Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Norman Hakim Dibuang Dari Drama Gerak Khas



Kesian sungguh pelakon Norman Hakim. Sudah jatuh ditimpa tangga. Akibat dari ditangkap khalwat bersama pelakon sensasi Memey, Norman Hakim telah menerima hukuman dibuang dari drama Gerak Khas arahan Yusuf Haslam. Sedangkan Abby Abadi telah diterima kembali dalam drama berepisod ini. Tahniah Abby. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya, kan?

“Tak patut timbul kata saya suruh Datuk Yusof Haslam keluarkan Norman dari Gerak Khas,” tegas aktres Abby Abadi apabila ada orang mengaitkan dirinya dengan penyingkiran suaminya, Norman Hakim dari drama bersiri Gerak Khas. Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 29, dia mendapat tawaran daripada pengarahnya, Datuk Yusof Haslam sebelum kes rumah tangganya dengan Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berantakan lagi.

“Saya dah tahu terlebih dahulu sebelum kes itu berlaku di mana Datuk Yusof nak masukkan saya semula ke dalam Gerak Khas pada awal tahun depan. Bagaimanapun, pengambaran drama tersebut dijangka bermula pada 26 Disember depan. Jadi, saya tiada kena-mengena dengan sebab Norman dikeluarkan. Kalau nak tahu, kena tanya Datuklah..,” jelas Abby ketika dihubungi hari ini.

Kata Abby, selain dia yang membawakan watak Asisten Supritendan Aleeza, Gerak Khas turut membawa masuk pelakon baru, Zul Ariffin selaku Inspektor Ashraf.

“Walaupun watak ASP Aris telah tiada, ini tidak bermakna Zul menggantikan Norman kerana dia akan membawakan watak yang baru. Zul merupakan antara pelakon baru dan mungkin sudah rezeki dia,” ujar Abby yang sudah berlakon dalam Gerak Khas selama sembilan tahun berturut-turut tanpa henti.

Tambah Abby, hubungan akrabnya dengan para pelakon dan krew Gerak Khas membuatkan dia setia dan teruja untuk berlakon dalam drama bertemakan dunia kepolisan dan penyiasatan ini.

“Banyak kenangan saya dengan Gerak Khas sama ada di depan kamera dan di belakang tabir. Bayangkan, hubungan saya dengan drama ini agak lama dan kami sentiasa rasa dekat seperti satu famili,” kata Abby yang sedang sibuk dengan pengambaran program Ceria-Ceria Ribena.

Kata Abby, mulai Disember depan, jadual kerjanya padat dengan pengambaran drama Hikayat Putera Shazlan, Kisah Yusof dan Jula-Juli Bintang Tiga. Apabila diajukan tentang perkembangan kes tuntutan cerainya, Abby berkata kes tersebut sedang diuruskan oleh peguamnya yang dikenali sebagai Syada.

“Ikutkan ramai juga peguam yang menghubungi saya untuk mengendali kes ini tetapi saya lebih suka memilih peguam wanita kerana hanya wanita yang memahami perasaan wanita. Peguam saya akan cuba dapatkan kerjasama dengan pihak MDH (syarikat Norman) agar kes ini lebih cepat diselesaikan,” tutur Abby.

Selain itu, Abby turut mengatakan Norman masih belum muncul di rumah dan menghubunginya sehingga sekarang. Dalam pada itu, sebuah akhbar tabloid tempatan melaporkan Pengarah Urusan Skop Production Datuk Yusof Haslam mengesahkan watak Norman tidak lagi dapat disaksikan penonton Gerak Khas mulai Februari depan.

“Memandangkan Abby akan masuk semula dalam Gerak Khas mulai Januari ini, Norman terpaksa direhatkan sebagai salah seorang pelakon. Saya buat keputusan ini untuk bagi ruang supaya semua pihak bertenang dan Norman boleh selesaikan masalah peribadinya sendiri dengan cara terbaik,” katanya.

Yusof juga tidak menafikan keputusan ini dibuat ada kaitan dengan insiden Norman ditangkap khalwat dengan aktres Memey Suhaiza pada 30 Oktober lalu. Kes tersebut dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga Abby dan Norman.

Pada 3 November lalu, Abby ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan penceraian, bagaimanapun dia gagal berbuat demikian kerana tidak menyediakan dokumen yang lengkap.

Selepas itu, pada hari yang sama, Abby menyerang Norman di lokasi pengambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk bersemuka dengan suaminya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Menerusi perkahwinan yang berusia enam tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd. Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 2 bulan lebih.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?
  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Eksklusif! Gambar Persandingan Norman Hakim & Nor Aliah Lee
  • Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey
  • Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah
  • Abby Failkan Tuntutan Cerai Kali Kedua
  • Ibu Norman Hakim Restui Hubungan Norman & Memey
  • Drama 8 Bulan
  • Gosip Norman Hakim dan Memey Akan Kahwin di Aidiladha Fitnah?
  • Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat



    • Mr

      NH direhatkan ke atau dibuang terus? Saya difahamkan dia direhatkan. Tak betul laporan ni kalau begitu!

      Skrip terbaru Gerak Khas bila NH dan AA berlakun bersama

      : scene dua orang itu bergaduh sebab watak NH nak selamatkan seorang gro yang telah ditangkap sebab kesihan sementara watak AA tak bersetuju

      - Watak NH – biar saya uruskan dia. Kesihan dia, nanti mak bapa dia malu
      - Watak AA – saya tak setuju —bla bla bka

    • nita

      huhhuuu..Norman awak ni nanti lebih kurang 10 tahun baru dapat angkat balik nama awak.sebab nya dulu awie pernah juagk curang ngan erra sebab dia skandal ngan arni dek kerana tak tertahan ngan tomahan dan hinaan masyarakat dia pun menyembunyikan diri sebab ramai orang tak suka ngan dia.baru2x ni jer awie famous balik..entah2x awak pun gitu jugak nanti..kalau tunggu 10 tahun berapa lama tu yer??masa ni umr norman berapa?hahhahaha..mesti dah tua kan??kekekekek
      buat memey pulak,mungkin lah ada orang ambil dia berlakon tapi ada ke yg tengok??lain lah kalau dia berlakon jadi perempuan jalang ke,langsuir ke..mungkinlah aku nak tengok tapi klu nak jdi watak yg baik..baik aku kentot kan jer…

    • izzati

      takde penerbit nak amik korang berlakon laa. penonton tengok muka ko rasa macam nak baling botol kat tv tu.

      hahhahaaaha aku suka. padan muka. 2 2 padan muka.

    • ummie cute

      Mmg patut pun Norman hakim d buang terus dr GK..berlakon jd inspektor tp reality mcm jebon…dah ada ank bini lg nak mengatai dgn betina sundal tu… tak sedaq diri dah tua… tp DK tua pun still nk yg muda…herm….

    • ustazah

      saturday ari tu …drama jgn tinggal daku lakonan NH…ustazah terus tutup tv3….menyampah ustazah nengok NH ni….kerna peelnyer…..w/pun bumi Allah ni luas…rejeki ada di mana-mana….mmg ustazah ngaku fobia ngan muka NH n Memeh….nih…terus shut down/off tv

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Sama la kita USTAZAH .. sblum ni Hnyb suka tgok drama kt tv3 stiap malam Sabtu, tpi Sbtu lpas Hnyb trus tkar channel .. hmm.. x fobia tpi jelek nk tgok muka NH. Juz wondering brapa rating drama tu Sbtu lpas..

    • june

      kata direhatkan untuk 3 bulan..ni dibuang plak..poning2…

    • kirana

      bkn la nk ttp piuk ns org tp org2 yg de mslh disiplin ni mmg kne ajr kit.klu x,dorg xserik.n yg len pn ikt sme..so rtiz len kne igt2 la,jgn dok sronok2 je tp lpe tggjwb yg len.mmg la rtiz 2 manusia biasa,tp kne la tnjk bnd yg baik kt masyarakat.jd xla masyarakat tdh rtiz sume prangai xsnonoh..

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      TTup priuk nasi apa klau slalu makan kt luar! (Haa.. mluas mksud tu!) Buang kt smua drama pun x pe .. hee.. sori ek kpd fanatik2 NH! :)

    • http://www.uttsb.uum.edu.my Jom Cuti-Cuti Malaysia

      nape la sampai kena buang si NH ni.. cian jugak kat dia kan.. normal la tu.. semua orang buat silap.. kita kan manusia.. hari ni kita kata kat orang.. nanti esok2 terbalik orang kata kat kita pulak..huhuuu..

    • safana

      betul lah…tp ini cr pasal sndiri…nape nk kesian???
      nnti dia makin suka lah…lgpun perbuatan dia tu memg salah pun di sisi islam…
      xkan lah xleh pikir baik buruk…
      bukanya umur 17…
      tp dh 30an dh….
      dh siap ada anak bini…

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      LU FIKIRLH SNDRI!!! ;)

    • violet

      cian…

    • http://syeira_0322@yahoo.com.my syeira

      padan muka……….sapew suruh menggatal dengan memey….memey tu tak tahu malu kew.pompuan murahan betul……………..

    • izzati

      memey ni banyak kena sumpah. malang hidupnya ramai mendoakan keburukan dia termasuklah aku hahahahhaaaa

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      pastu Memey jdi sesumpah! :)

    • eiyla comey

      hm bgs lar 2….br pdn muka.hehe..kali pertama mgkn kesilapan,kali kedua mgkn kebetulan….tp tiada lg kali ketiga…

    • ibu

      ape lerr ko nih memey…menggatal dgn laki org….
      sian kat abby…dh ler ngah pantang…hrp2 le sihat & baby pun memang comey…….

    • jerankung

      jadi sesumpah okla leh terbang

    • rose_aidawatiez

      SESUMPAH LEY TERBANG KE jeRANKUNG..Bukan ke blh tukar warna di sesuatu tmpat jer..klu betul kena buang,KESIAN2..NH tu..nnti nak sara bini baru cmne ehh?TERUTAMA..org cm momok tu…

    • gurlz

      hanya kerana seorang pompuan, ko tewas ngan life ko seniri….
      did u think dat she just give u a big problen in ur life????
      fikir2 kan la…

    • paloma perez

      syabas utk pak yusof sebab buka mata luas-luas…manusia mcm NH dan MS
      tidak boleh dijadikan contoh teladan melalui filem atau drama…..merugikan aje……memalukan penerbit, pengarah dan keluarga mereka……..
      lebih-lebih lagi drama yg berunsur kepolisian dan masyarakatan…
      Masyarakat pun tak de nafsu langsung nak tengok muka dia orang…lebih baik tukar channel……tak nak kasi contoh pada anak-anak…tak bagus..
      ramai lagi pelakon handalan yg prestasi bagus boleh dikeluarkan muka dia orang………..NH dan MS mesti dikeluarkan dari industri drama dan filem.
      TAHNIAH 100 kali utk ABBY ABADI……doa org yg teraniaya akan dikabulkan Allah…………..jagalah anak-anakmu dgn baik……dialah penghibur mu kini…
      ABBY mu lebih cantik dr MS jgn risau……..mu perfect……….i love u….

    • paloma perez

      o ya…si haiwan yg nama NH tu….sedar sedar lah diri mu….
      jgn ingat sedap mu punya ANU tu aje……….nanti kena siflis baru tau…

    • paloma perez

      si sundal MS tu….jgn dok perasan dah dpt laki org…second hand…
      felda lagi….issssss tak class langsung…buat malu orang felda jer…
      tui…
      kalu betul muka tu lawa sgt….tackle lah jutawan ke datok ke…..
      ini sampah masyarakat nak buat apee…….
      memang sesuai lah ko berdua dgn NH tu…….pompuan yg jahat dgn lelaki jht gak…..

    • http://www.yaoo.com.my BabyAllya

      padan muka ungka neh.

    • Sarah

      aduii.. apalahh nasib..
      siaan abby.. nh nii memang muka gatal punya..
      tak sedar diri. Nauzubillah.

    • gadis

      bgs lah norman dh d tndg kuar dr drma tue…
      mluat tgk mkanya….knp xambl acmizal skali….
      kn best tgk ac blkon jd polis….

    • MM Laxer

      ERMM..hai la nyawa..hai la badan…ha..ha..

    • aisyah

      norma sangguh awak buat abby macam itu.x ada hati perut.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK