in

Nora Danish Kini Dilantik Duta Fruitale FairWhite UV

[dropcap]B[/dropcap]uah-buahan telah digunakan sebagai ramuan kecantikan tradisional selama beribu-ribu tahun kerana keberkesanannya. Kebaikan buah-buahan sebagai bahan kosmetik berpunca daripada anti-oksidan, vitamin dan asid amino yang menyuburkan, menghidrat, menghalusi dan memutihkan kulit secara semulajadi.

Fruitale_002

Kini Fruitale, jenama sabun kecantikan terkemuka di Malaysia, memperluaskan rangkaian produk penjagaan dirinya dengan produk yang mengandungi bahan organik yang memelihara kulit termasuk 100% ekstrak organik Lemon dan Anggur yang mempunyai antioksidan yang mampu memerangi radikal bebas dan memulihkan kesan kerosakan kulit.

[pullquote align=”right”]Fruitale FairWhite UV Umum Rangkaian Krim Mandian, Artis Malaysia Nora Danish sebagai Duta Jenama Pertama[/pullquote]

Memperkenalkan krim mandian Fruitale pertama yang menggunakan ramuan kecantikan semulajadi kompleks pelembap BioWhite Triple yang unik, dengan khasiat susu yogurt yang kaya dengan vitamin A, B1, B2, B5, B6 dan ekstrak buah-buahan Lemon dan Anggur yang 100% organik, ia menghidrat, memulihkan dan melindungi untuk kulit yang lebih lembut, licin, indah dan halus. Ia juga mengandungi gliserin bagi mengekalkan kelembapan kulit.

[pullquote]Rangkaian sabun jenama Fruitale juga kini didatangkan dalam formula baru.[/pullquote]

Pengalaman mandian Fruitale yang begitu menyegarkan jelas terpancar setiap kali anda mandi daripada aromanya yang ceria dan buih yang banyak hingga ke kelembapan yang kaya dan wangian yang berkekalan selepas mandi, dipadankan pula dengan peknya yang menarik.

Barisan Krim Mandian Fruitale didatangkan dalam empat varian: Radiant iaitu campuran beri yang wangi; Refresh iaitu wangian epal hijau yang lembut dan segar, Revive yang penuh nikmat sitrus; dan Whitens yang melimpah dengan haruman eksotik dan berkrim avokado, durian Belanda dan buah naga.

Krim mandian dan sabun Fruitale disahkan halal dan selamat untuk digunakan oleh umat Islam.

Pengurus Besar Produk Penjagaan Rumah & Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Encik Francis Ng kata:

“Fruitale dihasilkan untuk golongan muda dan mereka yang berjiwa muda yang tahu apa yang mereka inginkan dalam krim mandian dan sabun. Mereka akan memberi tumpuan kepada kualiti dan nilai, selektif tentang faedah produk, penampilan, wangian dan yang paling penting, bahan-bahan berkhasiat yang melembapkan dan memelihara kulit.”

“Sambutan yang positif dan berterusan terhadap pelbagai sabun Fruitale mendorong kami memperkenalkan rangkaian krim mandian kerana para pelanggan kami telah lama menggunakan jenama ini dan bersedia untuk mencuba rangkaian baru yang berkualiti dari jenama kegemaran mereka. Kami percaya bahawa krim mandian Fruitale akan mendapat sambutan baik kerana ia adalah inovatif, menyeronokkan dan penuh dengan ekstrak buah-buahan yang 100% organik serta pelembap BioWhite Triple kami yang inovatif dengan manfaat tambahan susu yogurt. Buat masa ini, belum ada krim mandian lain di pasaran yang mampu menandingi harga kami, dan pengguna yang bijak akan menyedari perkara ini dan memilih Fruitale.”

“Trend global dalam kecantikan adalah ke arah produk organik yang bermanfaat untuk kulit dan menimbulkan rasa segar, dengan aroma yang menyeronokkan. Fruitale mendahului pasaran dengan pengenalan rangkaian krim mandian baru kami yang menggabungkan ekstrak buah-buahan yang 100% organik dengan wangian buah-buahan. Pengguna yang arif akan menghargainya.”

Diperkaya dengan pelembap BioWhite Triple dan Ekstrak Buah 100% Organik untuk Kulit lebih Lembut, Licin dan lebih Cantik secara Semulajadi

Jenama ini juga buat pertama kali melantik seorang duta jenama iaitu pelakon, model dan hos televisyen, Nora Danish.

“Kami berbesar hati mengumumkan Nora Danish sebagai duta jenama kami. Personaliti beliau yang mesra, ceria dan penuh keremajaan sesuai dengan imej Fruitale yang cantik dan muda remaja. Imej positif beliau sebagai seorang wanita muda yang berbakat, boleh berdikari dan bersemangat kuat dengan kerjaya yang semakin meningkat dan mempunyai ramai peminat di platform media sosial menjadikan beliau sebagai idola sanjungan yang boleh dicontohi oleh pengguna Fruitale. Beliau seorang yang menggabungkan kecantikan dengan keupayaan dan semangat yang kuat, sama seperti Fruitale.”

Nora Danish membuat penampilan yang hebat di pelancaran krim mandian Fruitale yang penuh bertenaga dan menyeronokkan di Hypermarket Mydin di Subang, baru-baru ini.

“Saya sukakan aroma epal hijau yang segar. Krim mandian Refresh Fruitale seolah-olah menyanyi kepada saya. Wangiannya begitu indah dan memberikan saya sentakan kebahagiaan di pagi hari. Ia adalah krim mandian kegemaran saya.”

Nora Danish dikenali dengan kulitnya yang kelihatan lembut berembun tetapi beliau mengaku mempunyai kulit kering yang memerlukan kelembapan.

“Saya mempunyai kulit yang sangat kusam dan kebanyakan sabun dan krim mandian memburukkan lagi masalah tersebut. Saya memilih Fruitale Whitens kerana saya sukakan aroma semulajadi gabungan avokado, durian Belanda dan buah naga dan saya inginkan kulit yang lebih berseri. Selepas menggunakannya buat kali pertama, saya terkejut bagaimana ia meningkatkan seri kulit saya. Nilainya begitu baik sekali dan mempunyai aroma yang lembut tetapi berkekalan. Saya menggunakannya sebagai pelembab.”

Kelebihan Buah Ekstrak 100% Organik
Semua orang tahu bahawa buah-buahan adalah baik untuk dimakan tetapi ekstrak buah-buahan 100% organik, secara semulajadi mengandungi elemen antioksidan. Produk Fruitale merupakan antara rangkaian penjagaan peribadi dan kecantikan yang mengandungi ekstrak buah-buahan 100% organik dengan antioksidan untuk perlindungan kulit dan boleh digunakan dengan selamat kerana hanya buah-buahan yang berkualiti dan bebas bahan kimia sahaja digunakan.

Antioksidan merupakan komponen kritikal dalam rutin anti-penuaan kerana ia menggalakkan keupayaan kulit untuk melindungi dan menyembuhkan diri dengan cara melindunginya daripada kesan radikal bebas seperti kulit kasar, kedut, bintik umur dan kehilangan keanjalan yang boleh membinasakan kulit.

Fruitale_001

Walau bagaimanapun, tidak memadai sekadar mendapatkan antioksidan menerusi diet. Kandungan antioksidan dalam rangkaian sabun Fruitale dan krim mandian juga dapat menggalakkan kulit anda kelihatan muda, lebih sihat, licin dan lembut.

Pelembap BioWhite Triple
Kompleks pelembap inovatif BioWhite Triple menghidrat, melindungi dan mengembalikan kecantikan kulit dengan vitamin A, B1, B2, B5, B6 dan protein susu. Vitamin A melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan memberikan seri wajah. Vitamin B dalam Pelembap Fruitale BioWhite Triple meningkatkan seri kulit. Protein susu dalam kompleks ini melembapkan dan menyihatkan kulit demi kulit yang berseri.

Harga dan Ketersediaan
Rangkaian baru sabun kecantikan Fruitale yang diperkaya dengan ekstrak buah-buahan 100% organik dan susu yogurt boleh didapati di seluruh negara pada harga RM2.65 untuk setiap pek sabun 3x80gm. Didatangkan dalam tujuh aroma buah yang menyeronokkan, terdapat satu sabun Fruitale bagi setiap hari dalam seminggu. Rangkaian baru krim mandian kecantikan Fruitale diperkaya dengan ekstrak buah-buahan 100% organik dan susu yogurt boleh didapati seluruh negara pada harga RM 9.90 sebotol 1000ml dalam empat varian menggiurkan iaitu Revive, Refresh, Radiant dan Whitens.

Sertai komuniti Fruitale dengan cara ‘Like’ halaman Fruitale di www.facebook.com/Fruitale.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Magic di Saluran Pelangi

Jom Rebut Wang Ganjaran RM2Juta dalam Program GIGIH