in , ,

Noh Salleh ANGIN KENCANG Album Road Tour Bikin Gempak di Johor Bahru

Pada 13 September 2017 (Rabu), Pasar Karat, Johor Bharu telah di banjiri oleh peminat- peminat Noh Salleh, bagi jelajah album Angin Kencang 2017 beliau. Memilih lokasi sebegini kerana ia membuatkan Noh lebih dekat dengan peminatnya.

NOH SALLEH - PASAR KARAT JB.4

Jadi tidak hairanlah jika jelajah album “Angin Kencang” ini ramai peminat-peminat beliau yang turun padang meskipun pada hari bekerja untuk tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan persembahan beliau secara lebih dekat lagi.

Noh Salleh ANGIN KENCANG Album Road Tour Bikin Gempak di Johor Bahru

Bukan itu sahaja album ‘Angin Kencang’ Noh Salleh juga di jual secara eksklusif semasa jelajah ini dan lebih 150 keping cakera padat sudah pun habis di jual. Bagi peminat setia Noh Salleh, jangan ketinggalan untuk menonton secara LIVE persembahan beliau di lokasi seterusnya di Taming Sari, Melaka pada 14 September 2017 ini pada jam lapan malam.

Seterusnya di Khedai Khopi Shocka, 11-D Lebuh Buckingham, Penang pada 16 September 2017 dan lokasi terakhir di Gerbang Malam, Ipoh pada 17 September 2017.

NOH SALLEH ROAD TOUR 2017.PASAR KARAT JB 2
NOH SALLEH ROAD TOUR 2017.PASAR KARAT JB 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Persembahan Konsert AF Megastar Bertemakan Throwback AF