Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Nora Danish & Fasha Sandha Bergaduh Di Lokasi Spa Qistina

Khusus untuk peminat Nora Danish yang beria-ia sangat suruh Budiey letak video masa Nora Danish catwalk kat Pelancaran Mifa2009 hari tu.

Nah, ini dia.

Nora Danish mulanya kelihatan berjalan berdua-duaan dengan seorang model cantik. Kiranya diorang ni bersahabat baik. Kemudian datang seorang jejaka yang tak kurang tampannya telah melamar Nora Danish untuk dijadikan permaisuri. Siap letak crown lagi kat kepala Nora. Mmm….

Itu dia unsur persahabatan dan percintaan yang digabungkan dalam satu persembahan fesyen!

Cakap pasal Nora Danish, ada kontroversi terbaru telah berlaku di mana ada dua percanggahan sumber yang menjadi alasan mengapa Nora Danish mengundur diri untuk berlakon drama Spa Qistina, iaitu:

  1. Dalam Harian Metro, Nora Danish kata, dia mengundur diri sebab ada pertindihan jadual Spa Qistina dengan filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2.
  2. Mengikut sumber produksi drama itu pula, Nora Danish telah bergaduh dengan Fasha Sandha di lokasi pengambaran drama Spa Qistina. Akibat dari pergaduhan itulah, Nora Danish tak nak berlakon drama tu.

Mengapa dan bagaimana pergaduhan ini berlaku?

Kita baca artikel ini:

Nampaknya kebenaran pengunduran Nora Danish dari drama ‘Spa Qistina’ terbongkar apabila pihak penerbit sendiri, Global Station Sdn Bhd dikatakan enggan lagi ‘cover’ untuk pelakon comel itu.

Ingat lagi laporan Harian Metro Ahad lalu, di mana Nora memaklumkan pengundurannya dari ‘Spa Qistina’ adalah kerana pertindihan jadual ‘Spa Qistina’ dan filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2′, akibat perubahan jadual ‘Spa Qistina’? Malah perkara itu diakui juga oleh penerbit Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang turut menafikan semua cakap-cakap bahawa Nora tidak profesional dan mempunyai masalah disiplin.

Tetapi apabila Fasha Sandha mula dituduh sebagai punca pengunduran Nora – cerita awalnya, Fasha dikatakan telah tiba-tiba hadir di set ketika Nora sedang melakukan penggambaran, menyebabkan pergaduhan di antara mereka, malah siap ada adegan tarik-tarik rambut lagi – pihak penerbit, dari cerita yang disampaikan, terpaksa tampil ke depan untuk mendedahkan perkara sebenar.

Kisahnya begini. Nora mengamuk apabila mendapat tahu Fasha telah tiba di set lebih awal dari dijadualkan untuk membuat persiapan bagi ’scene’-nya. Puas kru produksi memujuk tetapi kemarahan Nora tak juga reda. Akhirnya, Nora meninggalkan lokasi tanpa bertembung langsung dengan Fasha. Ekoran insiden itu, diputuskannya untuk mengundurkan diri dari produksi ‘Spa Qistina’.

GUA juga dimaklumkan, apabila berita pengunduran Nora dari ‘Spa Qistina’ dihebohkan, seorang teman artis melalui Twitter telah bertanyakan kesahihan perkara itu. Nora bukan saja mengiyakan berita itu tetapi juga berkongsi keputusannya adalah kerana ’self pride’.

“Katanya lagi ‘no guts no glory’,” dedah sumber GUA. Bila GUA cuba mencari entri itu, tidak dijumpai.

Tempat Nora kini akan diambil alih oleh Ummi Nazeera.

Dan pada mereka yang tersilap menyalahkan Fasha atas apa yang berlaku, rupa-rupanya dia tak bersalah. [sumber]

Tapi harapnya Nora Danish bersabarlah dengan apa yang berlaku… jadikannya sebagai pengajaran.

Tags: , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fasha Sandha Perampas Suami Nora Danish?
  • Gambar Nora Danish Di Pertunjukkan Fesyen Arabian Nite ASK2009
  • Quotes of the Day: Saya Tidak Kisah – Fasha Sandha
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Mawi Pergi Show di Terengganu Naik Helikopter?
  • Photo of the Day: Manjanya Fasha Sandha Eh Yang Anggun
  • Nora Danish & Ijoy Pemenang Pakaian Paling Glamour ABP 2007
  • Fasha Sandha dan Kerusi Rehat di Lokasi Drama Kontrak Cinta
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Gambar Eksklusif Fasha Sandha di Lokasi Pengambaran Drama KEHANGATAN LANTANA



  • 20 Komen untuk entri “Nora Danish & Fasha Sandha Bergaduh Di Lokasi Spa Qistina”

    1. vouge... kata:

      seksa nya nora….adoiai…kalu terlondeh tu, habis..free show teruz.huhu…mesti ramai yg kat bawah tu terliur…meleleh2 air liur..tgk peha nora yg gebu tu..

    2. renzzz kata:

      alaaa… penonton tu kalo stakat tgk peha jak tak da makna nyerrrr.. dah biasa la dorg tgk …

    3. ABCPlus kata:

      Asyik fesyen tak cukup kain jer , cantik tapi sayang seksi……

    4. ms. pink kata:

      0f c0z larh byar seksi y pnting cute!!! HUhuu . . qamu chemburu k0t?? c_bab awek qamu x seksi!!huhu . .

    5. DEARzaty kata:

      wooo… !! damn hot larh nora danish.. :)
      even.. dah ade anak pon.. still maintain body lorhh… !!
      hot mummy larhh… :)

    6. kulat kata:

      kiamat makin hampir……………………gitula rupanya…..

    7. kulat kata:

      video masa ct catwalk takderker budiey………al maklumlakan……gmbr ct puntakderpun, selalunya budieyla org pertama tepek gmbr ct kat cni, kalini takder plk…naper ek………

    8. ady kata:

      nora danish, tak elok bergaduh kerana lelaki..

      aku ni masih bujang lagi…

      kalau kau nak dgn aku pasti aku menyambutmu dgn sepuluh jari..

      lelaki bkn seorang….bak kata orang.. kumbang bkn seekor..

      jadi fikir2kan lah nora

    9. bye.. kata:

      ummi nazeera pun best gak..

    10. lia kata:

      kalo i la jadi nora danish…si fasha mesti kena juga!!! i support u nora yang comei…ala si jejai pun bukan handsome mana pun..

    11. DAMIA ZARA SAFIYYAH kata:

      Comel apa nora danish..i like her..

    12. radd kata:

      nape si fasha dtg awal sgt…kan dah ade jadual..

    13. laobe kata:

      ummi nazeera lagi best!

    14. adekepatut kata:

      menyampah pula tengok nora ni berkemban

    15. selangor2udotcom kata:

      cun plak nora dalam video tuh….nora oh nora

    16. ah loy kata:

      waaaaaaa…cute… hot mom…

    17. dyle kata:

      ader saper2 tahu tak per tajuk lagu background maser nora tgh catwalk?best lah!!budiey th x?suker r lagu tue

    18. hamitaF kata:

      to Nora Danish yg CUN and COMEL + CUTE + SGT CANTIK!!!!
      mmg ah klo diikotkan keseksian tu, saya pon x suke…tp, klo diikutkan kes Nora dgn FASHA SANDA yang terrrrrrsangatlah gedik n gile jantan tu, saya salute dgn Nora Danish sbb amek langkah undurkan diri dari SPA Q tu…drpd nnti, bende len plak yg timbol, mmg tindakan Nora Danish dilihat sebagai TAK SELFISH!!! not like FASHA SANDA yg GEDITZZZZ tu…

      alah Nora, mmg sgt bgus u da divorce dgn your ex husband tu pon…die mmg bukan jantan yg baik utk U Nora…and i dun tink he is a good father to ur child…klo dgn betina macam FASHA SANDA yg mmg dah macam pelacur tu pon die bole layu…

      wateva, i never support ur seksi tau Nora…i da pernah jmper U…u mmg cun abeh even tak pakai make up tebal 10inci macam FASHA SANDA tu…

    19. mifdhal kata:

      nape gaduh plak cam bdak kcil la eee.. malu nya,,,

    20. mifdhal kata:

      semoga berjaya!!

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:






















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza