Norman Hakim Cerai Abby Abadi Dengan Talak Satu
Finally… Norman Ceraikan Abby Talak Satu. Happy?
Akhirnya episod dramatik pergolakan rumahtangga Abby dan Norman diakhiri dengan perceraian. Namun, lepas ini adakah Norman katanya akan berkahwin dengan Memey Suhaiza? Semoga Norman dan Memey bahagia atas keruntuhan dan keremukan hati Abby.
Untuk wanita bergelar Abby, semoga dirimu tabah menghadapi dugaan hidup. Tutup buku lama, bukalah buku baru. Masa depan anak-anak yang penting sekarang ini. Semoga Abby bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih soleh dan bertanggungjawab yang dapat menjaga cinta dan kasih sayang.
Tags: Abby Abadi, Artis Bercerai, Norman Hakim
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Muhamad.
Semasa hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan, sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk memberi masa kepada Norman menenangkan diri.
Ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah, Norman mengakui beliau gagal mengawal perasaan semasa mula-mula hendak melafazkan talak.
“Bukan mudah saya nak lafazkan cerai kepada dia (Abby) kerana banyak perkara yang telah dilalui bersamanya. Saya teringat kembali di awal perkahwinan kami sehingga mempunyai anak-anak, semua ini membuatkan saya gagal mengawal emosi.
“Namun, Alhamdulillah, setelah saya berjaya menenangkan diri, baru saya dapat lafazkan talak kepada Abby,” kata Norman dalam nada sedih.
Biarpun sedih dengan perpisahan itu, Norman akur dengan ketentuan takdir dan Ilahi.
“Saya akur dengan ketentuan qada dan qadar. Semoga segalanya berjalan dengan baik selepas ini. Saya mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar, kehidupan dapat diteruskan seperti biasa dan anak-anak tetap dapat kasih sayang daripada bapa dia sendiri,” ujarnya.
Ditanya mengenai bagaimana hubungannya bersama Abby selepas berakhirnya rumah tangga mereka, Norman berkata, dia selalu mengharapkan terbaik untuk bekas isterinya itu.
“Kita mengharapkan segalanya yang terbaik. Kita ambil peluang sekali dalam kehidupan ini jadi kita tak nak memutuskan silaturrahim dan kita fikirkan masa depan untuk anak-anak,” katanya yang popular dalam drama bersiri Gerak Khas.
Sementara itu, Abby yang ditemui pemberita menyifatkan keputusan yang dicapai pada hari ini sebagai perkara yang terbaik untuk kedua belah pihak.
“Sebagai manusia saya maafkan dia (Norman), tapi saya tak berani janji saya boleh betul-betul baik dengan dia. Saya terpakSa ambil keputusan ini kerana Saya tak nampak ruang untuk kami berbaik semula selepas apa yang terjadi. Saya hanya berserah dan harap semua pihak termasuk peminat doakan saya dapat jaga anak saya dengan baik,” kata Abby yang pernah menganggotai kumpulan Elite.
Jelas Abby selepas penceraian ini dia mahu menumpukan perhatian kepada karier seni dan anak-anaknya dan melupakan kenangan pahit yang berlaku.
“Saya nak jadi orang baru. Saya nak ‘refresh’ balik apa yang ada dalam diri. Saya memang kena jadi orang baru dan kuat untuk lalui semua di masa akan datang,” ujarnya sayu.
Tegasnya, jika diberi peluang beliau tidak mahu semua pihak terus mensensasikan kisah rumah tangganya yang telah hancur.
“Kalau boleh saya tak nak diberi perhatian kepada cerita-cerita rumah tangga sebab saya berada dalam bidang ini untuk mencari rezeki,” katanya.
Ditanya mengenai hak penjagaan anak Abby berkata anak-anak masih berada di bawah penjagaannya.
“Tak timbul soal nak rebut anak-anak sebab mereka masih dengan saya dan saya tak ada halangan untuk dia (Norman) berjumpa dengan anak-anak. Tentang tuntutan nafkah dan sebagainya akan dibuat dan akan diuruskan oleh peguam syarie saya, Ahmad Nazib. Saya sendiri payah nak selesaikan masalah ini kerana saya susah nak berbincang dengan Norman,” ujar Abby yang juga ibu kepada Mohamad Danish Hakim, 5; Marissa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, 3 bulan.
Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang kedudukan sebenar hubungannya dengan pelakon baru Gerak Khas, Zul Ariffin pula, Abby berkata, hubungan mereka tidak ubah seperti ‘kawan baik’.
“Bagi dia ruang. Dia macam kawan baik saya. Dia datang hari ini pun sebab nak beri sokongan moral kepada saya sama macam Shasha dan Wan Norhafiza daripada kumpulan Elite dan saya rasa ini bukan satu isu yang perlu dibesar-besarkan,” katanya.
Ibu muda ini turut memberitahu, betapa beliau terkejut membaca ruangan gosip dalam sebuah akhbar baru-baru ini mengenai dirinya yang sedang kemurungan disebabkan masalah peribadinya berfoya-foya di pusat hiburan bersama teman lelaki barunya.
Tegas Abby, gambar gandingan mereka berdua yang disebarkan sebelum ini adalah perbuatan mereka yang punya niat tertentu.
“Saya tak rasa ia salah kalau kita ambil gambar dengan lelaki lain. Lagipun bukan saya sahaja semasa bergelar isteri orang ambil gambar dengan lelaki lain, tidak pula menjadi isu. Tapi bila saya kenapa ia dilihat macam pelik sangat.
“Saya rasa ia tak perlu diperbesarkan lagi. Bagi ruang kepada kami untuk mencari rezeki dalam bidang ini,” katanya.
Tambah Abby apa yang penting dia tahu menjaga batas perhubungannya dan dia tidak pernah minum arak serta tak pernah berfoya-foya seperti yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu.
“Pada saya apa yang ditimbulkan itu keterlaluan dan saya harap hentikanlah daripada menyebar fitnah. Lagipun apa yang diperkatakan itu tidak benar,” ujarnya.
Beliau pada masa yang sama berharap agar peminat di luar sana tidak salah sangka dengan apa yang berlaku kerana dia percaya ada pihak yang cuba menggeruhkan lagi keadaan.
Zul yang akan berlakon dalam Gerak Khas musim terbaru tiba perkarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi.
Turut hadir memberi sokongan moral kepada Abby adalah teman baiknya, Sasha bersama suaminya Salyo.
Hubungan Abby dengan pelakon kacak berkenaan semakin rancak diperkatakan apabila Zul turut berlakon dalam drama bersiri, Gerak Khas terbitan skop Production itu.
Zul yang ditemui di luar perkarangan mahkamah turut menafikan dia dan Abby mempunyai hubungan istimewa.
“Seperti yang diketahui umum hubungan saya dan dia (Abby) sebagai kawan. Dia banyak bantu saya dan lepas ini kami akan bekerjasama lagi,” ujarnya.
Ditanya adakah dia bersedia jika digosipkan dengan Abby selepas penceraian itu berlaku, Zul berkata:
“Itu saya tak tahu lah. Itu hanya gosip. Dan apabila masuk dalam bidang ini saya terpaksa lalui semua benda ini.”
Pada 5 Disember, Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.
Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.
Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3 November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.
Jelas beliau, Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.
Dalam permohonan itu, kata Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka suami isteri.
Abby yang baru menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang melanda.
Norman yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi kebahagiaan tiga orang anak mereka.
Rumah tangga pasangan artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal pagi 30 Oktober lalu.
Pada 3 November lalu, Abby dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap.
Sejurus selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, dua setengah bulan.
Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat. -mstaronline
KUALA LUMPUR: Pelakon, Norman Hakim sah bercerai talak satu dengan isterinya, Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini hari ini. Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkan penceraian itu antara Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, dengan Arbaeyah Abdul Manan, 31.
Norman menangis sewaktu hendak melafazkan cerai berkenaan dan terpaksa menenangkan diri selama 40 minit. – Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain yang berkaitan:












December 18th, 2008 at 1:36 pm
Pandainya norman berlakon dmahkamah
December 18th, 2008 at 1:46 pm
aku dh menyampah tgk drama lakonan norman ngan memey yg sebelum2 nie…
sampai bla la si memeh tu nak bersembunyi….dia kan artis….xpun aku rase dia dh letak jawatan jadi artis kot…hehhhehehehehe
December 18th, 2008 at 1:46 pm
terlerai la sudah rumahtangga abby & norman…hope hangpa dapat kendalikan anak-anak dengan profesional even hangpa dah sah bercerai…for norman, hang tak payah la nak teriak, semua benda yg berlaku dah Qada’ dan Qadar dari Tuhan…kalau hang teriak ayaq mata darah sekali pun takkan dapat merubah hati seseorang…itu la sebenaqnya hati seorang wanita, sekali terluka, selamanya terasa…wanita ni bukan boneka yg boleh diperkotak-katik…org akan pikiaq, kalau dah namanya wanita, of course wanita ni adalah kalangan insan yg lemah…tapi itu semua adalah statement yg salah…abby pun saya puji, baguih sebab dah bangkit dari semua yg berlaku…tak guna bersama kalau sefahaman dah takdak…for memey, hang jangan jadi pompuan atau lebih sedap bunyi lagi, wanita kalau hang tak faham hati wanita…wallahualam…
December 18th, 2008 at 1:49 pm
Pada abby semoga tabah, kuat semangat utk anak2 tersayang, we all selalu doakan yg terbaik utk abby, semoga norman akan terima balasan setimpal dari Nya, memey pun begitu juga
December 18th, 2008 at 1:57 pm
dah nama pun PELAKON.. anyway, utk abby, tabahkan hati, kuatkan semangat, jaga anak2 dan yg paling penting, jaga nama baik abby.. don’t let people look down on you..
December 18th, 2008 at 1:58 pm
nangis konon….dlm hati ketawa sbb bangga kata “pandai aku berlakon”…
December 18th, 2008 at 2:24 pm
utk abby smoga tabah & sabar dlm melalui kehidupan seharian mu
December 18th, 2008 at 2:27 pm
hehehehhe norman norman.. eloklaa buat perangai cam tuuu… buat abby moga tabah dalam menjalani hidup ini… buat norman terima ajelahhh pembalasan dari Allah jika kamu menganiayai si abby.
December 18th, 2008 at 2:43 pm
ka.abby..tabahkan hati ye.smg dpt bg pendidikan sempurna pada anak2 kelak.jg diri molek2.
December 18th, 2008 at 2:49 pm
harap abby kuat untuk anak-anak…tambahan untuk baby tu…saya doakan yang terbaik untuk abby
December 18th, 2008 at 2:49 pm
bukan ni kali ke 2 depa bercerai kan so talak ke 2 la ni
December 18th, 2008 at 2:53 pm
nape lak talak satu…talak dua la…kan ari tuy diorg dah bercerai….norman tuy sikit2 nangis…g umah memey tersenyum riang jer….bagus la diorg dah bercerai dari norman biarkan abby camtuy….to abby>>>semoga tabah demi anak2 dan diri anda….kami akan sentiasa mendoakan kebahagian abby….klu btl norman ngan memey pnh menyakitkan hati abby maafkan la mereka….kerana org yang memaafkan lbh tenang dan berkat hidupnyer nnt…
December 18th, 2008 at 3:15 pm
Nangis buat apanya?Masa nak buat maksiat guna kepala bawah,sepatutnya
gunalah kepala yang ada otak! Harap Abby selamat sejahtera dan jagalah
peribadi.Didik anak2 berlandaskan Islam sejati.Dan ingat glamor tu hanya atas atas dunia je.
December 18th, 2008 at 3:29 pm
norman…norman…lakonan ko…cemerlang norman..!!!
December 18th, 2008 at 3:34 pm
Menangis gembira sbnarnya tu…
December 18th, 2008 at 4:00 pm
sesal dahulu pendptn sesal kendian tk do guno nyer….tu lah lain kali guna kepala hotak jgn dok guno kepalo bawah tuh…….. gatal menghelor…apapun sabor jelah dh tersurat Jodoh setakat tu jer…. For ABBY semoga tabah dan kuatkan semangat…Sinar Bahagia menantimu… AMIN
December 18th, 2008 at 4:20 pm
Klau le ku jumpa/ nmpak NH tu nangis .. mau je ku kata ‘NH .. nangis ek .. Meh sini.. KOROK MUNG!!!!’ (smbil baling kasut ala Bush!)
December 18th, 2008 at 4:26 pm
dah musnah semuanya yer..wat abby..semoga tabah sebagai ibu tunggal..jgn sia2 kan anak2…hidup harus diteruskan…wat norman hmm takde apa ler..makin ligat lah skrg yer..
December 18th, 2008 at 6:30 pm
buat abby,tabahkan ati k…yg sudah2 tu sudahlah….
buat norman, wlu apapun yg dah berlaku, jgn sesekali abaikan anak2…
jgn ada dendam di hati… baik jgn ingat terus…
December 18th, 2008 at 7:19 pm
smoga abby tabah n kuatkn smangat..stp yg brlaku ada hikmahnya..mgkin akn dtg abby akn menemui kbhagiaan hdup dgn btemu jdoh yg lebih baik..bukan mcm c botak tu.
December 18th, 2008 at 7:34 pm
jangan terlalu menghukum Norman…aku tak nampak dengan jelas dia seorang lelaki yg jahat…cuba timbang & sukatkan situasi…abby..jgn terlalu menurut hati & perasaan…
December 18th, 2008 at 8:27 pm
Waduh Connie.. c botak mna lak tu?
Smoga Abby n anak2 tabah dlm mgharungi khidupan yg mndatang, insyaAllah ..
December 18th, 2008 at 8:32 pm
meluat dgn norman..dasar lelaki..menangis kononnnnnn, sedih mende? xyah pura2 ler, stu malaya tau ko tu penipu.. hepi yg btlnye tu, si memey kn tgh dok tgu nk jd bini bru dia..dasar pompuan murah, igt blh bgia ke ats kemusnahan rmh tga org lain..zaman skrg Tuhan byr cash tau..igt..buat abby, moga tabah, kuat semangat dn cekal..idup perlu di teruskan..
December 18th, 2008 at 8:52 pm
Bercerai juga akhirnya. Good for them but not for their childs.
December 18th, 2008 at 9:17 pm
seday gak dgr diaorg dh bercerai…nk wat cmner manusia merancang tapi tuhan yg menentukan.buat kak abby, tabahkn hati kuatkan semangat.
December 18th, 2008 at 9:26 pm
i hope you feminist pigs are happy. u get what you wanted!
December 18th, 2008 at 9:27 pm
and why the hell are people still blaming norman
abby wanted the divorce not him.. on that basis alone abby is responsible for this
December 18th, 2008 at 9:55 pm
Kpd Abby,tabahkan hati ye..kpd Norman dan Memey semoga berbahagia dan selamat pengantin baru…
December 18th, 2008 at 11:17 pm
Akhirnya..becerai jugak Abby n Nh..elok pun..dr simpan laki cam tu lebey baik hidup sendiri ngan ank2…hati pun tak sakit..n untk memey..smoga ko plak merasa apa yg Abby rasa..
December 18th, 2008 at 11:24 pm
it does’nt need a genius to figure out who’s guilty in this case.. ha3
abby you re not the one who’s cheating the marriage..the blame is not on you girl..
December 19th, 2008 at 12:21 am
bt abby,tabahkn ati..xgune simpan lelaki cm2..dia xlayak dapat pmpn sebaik abby..tuhan maha kaya,nant dia akan dapat jua blasannya..4 memey plak..u ni xsedar diri ker…memalukan kaum hawa jer..
kau pown pmpn gk sgup kau buat cm2…kang aku mintak kau pun cerai gn NH gk..talak tiga kuasa dua…i hate girl like you…
December 19th, 2008 at 12:41 am
hm…tamatlah sudh episod cnta luka ini…bebenarnyer aku ne ska sgt ms mula2 diorg kaqwen dlu.bg aku diorg nh psgn ideal…tp si NH lak pi wt pasai….2kali beb!!dun play2.first mgkn abby dpt mfkn ko sb aku phm ati pmpuan neh sng mfkn owg lg2 laki dia…tp awat la yg xda otak wt abby cm2?pd abby,tbhkn ati ank2 lbh pntg kerna xda gnti…laki blambak bla2 leh cr yg lbh bek dr si NH tue..
bg NH sanggupkah dikau membuang seorg wanita bgelar isteri yg dkenali btahun2 lmanya kerna seorg pmpun yg ko br knl xsmpai staon pn!stupid man ko ne!!!aku doakn sume stupid mcm ko ne cpt mampos dr dunia ne..
ko lak si memey yg xsdr diri…sanggup ko musnhkn kbhagiaan wanita len dn dicop PERAMPAS SUAMI ORANG. dsbkn lelaki mcm 2 sdgkn ko jgk pmpuan tau ak??aku grm sesgt cm nk tumbuk2 muka ko biar msk bt2..nsb ko dk jaoh.kalu adk aku prangai cmneh dh lma aku cncg2 sb nama wanita xhormat ati wanita len yg bgelar ibu….BODOH BTL KO NE!!!jd kt mak ko br pdn muka!!!dasr pmpuan sial tp wat gena kn nama pn budak g br umo doploh lom 21 thn.huh..p mampos ko ngn jntan tuh…adios…
December 19th, 2008 at 7:44 am
Biar la masing2 buat haluan sendiri..
Dh tertulis tu dh Qada & Qadar & tempoh berapa lama perkahwinan mereka yg dh di tentukan oleh Allah..biar la dieorg lakukan yg terbaik utk anak2 die org..
yg kita ni jgn dok mengeruhkan lg keadaan…wartawan pn sama..dlm dieorg kalut nk cerai..sibuk dok p heboh pasal gosip dgn Zul plak..Apa kejadahnya ni!!!!
Kita semua tak ubah mcm api dlm sekam!! (betul ker peribahansa ni…)
Jd kan diri kite sndiri..pastu org plak kata kt kite mcm2..baru nnti berakai kot!!! jgn sedap2 kita nk mengata kt keluarga org…jg keluarga kita & perbetul diri kita sndiri dulu…Perfect kah kita??
Sudah2 la nk salahkan Norman @ Abby & Memey…
Kita perbetukan diri kita semua dulu..
Wartawan pn susah2 la..bw mengucap sikit..stop la ngan gosip tu…biar keadaan dieorg reda dulu sblm nk gosip pn..tak cukup dgn nk fikir kes cerai ni..p tmbah dgn gosip tak faedah plak..
December 19th, 2008 at 7:46 am
ape jenis la si NH ni kan….. si MM tur msti happy kn… misi dh bjaya…
December 19th, 2008 at 8:08 am
wahai ‘erz’ sayang kami ni sume bukan nyer buzy body sgt… tp sekadar meluahkn ape yg terbuku di hati ni….. awk bleh la ckp cam tu coz may be awk n melaluinye lg… (harapnyer tidak la kn)
December 19th, 2008 at 8:10 am
norman menangis?dulu masa bercinta ngan memey kenapa tak pernah fikir tentang tu??sudahlah ko norman,sya mmg faham yang awak sayang kan anak2 awak,tapi saya juga yakin bahawa didalam hati awak juga menyintai memey.awak ni tamak dah lah abby seorang tak mampu nak jaga ada hati nak buat memey jadi madu abby.nasib baik dah cerai.syukur…tak jugak merana abby oleh norman…to memey syabas!!!!awak dah berjaya….(akhirat mau tau!!!)
December 19th, 2008 at 8:50 am
DAH TAKDE JODOH.. KALAU TERUSKAN JUGA TAK TAULAH MACAM MANA JADIK NYA NANTI.. BERSERAH KEPADA ALLAH..
December 19th, 2008 at 9:17 am
Norman menangis lagi…ahahha…hari tu kat masjid, lepas kena tangkap, menangis jugak. Tapi lepas tu siap pegu umah Memey lagi..
ni time lafaz talak pun menangis…udah-udah ler berlakon…
dah jadi cam podan hah..masa buat ngan memey, tak sedar pulak ada bini.
To abby…tabahkan hati. Teruskan hidup. Abby akan jumpa orang yang lagi baik dari Norman. Contoh Sheila Majid, bahagia jerr ngan Acis…
December 19th, 2008 at 9:56 am
pandainya norman berlakon….semga abby mendapat kebahgian dunia dan akhirat…kuatkan semangat untuk menghadapi semua ini…fikirlah demi masa depan anak2…
December 19th, 2008 at 9:57 am
Tabahkan hati dan kuatkan semangat ya Abby! Binalah kekuatan hati dan dekatkan diri dengan Allah. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk semua pihak krn setiap kejadian Allah ada hikmahnya. Jaga tingkah laku dan keperibadian diri seorang wanita kerana status anda sekarang akan menjadi perhatian semua pihak dan membuka ruang lebih luas untuk dijadikan bahan fitnah pihak yang tak bertanggungjawab dan manusia yang dengki dengan kebahagiaan orang lain.
December 19th, 2008 at 10:01 am
Norman menangis kelakarnya…aper dah jadi auu ker. Patut pun cerai. Ckp tak kenal memey..tup..tup kena tangkap khalwat..tuhan tu maha kaya. Ckp kul 3 pagi duk opis pasal hal kerja..bila kena tangkap berpeluh duk menyorok kat stor. Berpeluh takut + penat main kut…..hee..hee.. padan muka. ada akai tak nak pakai…n satu lagi ini mungkin takdir anggota elit yg SEIA N SEKATA…apa yg jadi akn jadi sama2…mana ada anggota ellit yg kawin sekali….untuk memey kau fikir dari skarang..klu kau kawin ngan norman nasib kau = abby…..adekepatut
December 19th, 2008 at 10:15 am
Astahgafirullah Alazim knapa jdi brcerai brai, kn ank yg ta brdusa jdi mangsa,ksian mreka dh kurng ksih syg dan perhatian dri ibubpa,dharap Abby akn dpat menjaga dn mendidik mreka dg baik demi msa dpan mreka,dan Norman pula jgn lh lupa bri nafkah mreka jgn biarkn Abby mnangung semua2nya kna lh brtulak ansor isteri mmang bekas p ank2 tk ada bekas ttp ank Norman juga. So good luck 2 kmu berdua bena lh hidup dng lebih baik….klu na cri isteri atau suami brhati2 lh x ini jgn dkmudian hari ada penyesalan sperti apa yg brlaku msa ni,,,,Utk MEMEY jauhi lh suami org jgn smpai trjadi x 2 pkara sprti ini,,,tak ada baiknya buruk 2 ada lh
December 19th, 2008 at 10:19 am
Memang padan muka si NORMANgkok ni. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah . pasni jangan sekadar wat solat hajat atau solat istikharah tapi wat solat taubat sekali .
December 19th, 2008 at 10:34 am
poyo je nangis2…ms wat keje mcm 2,asl xnangis lak?..nk org simpati?…xde maknenye…
December 19th, 2008 at 11:53 am
Yes akhirnya u bebas dr si hipokrit tu abby. Norman, jgn salahkan takdir atau qada dan qadar. kau yg gatal cari bende2 ni skrg nak salahkan takdir lak. klu cerai atau ada betina lain je slalu nak takdir semua manusia ni. excuse me manusia yg salah atas perbuatan masing2. tak de kena mengena dgn takdir. Allah bg akal dan otak utk fikir. kenapa masa kongkek dgn si memeng tu tak guna otak skrg nak nangis pura2 lak. go to hell u norman with bloody memey
December 19th, 2008 at 11:58 am
abby tambahlah hadapi dugaan ini.. sebagai wanita.. pasti tak lari dari dugaan.. tanpa suami kita wanita mampu berdiri..
December 19th, 2008 at 1:28 pm
NH nangis?? (sambil garuk2 kpala lutut.. Hahaha).. kan aku dh psn “Nomad, 2 3ari sblm g mahkamah jgn minum air..” Nk msk court pun aku psn lg.. “p kencing dlu. Ko 2 brlbh air dlm bdn” Tp ko ni mmg degìl, siut.. Dh seme org tgk air ko 2.. Aku dh byk kali ckp, “hold dlu air 2, tgu meyang.. Kasi tumpah sama dia”.. Ishk3x..
December 19th, 2008 at 1:30 pm
Menangis lg?? (sambil garuk2 kpala lutut.. Hahaha).. kan aku dh psn “Nomad, 2 3ari sblm g mahkamah jgn minum air..” Nk msk court pun aku psn lg.. “p kencing dlu. Ko 2 brlbh air dlm bdn” Tp ko ni mmg degìl, siut.. Dh seme org tgk air ko 2.. Aku dh byk kali ckp, “hold dlu air 2, tgu meyang.. Kasi tumpah sama dia”.. Ishk3x..
December 19th, 2008 at 1:41 pm
menyesal tak ada gunanya hari tua nanti kau akan menyesal jua bila tiba masanya krn tuahan itu maha adil dan mengetahui. Tak perlu kau menyesal lagi norman hakim. semua dah terlambat
December 19th, 2008 at 1:42 pm
menyesal tak ada gunanya hari tua nanti kau akan menyesal jua bila tiba masanya krn tuhan itu maha adil dan mengetahui. Tak perlu kau menyesal lagi norman hakim. semua dah terlambat
December 19th, 2008 at 1:57 pm
alhamdulillah….. akhirnya abby terlepas daripada menanggung seksa…
kepada kak abby,semoga tabah hadapi dugaan yg mendatang….
selalu la ingat TUHAN…. Kuatkan semangat…….
December 20th, 2008 at 10:03 am
Abby harungi hidup dengan penuh tabah jaga lah hati anak anak jangan lukai hati mereka w/pun hati mu telahpun dilukai…sememangnya lumrah dunia penuh pancaroba…..yang pentingnya kita….lalui lah hidup ini dengan kekuatan…kuatkan hati ……w/pun dugaan in terlalu perit untuk di terima & diharungai….tetapi ia adalah kenyataan yg sebenar benar nya…..jaga lah diri mu ABBY demi anak anak mu……masa depan mereka…TAHNIAH Norman mungkin ini yang dicari………so what….jgn berlakon semata mata padahal dalam hati ALLAH sahaja yg tahu……saya dapat merasakan apa yang ABBY rasa kan ketika dan saat ini……..ABBY binalah kekuatan diri dekatkan diri dengan ALLAH SWT sesungguhnya ALLAH itu maha pengasih lagi maha penyayang……berserahlah segala galanya kepada ALLAH…..jangan jadikan dirimu HAMBA keadaan……jauhkan dari segala Kejahatan & kemungkaransesungguhnya kekuatan ada pada kita sekiranya kita kuat untuk mengharunginya………KUAT ABBY………Tabahkan Hati……..dengan ujian dari ALLAH SWT……..sesunggunya ada kelebihan dri apa yang terjadi
December 21st, 2008 at 1:07 pm
moga norman dan abby mendapat jln yg bahagia selepas ini…….
December 22nd, 2008 at 9:49 am
kepada abby,semoga tabah mhadapi dugaan hidup.mungkin ada hikmah di sebaliknya.kepada norman n memey semoga berbahagia selalu…
December 22nd, 2008 at 7:29 pm
nanti rujuk la balik,, nti da sejuk leh la pujuk
org pompuan ni lembut hatiiiii
zul nak ambil kesempata…. syaitan da datangnnnnn
December 22nd, 2008 at 9:12 pm
nak buat macam mana….dah x de jodoh….tapi aku geram la dengan lelaki yang bernama NH ni….masa aku balik kg kat perlis baru2 ni, family2 ada cerita yang NH nie dah kawin dgn MM. Aku tercengang jg dengar cite ni… biar betul….katanye lagi, diaorang kawin kat Thailand. diaorg dah kawin sebelum diaorg kene tangkap khalwat. jadi…..masa kena tngkap 2, diaorg dah kawin la…..aby dah tahu….2 sbb dia mintak cerai….entahlah….kenapa la lelaki ni x cukup dengan 1. apa yang mereka cari sebenarnya…dah ada isteri, anak, apa lagi yang dia nak lagi…. sepatutnya bersyukur….ni tak, itulah lumrah manusia. x puas dengan apa yang kite ada…beringatlah wahai MM… esk lusa kalau NH buat kat ko mcm dia buat kay aby, menangis pun x guna dah…sebab ko pernah rampas hak orang…
KALAU ALLAH NAK TUNJUK, SEKEJAP JE…..
untuk Aby, ingatlah nasihat ibu saya nie….
BIAR ORANG BUAT KITE, JANGAN KITE BUAT ORANG…..
December 22nd, 2008 at 9:35 pm
Hati org pompuan zaman sekarang.. tak same cm dulu..blh pujuk sesuka hati..biar mereka dgn kehidupan masing2..yg pastinyee..memey momok tu terloncat2 kesukaan seperti kera sumbang..puas hati dia dapat runtuhkan masjid..dan menyalahkan takdir diatas ape yg berlaku…tahniah wat NH tu yg ko nak kan..
December 23rd, 2008 at 3:31 pm
Lagu Abby buat Norman
JALAN TERAKHIR
Tak perlu kau memujuk diri ku lagi
Tak perlu kau meyakini hati ini
Biarkan pergi semua
Keindahan dulu
Peritnya luka yang mengguris kalbu
Sekalipun segala janji dimungkiri
Hakikat ini harus kita hadapi
Tak perlu kau memujuk diri ku lagi
Tak perlu kau meyakini hati ini lagi
Usaikan segala keresahan jiwa
Kita tak mampu
Membina Mahligai bahagia
Mengapakah kita bertemu
Jalan yang terakhir
Sedangkan ku mendambakan
Kau selamanya
Apa yang telah terjadi
Tak usahlah kita menyesali
Kerna ianya adalah
Suratan takdir
Apa yang telah terjadi
Penting untuk kita memahami
Jalan yang ada kini hanyalah
Perpisahan buat kita
Cukuplah engkau sebagai
Kesilapan yang tak akan berulang kembali
December 23rd, 2008 at 5:39 pm
Eh..betui ke da kawen sebelum kena tangkap…kesian Abby..patut la ade toto,selimut tilam bantal kat opis..astaga..NORMAN2..
December 23rd, 2008 at 5:42 pm
NORMAN ni tak cukup 1 rupanyee..nape la tak ngelak dri digoda memey momok tu..pompuan gataiii..patutla..snggup mempertahankan jiwa dan raga..takut sgt c momok tu majuk..nyampah..benci..dpt laki cm ni siap ko aku gulai peabihh………
January 5th, 2009 at 10:07 pm
NORMAN U ARE SUCH A LOSER.VERY WEAK MAN. TAK BERSYUKUR PUNYA ANAK2 dan isteri yg lawa n setia. 4 memey u r such bitchy…awak pun pompankan. kalau norman ble buat kat abby, awak pun tak mustahil.
January 5th, 2009 at 10:23 pm
masalah kak aby dan abg norman ada di tangan sy. sy tgl at shah alam.
January 5th, 2009 at 10:30 pm
hanya lakonan dunia je la. kita dah nak menuju ke akhirat, mana mana pengarah tu resig je la.bawa duit pegi haji.amin for abg norman n k. abby. semoga kekal hgga akhir hayat ……….azie
January 5th, 2009 at 10:33 pm
dkt je rumah sy dkt belakang uitm sksyn 7.kedai mamak 4 penjuru. rumah sy betul 2 tepi restoran jayati ikhlas hamba allah nak tolong, relied my family also
January 7th, 2009 at 5:11 pm
Norman, ko mmg laki yg xbole pakai…..bontot ayam betui..Ko akan terima balasannya xlama lg…renung2 kanlah..Memey,pompuan gatai…mampos jea lea
January 21st, 2009 at 9:25 am
eee mmg benci tengok muka NH dan MS…..elok kalu di gam dr siarkan
cerita mereka yg tak de faedah…buang karan aje…byk lagi masalah
negara yg kena fikirkan oleh masyarakat….buang masa tengok perkara
ini diperbesarkan…..media pls patut patut ler…
mohon supaya tiada filem atau drama yang ada muka NH dan juga MS…
merugikan penerbit ajo….tak kuasa nak nonton kalu muka dia ada..buat jatuhkan ranking je….utk Sister Abby ku sayang……tabahkan hati…ada hikmat disebalik kejadian ini…..akan ada mentari yg akan menyinar mu esok hari…..byk kan doa dan luahkan segala masalah mu kpd Allah SWT….
dialah tempat kita memohon pertolongan……….amin….
February 9th, 2009 at 10:52 am
bodo betul la korang nie.rumah tangga orang lantak diorang la.yang korang sibuk dok bagi komen tue pehal????korang nie pun nak jaga tepi kain orang juga.lantak la…..nak jadi ape pun kat rumah tangga orang.jangan menyibuk!!!
February 9th, 2009 at 5:31 pm
ape punye jenis org la mm 2.bangga sebab hancurkn rmh tgga org lain.yang norman plak lupe diri,ade mini baik nk cr lain,kpd kak abby,semoga tabah mengharungi hidup.tuhan akn ganti yang lebih baik lagi,kami sume saaaaayaaang kak abby.salamm
April 13th, 2009 at 5:41 pm
jantan semua sama jer xada yg betul2 setia
April 13th, 2009 at 5:42 pm
apa yg jd jangan salahkan takdir kerana ita yg mencipta takdir untuk dr kita sendiri kepada janta2 d luar sana insaflah