in ,

Nora Danish Pernah Sengaja Ponteng Puasa?

Pelakon Nora Danish mendedahkan dia sendiri pernah ponteng puasa dengan sengaja. Tetapi bukanlah masa sekarang ni. Itu cerita semasa Nora Danish masih kecil, masa baru-baru hendak belajar berpuasa. Perkara itu dijadikan pengajaran dan kata Nora bila dikenangkan kembali, ia menjadi nostalgia manis dalam hidupnya.

“Waktu kecil dulu, pernah juga ponteng puasa. Biasa lah tu kan… depan mak kita cakap kita puasa. Tapi bila mak tak nampak, kita curi-curi minum (gelak).”

[dropcap]B[/dropcap]eralih tentang perkembangan kerjaya, Nora berkata sepanjang bulan puasa ini dia masih tetap menjalani rutin seperti biasa. Namun dia cuba mengurangkan jadual seni kerana mahu menumpukan perhatian pada ibadah sekaligus mendapatkan keberkatan bulan Ramadan.

Di samping itu kata Nora, dia mahu bersama-sama anak tunggal kesayangannya, Rayqal lebih mendekatkan diri dengan ibadah sembahyang terawih dan amalan seperti mengaji Al-Quran. Begitu pun Nora belum lagi mengalakkan puteranya itu berpuasa memandangkan Rayqal baru berusia empat tahun.

“Tahun ni saya belum galakkan dia berpuasa sebab dia kecil lagi. InsyaAllah, tunggu dia besar sikit. Kalau ikutkan pun sebenarnya Rayqal bukan lah seorang yang pemakan. Dia lebih banyak minum susu. Kalau makan, dia memang kurang. Tapi dalam bulan ramadan ni saya ambil peluang bersama-sama dengan dia, mengaji dan pergi terawih. Pelahan-lahan saya didik dia dan bagi dia biasakan diri dulu.”

Dalam pada itu Nora berkata dia tumpang gembira bilamana mendengar Rayqal berkata “dia mempunyai tiga buah rumah”. Kata Nora, anaknya itu cukup bahagia dengan kehidupannya.

“Rayqal, dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Dia cakap pada saya, yang dia ada tiga rumah iaitu rumah saya, rumah ayahnya (Jejai) dan rumah datuknya (bapa Jejai).”

Perkembangan lain, Nora yang juga merupakan duta Seindah Ramadan TV3 akan sama-sama menjayakan aktiviti Bazaar Seindah Ramadan di Johor Baru pada 13 Julai dan di Kedah pada 27 Julai ini.

Selain itu, dia juga bakal muncul menerusi telemovie khas Aidilfitri, Ijab dan Qabul pada Syawal nanti. Drama yang bakal bersiaran di TV3 itu turut menampilkan pelakon hebat seperti Adi Putra dan Fouziah Gous. Sumber: Malaysian Digest

Nora Danish di Bazar Seindah Ramadan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zed Zaidi Kata Ezany Nizariff Tidak Kenang Budi

Betul Ke Iqram Dinzly Makan Hati Fouziah Gous Bertunang?