in , ,

Noh Hujan Kini Muncul Dengan Kumpulan Da Vagabonds

Sekali lagi, Noh Salleh menafikan tiada persefahaman antara ahli kumpulan Hujan punca utama dia kini muncul dengan kumpulan baru, Da Vagabonds. Noh kini sibuk mengeksprestasikan muzik dengan Da Vagabonds sama seperti semasa awal-awal penubuhan Hujan.

noh-hujan

Menurut Noh Salleh, penubuhan kumpulan Da Vagabonds selepas melihat ahli kumpulan yang lain iaitu Heri Hamid (gitar utama), Alea Sutan (bass) dan Irfan Iskandar (dram) mempunyai haluan dan citarasa muzik yang sama.

Lagi pun, band Hujan masih lagi hidup dan berjalan seperti biasa. Hubungan dengan ahli Hujan, Dimas, AG Coco dan Am masih lagi seperti adik beradik.

Noh berkata kepada media semasa ditemui ketika pelancaran runut bunyi ‘Serahkan Segalanya’ bersama Da Vagabonds untuk filem CEO yang dibintangi oleh Beto Kusyairi, Remy Ishak dan Cristina Suzanne dan akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara bermula 12 Jun Depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erin Malek & Redha Juara Fear Factor Malaysia Musim 2

Ulasan Ringkas Konsert Brian McKnight