengan menggunakan kira-kira 30 jarum.”

Disebabkan ini kehamilannya yang pertama, Noryn mengakui berasa gementar apatah lagi hamil di usia yang agak lanjut. Namun beliau bersyukur tidak mengalami alahan yang terlalu teruk. Cuma beliau alah terhadap bau masakan. Malah di trimester pertama kehamilan beliau langsung tidak memasak di rumah.

“Dapur saya ‘tutup’ selama tiga bulan. Selam itu saya tak memasak. Saya tak boleh tahan dengan bau masakan. Saya cuma sediakan sarapan yang ringan untuk suami. Tapi sekarang dah ok. Saya sudah boleh masak macam biasa balik.”

Sementara itu, perkembangan terbaru, Noryn kini sedang aktif dalam bidang perniagaan. Pada Mei depan, beliau akan melancarkan produk kecantikan dan kesihatan, Delima Bella. Sementara pada 16 April ini, Noryn akan terlibat dengan malam minggu setiausaha menjadi artis undangan penyanyi Afgan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Malaysian Digest

noryn aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Jep Sepah Maki Peminat?

Krisdayanti Nyanyi Lagu Tribute Buat Tragedi MH370